Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Khamis, 31 Julai 2014

Kelebihan 8 Jenis KEKACANG Kepada Sistem Tubuh






Kajian sains telah membuktikan bahawa kekacang ini kaya dengan pelbagai sumber nutrisi utama yang diperlukan oleh tubuh. Berikut adalah  senarai kekacang yang wajar anda nikmati untuk memperolehi khasiat tambahan yang ada di dalamnya.

1.  Kacang Pecan
Kacang pecan ini boleh anda dapati dalam bentuk mentah tetapi biasanya ia digunakan sebagai bahan sampingan di dalam biskut. Ia berkhasiat bagi membantu merendahkan tahap kolestrol dalam badan di samping mengurangkan risiko serangan jantung. Selain itu kajian juga mendapati bahawa pengambilan kacang pecan ini juga mampu membantu mencegah penyakit alzheimer dan parkinson.

2.  Walnut
Anda penggemar walnut? Kacang walnut memang lazat terutamanya jika dinikmati bersama coklat. Ia mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid, dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan gejala darah beku selain berperanan dalam mengurangkan rasa kegatalan atau radang pada kulit. Selain itu, menikmati kacang walnut juga mampu membantu melahirkan rasa tenang dan santai pada tubuh terutamanya di waktu stress.

3. Pistachio
Ramai yang gemar menikmati kacang ini begitu sahaja kerana keenakan rasanya. Kacang pistachio ini membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, Vitamin B6, Vitamin A dan beta karotena kepada tubuh. Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat membantu tubuh mengawal hypertension dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan. Ia juga berperanan dalam mengekalkan keseimbangan air dalam tubuh dan memberikan kelegaan kepada tubuh yang letih.
4. Kacang hazel (hazel nuts)
Kacang hazel juga adalah di antara kekacang yang menjadi pilihan utama. Ia juga sering dijadikan bahan utama di dalam biskut dan coklat. Kacang ini bukan sahaja enak dinikmati tetapi turut memberikan menafaat pada tubuh.
Pengambilan kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan anda. Selain itu ia juga bermanfaat dalam memberina kekuatan tulang dan gigi seterusnya membantu mencegah risiko diserang kanser. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol, dan phytosterol.
5. Macadamia nuts
Kacang ini mengandungi lemak tak tepu, magnesium, fostorus, thiamin, Vitamin B6, phytosterol dan juga tinggi fiber. Ia berperanan membantu melancarkan sistem penghadaman dan turut bertindak sebagai bahan anti-oksidan. Kacang macadamia ini juga diantara makanan yang mampu membekalkan tenaga segera kepada tubuh dan turut membantu melindungi sel darah dari serangan kanser.
6. Kacang gajus

Kacang gajus adalah di antara jenis kekacang. Ia kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, Vitamin K dan phystosterol. Ia bermanfaat sebagai bahan antiseptik iaitu melindungi tubuh dari serangan virus dan kuman. Kacang gajus juga bermanfaat dalam membantu mengekalkan kesihatan kulit, kuku, rambut dan melindungi jantung.
 7. Kacang badam (Almond Nuts)

 Kacang badam adalah di antara kekacang yang bertindak sebagai bahan anti-oksidan. Ia juga kaya dengan kandungan magnesium, fosforus, riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol. Antara manfaat kacang badam ini adalah ia membantu mengurangkan risiko diserang penyakit jantung, membantu menguatkan tulang dan gigi.
8. Kacang Brazil (Brazil Nuts)

Walaupun kacang brazil ini tidak begitu popular di kalangan penggemar kacang, tetapi ia kaya dengan khasiat magnesium, fosforus, zat besi, zink, selenium, thiamin, dan Vitamin E. Kacang brazil ini merupakan di antara sumber terbaik bagi penghidap anemia. Selain itu kacang brazil juga membantu memperkuatkan tulang dan gigi.

Ahad, 27 Julai 2014

9 Pembaziran Yang Sering Kita Lakukan

 9 Pembaziran Yang Sering Kita Lakukan.

"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
- Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
- Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
- Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
- Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
- Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahu'alam.

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan. Wassalam.

Sabtu, 19 Julai 2014

Resepi Mudah : Gulai Nenas Ikan Kering

Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis

Cara memasak :

1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbuk kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.Ketepikan.
3. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
4. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
5. Tambah garam jika perlu. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
6. Siap dan boleh dimakan.

Jumaat, 18 Julai 2014

Resepi Mudah : Kepak Ayam Masak Minyak Bijan

Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram

Cara memasak:

1. Lumurkan ketul2 ayam tu dengan minyak bijan, sos tiram, sos ikan(secukup rasa). Campurkan bawang putih yang dihiris. Perapkan lebih kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam.
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lebih kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.

Khamis, 17 Julai 2014

Resepi Mudah : Asam Pedas

Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli/parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan
air asam jawa
7-8 sudu cili yang telah dikisar
2 sudu besar kerisik
sedikit halba
sedikit halia
garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Kunyit hidup dan bawang putih ditumbuk lumat.
2. Masukkan bawang merah. Tumbuk separuh lumat dan masukkan belacan.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji) untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah dikisar dan kacau sebati,masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa. Tambah air biasa  sesuai dengan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati dengan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah, masukkan garam dan perasa.

