Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Jumaat, 14 Disember 2012

Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Tahniah kepada calon yang LULUS Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat September lalu. Kini tiba masanya untuk ditemuduga. Tarikh temuduga dijadualkan 26 Disember 2012 – 08 Januari 2013. Calon boleh menyemak senarai penjadualan temuduga di: 


Ahad, 9 Disember 2012

Kisah ROKOK

Assalamualaikum WBT,

Ada tiga sahabat, kura-kura… kodok… lipan kaki seribu. Suatu hari kura-kura menjemput dua sahabat ke rumahnya untuk makan-makan. Setelah asyik bersembang, makan, minum dan lain-lain, si kodok berkata:


Selasa, 27 November 2012

Jualan Amal untuk Tabung Aman Palestin (Tabung Gaza)

Jualan Amal untuk Tabung Aman Palestin (Tabung Gaza).

Penjualan T-Shirt 'FREEDOM for GAZA'.



 
 FREEDOM for GAZA

Maklumat T-shirt:

Material: 100% Cotton (Kain lembut & sesuai utk semua aktiviti)
Harga: RM 30 sehelai. (RM 5 akan didermakan ke tabung Gaza melalui Tabung Aman Palestine)

** Harga bagi Lengan pendek RM 30.
** Harga bagi Lengan panjang RM 35.

Warna : Hitam & Putih (Muslimah Lengan panjang tiada kaler putih. harap maklum)
Saiz : S – XXXL

Sekiranya berminat boleh hubungi Tel: 014-606 9996.

atau boleh terus membuat pembelian di
>> http://bit.ly/GazaFreedomShirt

P/S: Mohon SHARE post ini. Kenalan anda amat memerlukannya. Terima kasih =)

Ahad, 11 November 2012

Cara Terbaik Pengambilan Madu

 Assalamualaikum,

Secara amnya cara paling mudah untuk minum madu lebah adalah dengan mengambil 1-2 sudu madu lebah asli menggunakan sudu plastik (Elakkan menggunakan sudu besi, logam dsb) dan terus masukkan kedalam mulut kemudian minum air putih segelas. Kajian menunjukkan kaedah atau cara terbaik adalah dengan mengambil 1-2 sudu madu lebah dan masukkan kedalam segelas air suam panas dan kacau sehingga sebati. Sebagai orang muslim sebaiknya di mulakan dengan selawat dan doa dahulu untuk mendapatkan berkatnya. Kalau mahu boleh juga minum terus madu lebah kemudian diikuti dengan minum air suam kepada mereka yang suka akan kemanisannya. Antara doa yang boleh dibaca adalah seperti dibawah:-

Ahad, 4 November 2012

Kisah Kura-kura

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Peribahasa berbunyi "Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu"
bermaksud bertanya sesuatu yang sudah diketahui.

Isnin, 29 Oktober 2012

Tahukah anda?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Tahukah anda? Keropok, gula-gula , kek, minumum berkarbonat, makanan segera yang digoreng dan tinggi lemak menjadi kesukaan kank-kanak. 



Isnin, 22 Oktober 2012

Awas!!! Sila berhati-hati, jangan degil!

╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
Tolong jangan skrol ke bawah!

Ahad, 7 Oktober 2012

Fakta Unik Tentang Unta

    السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

    Yang menjadikan unta "makhluk hidup istimewa" adalah struktur tubuhnya, yang tidak terpengaruh oleh kondisi alam. Tubuhnya memiliki beberapa keistimewaan:

    • Bulu tebal yang menyekat panas
    • Daya tahan luar biasa dari lapar dan haus
    • Unit penggunaan air yang baik
    • Pemanfaatan maksimal makanan dan air, bahkan dapat memakan duri
    • Perlindungan terhadap badai pasir
    • Perlindungan terhadap pasir yang membakar.

    Ahad, 30 September 2012

    Jualan Amal Aidiladha 2012

    MUQADDAM BERGAMBAR



    - Mempunyai 88 muka surat BERWARNA
    - Mengandungi 30 Juz Amma dan Surah Al- Fatihah
    - Setiap surah dihiasa dengan ILLUSTRASI MENARIK untuk membina minat kanak-kanak untuk membaca Muqaddam ini
    - Kertas yang digunakan ada kertas berquality tinggi
    - Disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
    - PERCUMA CD Juz Amma bacaan Misyari Rashid

    Berat - 240g 
    Harga : RM20.00
    Pos    : RM6.00 (S/M)

    ********************************************************************************

    TELEKUNG POKET PAINTED

    - Untuk muslimah yang ingin menjaga solat tanpa mengira TEMPAT dan WAKTU.
    - Untuk muslimah yg was-was tentang kebersihan telekung awam/wakaf di kompleks beli-belah, stesen minyak, RnR dan surau-surau yang sering berbau dan lembab.

