Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Jumaat, 25 Mei 2012

Resume, Mudah Dapat Kerja?

Oleh kerana dah boring buat resume tapi asyik tak dapat kerja, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Isnin, 21 Mei 2012

Kisah Sebuah Jam

Assalamualaikum WBT,

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”


“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

Selasa, 15 Mei 2012

Resepi Apam Kentang

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,
Semoga rakan-rakan semua sihat hendaknya. Jom kita buat apam kentang yang sedap ni. Rasanya lain dari yang lain. Sangat istimewa!

Apam Kentang
Bahan-bahan:
150 gram gula pasir
200 ml air kelapa
1 helai daun pandan
200 gram tepung beras
175 gram kentang - dikukus,kupas,lecek
100 gram tepung gandum
1 cmt. yis segera
1 cmt. serbuk penaik
1 cmt. garam
3 titik pewarna hijau
Sedikit esen pandan
250 ml santan (1/2 biji kelapa)
20 takir pandan/acuan

Bahan Taburan:
100 gram kelapa parut
1/4 cmt. garam

Cara membuatnya:
1. Renih gula, air kelapa, daun pandan hingga mendidih (jadikan 300 ml). Biarkan hangat.
2. Tuang ke dalam tepung beras dan kentang sambil diuli hingga lembut.
3. Setelah sejuk masukkan tepung gandum, yis, serbuk penaik, garam, pewarna hijau, dan esen pandan.
Masukkan santan sedikit demi sedikit (10minit). Biarkan selamat 40minit.
4. Tuang ke dalam takir pandan/acuan. Kukus selama 30 minit dengan api besar.
5. Hidang apam kentang dengan taburan kelapa parut. Selamat mencuba!

p/s:  Gunakan takir pandan untuk lebih harum. Jika tidak, gunakan acuan kertas seperti gambar di atas. Untuk taburan, mungkin ada yang tidak suka kelapa parut, jadi anda cuma perlu hidangkan dengan kelapa parut seperti gambar di atas. Sekian.

Ahad, 13 Mei 2012

5 Manfaat Utama Minum Air Pada Waktu Pagi

Cara minum air yang betul pada waktu pagi untuk mengekalkan kesihatan.


Air amat penting bagi kaum wanita. Kaum hawa perlu minum segelas air yang berkualiti pada waktu pagi untuk menjadi sihat dan cantik. Kandungan air yang cukup dalam tubuh badan menjamin kesihatan. Oleh itu, manusia terutamanya kaum wanita perlu minum air secukupnya, atau lebih kurang 7-8 gelas sehari. Air melembapkan kulit supaya kulit menjadi licin dan halus. Segelas air yang pertama pada waktu pagi adalah paling penting. Orang ramai mungkin mempunyai tabiat minum segelas air sebaik sahaja bangun dari tidur. Namun, adakah anda tahu akan cara betul untuk minum segelas air yang pertama ini?

Sabtu, 5 Mei 2012

Susu Kambing: Keistimewaan & Manfaat

Assalamualaikum W.B.T,

3 Ciri Keistimewaan:
1. Tepung susu kambing Holand berkualiti tinggi dan 100% tulen telah mendapat banyak pengiktirafan (sejak tahun 1897).
2. Ditambah dengan kolostrum (IgG20%), protein soya, inulin, frukto-oligosakarida (FOS), madu dan ekstrak aloe vera.
3. Dibungkus dalam paket kecil yang berasingan bagi mengekalkan kesegaran susu kambing dan mudah dibawa.