Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Khamis, 27 Oktober 2011

Ujian Allah pada hambaNya

Assalamualaikum,


Selamat pagi, semoga sihat semuanya. Ila masih sibuk dengan proses pindah rumah, maka dengan itu tidak sempatlah menatap blog ni sekian lama.
Penatnye  pindah rumah... beratnye rumah ni. Hihi
 

Selasa, 4 Oktober 2011

Budak Kecil Bersama Sepohon Pokok Rambutan

Assalamualaikum WBT,

Satu cerita yang menarik untuk tatapan dan pemahaman kita bersama.

Suatu masa dahulu, terdapat sepohon pokok rambutan. Ada seorang budak kecil yang amat sukakan pokok itu. Setiap hari dia pasti akan bermain dengan pokok itu, memanjatnya dan sering terlelap di bawah bayangan pokok tersebut. Budak tersebut amat sayangkan pokok itu dan begitulah sebaliknya. Masa terus berlalu... budak itu semakin dewasa dan tidak lagi bermain dengan pokok rambutan itu.