    CIRI-CIRI TELEKUNG POKET PAINTED:
    - Daripada fabrik ABUTAI.
    - Motifnya diwarnakan.
    - Disertakan dgn beg kecil mengikut warna telekung.
    - Saiz seperti dalam gambar.
    - Sangat ringan dan boleh dilipat sekecil genggaman.
    - Mudah dibasuh tangan dan cepat kering.
    - Nipis tetapi tidak jarang.
    Pilihan warna:
    - Brown - Grey - Pumpkin - Gold - Green - Magenta - Mocha - Electric Blue - Brink - Pink - Lavender - Purple - Maroon -

    "Jika kita menjaga solat, insya-Allah Allah akan menjaga urusan dunia kita".

    Harga : RM50.00
    Pos    : RM6.00 (S/M)

    ********************************************************************************

    MYQALAM QURAN READ PEN

    Apa Itu Al-Quran Digital ?

    AL-QURAN READ PEN ialah pen yang BOLEH MEMBACA AL-QURAN tetapi ia tidak boleh menulis. Apabila read pen ini disentuh pada mana-mana Ayat Al-Quran atau pada mana-mana Surah, maka pen tersebut akan membacanya.

    Dengan memiliki Quran digital ini anda mampu mempelajari cara bacaan yang betul dan seterusnya membaiki bacaan anda sendiri. Anda juga mempunyai alat bantuan yang boleh membantu anda mengajar ahli keluarga anda meningkatkan mutu bacaan mereka. Malah mereka boleh mempelajari quran dengan sendiri dengan bantuan quran digital ini.


     
    - 1 Digital Quran Read Pen
    - 1 Quran
    - 1 Charger
    - 1 USB Cable
    - 1 User Manual
    - 1 Travel Kit Card
    - 1 Muqaddam (Included with Solat Guide & Daily Prayers)
    - 1 Earphone
    - 1 Warranty Card valid for 1 year
    - Haj & Umrah Guide (NEW!)
    - Dictionary - Arabic/BM (NEW!) 

    Warranty:
    1 Year Warranty 

    Berat: 1.5 KG
    Harga :  RM320
    Pos    :  PERCUMA (S/M)

    ********************************************************************************

    TASBIH DIGITAL

    - Direka dalam pelbagai warna yang menarik,
    - Saiz yang kecil dan ringan memudahkan anda untuk bawa ke masjid atau surau. Ia juga tidak mengeluarkan bunyi yang bising. Direka mengunakan bateri jam.
    - Diperbuat daripada plastik dan getah.
    - Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mengira apa-apa sahaja seperti mengira penumpang didalam kapal terbang, mengira pusingan tawaf, mengira jumlah zikir harian dan pelbagai lagi mengikut kesesuaian anda.

    Anda boleh sedekah kepada rakan anda atau membuat amal jariah kepada pondok tahfiz, masjid, surau atau sebagainya. Moga usaha anda diberkati oleh Nya. InsyaAllah.

    Harga : RM40.00 (5 unit)
    Pos    : RM6.00 (S/M)

     ********************************************************************************
    Jika berminat atau sebarang pertanyaan, Hubungi 014-606 9996
    * RM5 dengan setiap pembelian mana-mana produk di atas akan disalurkan ke Institut Tahfiz Al-Quran Al-Mizan, Bukit Besi, Terengganu.  ~BELI SAMBIL BERAMAL~

    Isnin, 24 September 2012

    Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

    Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

    Buat sekian lama menyepi...ku muncul kembali. Biasalah, hal dunia, sibuk je memanjang. Sekarang duk tengah intai kot2 ada lah yang sudi berkongsi pengalaman @ pengetahuan berkenaan "Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29". (panjangnya tajuk)... Hehehe...


    Peperiksaan kali pertama untuk jawatan ni, dan kali kedua untuk diriku untuk tahun ni... huhu. Februari lepas,  exam Penguasa Kastam... Keputusannya "TIDAK BERJAYA PEPERIKSAAN YANG DIWAJIBKAN"...belum rezeki atau mungkin rezeki di tempat lain (Fikir positif!). Sabar, Ujian!

    Jumaat, 31 Ogos 2012

    Selamat Hari Raya & Salam Kemerdekaan

    Selamat Hari Raya & Salam Kemerdekaan Ke-55,


     

    Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini akan terus kekal dan negara sentiasa aman dan membangun.

    Ahad, 22 Julai 2012

    Biskut Raya & Kek 2012

    Assalamualaikum, 

    Tempahan biskut popia cornflakes, popia kokokrunch dan popia nestum dibuka sekarang. Tempahan dibuka sehingga 31 Julai 2012. 8 Ogos 2012.