Rabu, 16 Julai 2014

Resepi Mudah : Mee Hailam

Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih dan cili api sehingga garing.
2. Masukkan rencah, kemudian tambahkan air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayuran dan mee.

Selasa, 15 Julai 2014

Resepi Mudah : Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
30 ulas cili api/padi
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah
Kentang

Cara memasak:

1. Tumbuk cili api,kunyit hidup,bawang putih & merah.
2. Gaulkan dengan ayam di dalam kuali beserta serai yang dititik.
3. Masukkan santan dan kacau. Perisakan dengan garam.
5. Tunggu hingga kuah mendidih dan masak.




Isnin, 14 Julai 2014

Resepi Mudah : Black Pepper Steak

Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:

1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.

**Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.

Ahad, 13 Julai 2014

Resepi Mudah : Kari Kepala Ikan

Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih
30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.Masukkan ikan.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Sabtu, 12 Julai 2014

Resepi Mudah : Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
air







Bahan A (dikisar) :
1 inci halia
2 biji tomato
6 biji cili merah
10 biji cili padi


Cara memasak:

1. Goreng ikan sehingga garing / separuh garing. Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bahan A.
3. Masukkan semua sos, gula, garam dan sedikit air.
4. Tuang atas ikan

Resepi Mudah : Ayam Masak Cendawan

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 -5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

Cara memasak:

1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang sudah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau, angkat halia.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram.Kacau.
5. Masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

Jumaat, 11 Julai 2014

Resepi Mudah : Mee Rebus

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur

Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tauhu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 ulas bawang putih - kisar
udang kering - kisar
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan dikisar halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
4 sudu sos tomato
Air

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk dihidang dan dimakan.

Khamis, 10 Julai 2014

Resepi Mudah : Ayam Golek

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawang merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam
2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. Hidangkan.

Rabu, 9 Julai 2014

Resepi Mudah : Ikan Masak Berlada

Bahan-bahan:

3 - 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.

Selasa, 8 Julai 2014

Resepi Mudah : Pajeri Nenas

Bahan-bahan:

Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih 
Biji sawi
sedikit gula
garam secukup rasa
Lada merah&hijau dibelah memanjang
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

Cara memasak:

1. Tumiskan rempah tumis dan masukkan bawang merah dan putih sehingga naik bau dan masukkan serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas, gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan lada dan biji sawi.

Isnin, 7 Julai 2014

Resepi Mudah : Ikan Kerapu Masam Manis

Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak(untuk goreng)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili kisar
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa

Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, nanas dan timun.

Cara memasak:

1. Gaulkan bahan A  dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili kisar dan kunyit. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa. Kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.

Ahad, 6 Julai 2014

Resepi Mudah : Nasi Paprik

Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas mendidih, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. Hidangkan.

1,001 Khasiat Madu

Madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia.

Madu mempunyai 1,001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan madu sa­ngat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh manakah kita tahu khasiat madu? 

Khasiat madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya diketahui umum. Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.  

Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.


Berikut adalah beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh:

Melegakan sakit tekak dan batuk

Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempu­nyai sifat antibakteria yang­ mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurang­kan kesakitan.


Merawat luka dan cedera ringan

Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan.

Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.


Baik untuk sistem pencernaan badan

Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.


Menjadikan kulit lebih cantik

Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan me­ngambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.


Kegunaan lain

Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilang­kan kelemumur. Jika digunakan untuk meng­gosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi.

Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jang­kitan kuman dan kulat.


Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam

Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit.

“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurang­kan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain.

Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.

Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11 http://www.hmetro.com.my

Lain-lain:


Sabtu, 5 Julai 2014

Resepi Mudah : Ayam Bercili Masak Ketumbar

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit
Sedikit garam
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di kisar halus
4 sudu besar cili kisar
2 keping asam gelugur

Cara memasak:

1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dikisar. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam gelugur, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan.

Jumaat, 4 Julai 2014

Resepi Mudah : Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai
10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam

Cara memasak:

1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam.
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 3 Julai 2014

Resepi Mudah : Udang Masak Serai Wangi

Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.

Rabu, 2 Julai 2014

Resepi Mudah : Soto Ayam

Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sup bunjut
sedikit kayu kayan (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis)

Bahan B
10 biji bawang merah (di goreng sehingga kekuningan)
Daun sup dan daun Bawang

Bahan C (Untuk Sambal kicap):
20 biji cili api
2 biji limau kasturi
2 ulas bawang putih
kicap
sedikit gula








Cara memasak:

1. Semua bahan A hendaklah direbus.
2. Bila ayam sudah empuk dan semua bahan sudah sebati masukkan garam dan sedikit gula.
3. Masukkan bahan B ke dalam sup yang telah siap dimasak.
4. Untuk sambal kicap, tumbuk cili ngan bawang putih sehingga lumat. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
5. Sedia untuk dimakan.

Selasa, 1 Julai 2014

Resepi Mudah : Tom Yam

Bahan-bahan:

Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang

Bahan A –
Kisar halia
3 inci bawang merah
6 ulas cili api
20 biji (merah)

Bahan-bahan lain:
Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk)
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in)
cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Sedikit air.
4. Bila daging telah empuk, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mendidih.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yang telah diketuk.
8. Masukkan tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam. Pastikan mendidih dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.