Khamis, 27 Januari 2011

Kisah Pindah Rumah

 Assalamualaikum dan selamat pagi,

Apa khabar kawan-kawan hari ini? Ila masih sibuk dalam proses pindah rumah dari Jelawat, Bachok Kelantan ke rumah sewa baru di Marang, Terengganu. Penatnya. Untuk pengetahuan kawan-kawan, ila dan suami telah membuat keputusan untuk berpindah rumah kerana ila tidak lagi bekerja di sana dan kami lebih selesa untuk kembali tinggal di bumi Terengganu kerana lebih hampir dengan keluarga.

Alhamdulillah, segala masalah talian telefon dan internet di rumah lama sudah selesai. Walaupun ianya memakan masa yang agak lama. Memandangkan baru berpindah, kami dalam proses memasukkan talian telefon dan internet di rumah baru dan semoga semuanya berjalan lancar.

Sepanjang setahun setengah ila di Kelantan, tentunya banyak pengalaman dan kenangan. Nak tau kisah pahit dan manisnya ila di sana? Walau apapun, cabaran yang datang menambahkan pengalaman buat diri ni...

Pahitnya:
1. Digigit jengking. Almaklumlah jengking pun tak pernah jumpa. Disangkakan lipas merayap kat tangan (ketika tidur). Dengan keberanian yang ada, ila menempis jengking itu dan ia terus gigit ila. Sakitnya... Terus pergi klinik dan disuntik. Dah pukul 11 malam, nasib baik klinik tak tutup lagi.
2. Alergi kulit. Tangan dan kaki ila gatal dan merah-merah. Tak pernah terjadi sebelum tu sebab kulit ila tak lah manja sangat. Mungkin disebabkan air. Ila pergi farmasi dapatkan ubat.
3. Motosikal hilang dicuri. Sebenarnya motosikal tu kepunyaan abang ila. Waktu tu nak hantar mak dengan 2 orang adik naik bas di Stesen bas Kota Bharu.  Tapi kehilangan motosikal, terpaksa ila dan abg naik "taxi" je.
4. Tak tau apa lagi... mungkin pahit sebab terpaksa pindah. Banyak kenangan di sana.

Manisnya:
1. Tempat pertama ila mula bekerja. Kenangan buat selamanya.
2. Berjumpa dengan orang yang baik hati. Warga di sana sangat prihatin. Seronok sepanjang berada di sana.
3. Banyak tempat menarik dan dapat menikmati suasana kampung. Ila dapat makan sayur dan buah-buahan segar.
4. Ila menamatkan zaman bujang. Lepas tu, kami duk menyewa di sana (sebelum tu, ila duk hostel je).
5. Banyak lagi... tak dapat nak kongsi. Kalau nak tau, cubalah sendiri. Pindah duk sana ye :) Best!

3 comments:

  1. pindah umah..
    wah..
    best tu, bila dkt ngn family..

    BalasPadam
  2. ade tau tak rumah sewa kat marang yang still kosong sekarang ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah sewa area marang xpasti...maaf ye... sbb kami dah berpindah ke shah alam dah lebih setahun :)

      Padam