    Popia Koko Krunch / Popia Nestum / Popia Cornflakes
    Harga : RM20 (700gram) / RM10 (300gram)

    Kurma Dengan Mangga dan Badam 
    RM17.00 / 300gm


    Biskut Kopi & Badam Rangup
     RM22.00 / 350gm


    Tat Nenas 
    RM23.00 / 500gm


    Biskut Cornflakes 
    RM23.00 / 350gm

    Biskut Kacang Hijau
     RM22.00/ 380gm


    Kek Lapis Mokka 
    RM19.00 / 400gm


    Kek Coklat 
    RM17.00 /400gm

    Menjual dan membekal biskut dan kek raya. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :
    Tel/sms :  014-606 9996

    Khamis, 19 Julai 2012

    Ra – Mim – Dhod – Alif – Nun

    السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

    Ra – Mim – Dhod – Alif – Nun  (  رمضان  )
    Tersirat daripada perkataan huruf RA-MA-D-A-N


    Sabtu, 14 Julai 2012

    Dates with Mango & Almond


    Kurma yang berkualiti dengan sisipan kacang badam panggang dari California dan hirisan buah mangga jenis chokanan dari negara Thailand. Ia menjadi kudapan terbaik untuk bulan Ramadan ini. Setiap kurma berkhasiat ini dibungkus secara berasingan, mudah dibawa atau sesuai untuk juadah berbuka puasa di mana-mana sahaja.

    Dates with Mango & Almond (300g / kotak)
    RM17.00 + RM8 (Penghantaran) = RM25

    Jika berminat atau sebarang pertanyaan, Hubungi 014-606 9996

    Ahad, 1 Julai 2012

    Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Pembentukan peribadi dan akhlak mulia bermula dari saat bayi masih dalam kandungan. Proses ini tidak terhenti di situ, sebaliknya berterusan hingga mereka dewasa dan menjadi mukmin yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran al-Quran serta as-Sunnah. Dalam diri mereka sentiasa tertanam perasaan takut akan kebesaran dan keagungan Ilahi. Lantas menumbuhkan tunas-tunas keimanan hakiki.

    Ahad, 24 Jun 2012

    7 LANGKAH BIJAK TENTANG GULA

    APAKAH GULA?

    1. Gula  adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber  tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
    2. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
    3. Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.
    4. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
    5. Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .



    Isnin, 18 Jun 2012

    Kisah Sedih 2 Sahabat

    Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

    Ahad, 10 Jun 2012

    Cendawan Susu Harimau

    KETIKA Persidangan BioMalaysia pada 2002, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya menyatakan, beliau menggunakan cendawan susu harimau untuk mengubati masalah batuk yang dialami.


    Sejak itu, minat untuk mengkaji cendawan susu harimau secara saintifik untuk rawatan dan perubatan alternatif mula mencuri perhatian. Apa sebenarnya yang hebat mengenai cendawan susu harimau ini? Mungkin ramai tidak tahu, satu ketika dulu cendawan susu harimau digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional bagi mengubati batuk, muntah dan demam. - My Berita-

    Jumaat, 25 Mei 2012

    Resume, Mudah Dapat Kerja?

    Oleh kerana dah boring buat resume tapi asyik tak dapat kerja, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

    Isnin, 21 Mei 2012

    Kisah Sebuah Jam

    Assalamualaikum WBT,

    Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”


    “Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

    Selasa, 15 Mei 2012

    Resepi Apam Kentang

    Assalamualaikum dan Selamat Pagi,
    Semoga rakan-rakan semua sihat hendaknya. Jom kita buat apam kentang yang sedap ni. Rasanya lain dari yang lain. Sangat istimewa!

    Apam Kentang
    Bahan-bahan:
    150 gram gula pasir
    200 ml air kelapa
    1 helai daun pandan
    200 gram tepung beras
    175 gram kentang - dikukus,kupas,lecek
    100 gram tepung gandum
    1 cmt. yis segera
    1 cmt. serbuk penaik
    1 cmt. garam
    3 titik pewarna hijau
    Sedikit esen pandan
    250 ml santan (1/2 biji kelapa)
    20 takir pandan/acuan

    Bahan Taburan:
    100 gram kelapa parut
    1/4 cmt. garam

    Cara membuatnya:
    1. Renih gula, air kelapa, daun pandan hingga mendidih (jadikan 300 ml). Biarkan hangat.
    2. Tuang ke dalam tepung beras dan kentang sambil diuli hingga lembut.
    3. Setelah sejuk masukkan tepung gandum, yis, serbuk penaik, garam, pewarna hijau, dan esen pandan.
    Masukkan santan sedikit demi sedikit (10minit). Biarkan selamat 40minit.
    4. Tuang ke dalam takir pandan/acuan. Kukus selama 30 minit dengan api besar.
    5. Hidang apam kentang dengan taburan kelapa parut. Selamat mencuba!

    p/s:  Gunakan takir pandan untuk lebih harum. Jika tidak, gunakan acuan kertas seperti gambar di atas. Untuk taburan, mungkin ada yang tidak suka kelapa parut, jadi anda cuma perlu hidangkan dengan kelapa parut seperti gambar di atas. Sekian.

    Ahad, 13 Mei 2012

    5 Manfaat Utama Minum Air Pada Waktu Pagi

    Cara minum air yang betul pada waktu pagi untuk mengekalkan kesihatan.


    Air amat penting bagi kaum wanita. Kaum hawa perlu minum segelas air yang berkualiti pada waktu pagi untuk menjadi sihat dan cantik. Kandungan air yang cukup dalam tubuh badan menjamin kesihatan. Oleh itu, manusia terutamanya kaum wanita perlu minum air secukupnya, atau lebih kurang 7-8 gelas sehari. Air melembapkan kulit supaya kulit menjadi licin dan halus. Segelas air yang pertama pada waktu pagi adalah paling penting. Orang ramai mungkin mempunyai tabiat minum segelas air sebaik sahaja bangun dari tidur. Namun, adakah anda tahu akan cara betul untuk minum segelas air yang pertama ini?

    Sabtu, 5 Mei 2012

    Susu Kambing: Keistimewaan & Manfaat

    Assalamualaikum W.B.T,

    3 Ciri Keistimewaan:
    1. Tepung susu kambing Holand berkualiti tinggi dan 100% tulen telah mendapat banyak pengiktirafan (sejak tahun 1897).
    2. Ditambah dengan kolostrum (IgG20%), protein soya, inulin, frukto-oligosakarida (FOS), madu dan ekstrak aloe vera.
    3. Dibungkus dalam paket kecil yang berasingan bagi mengekalkan kesegaran susu kambing dan mudah dibawa.


    Selasa, 17 April 2012

    Al-Quran Sebagai Pembela

     Assalamualaikum W.B.T,

    Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"


    Isnin, 9 April 2012

    MY FIRST AL-QU’RAN

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Apa khabar semua? Mengapa kita  perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya? Jangan tak tau, ada juga mereka yang jarang menyelitkan aktiviti baca quran dalam diari harian, dengan pelbagai alasan. Alasan tak faham maksud ni pun memang femes laa kan. Oleh itu, marilah kita membacanya, moga dapat dapat menjadi pengajaran dan menjadi iktibar pada kita =)
    ~Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

    Jumaat, 23 Mac 2012

    CINTA 5 PERKARA

    CINTA
    KEKAYAAN...KECANTIKAN...KESEDIHAN...KEGEMBIRAAN...


    Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak; CINTA,  KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

    Ahad, 11 Mac 2012

    Katak Berlumba


    Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

    Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta. Perlumbaan pun dimulakan.



    Isnin, 5 Mac 2012

    Kehidupan Baru



    Alhamdulillah, selamat melaporkan diri. Sudah tentulah kenangan-kenangan zaman belajar dulu muncul kembali. Lebih-lebih lagi bila jumpa semula dengan pensyarah-pensyarah ketika waktu belajar dahulu.
    Hari ni bermulalah kehidupan sebagai seorang pelajar... Ya, kembali menjadi pelajar setelah hampir 3 tahun meninggalkannya.... Semoga semuanya berjalan lancar. 

    Khamis, 1 Mac 2012

    Kisah Nasi Lemak II


    Assalamualaikum dan Selamat Malam,

    Semoga rakan-rakan semua sihat hendaknya. Anda suka nasi lemak? Jika persoalan itu ditujukan pada saya, pastinya jawapannya YA... tetapi... kali ini persoalan itu bukan untuk dibincangkan. Apa yang ingin dikongsi ialah kisah saya sebagai seorang penjual nasi lemak. Hahaha... Percayalah. Ini kisah benar!

    Persediaan bahan sebelum memasak.

    Rabu, 22 Februari 2012

    Belajar dan terus belajar..!

    Selamat hari Rabu kepada semua. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.


    Belajar dan terus belajar..!

    Isnin, 16 Januari 2012

    Satu Kisah Untuk Renungan

    Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia 7 tahun dimuka pintu.

    Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
    Ayah: "Ya...nak tanya apa?"

    Rabu, 11 Januari 2012

    Suami "PROGRAMMER"

    Kisah seorang isteri yang mengadu mengenai dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.


    Isnin, 2 Januari 2012

    Sebiji Pisang dan Petua