Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Ahad, 7 September 2014

Koleksi Petua Memasak


1.Ikan Garing dan Tidak Melekat
-Masukkan sekeping asam gelugur ketika menggoreng ikan. Ikan tersebut tidak melekat dan cepat garing.

2.Ikan Goreng Tidak Hanyir
-Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan, gaulkan dengan garam. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak  hanyir walaupun telah sejuk.
atau
-Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan beberapa minit. Seterusnya goreng ikan seperti biasa.

3.Menghilangkan Rasa Masin dalam Gulai
-Untuk menghilangkan rasa masin,  ambil hampas kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan ke dalam kain dan ikat kuat-kuat. Kemudian, masukkan hampas yang berikat tersebut ke dalam periuk yang berisi gulai, Biarkan beberapa minit sebelum diangkat.

4.Cara Memasak Air dengan Cepat
-Untuk memasak air dengan lebih cepat, masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air. Kemudian masak. Air anda akan masak dengan lebih cepat.

5.Mengelak Daripada Nasi Mentah
-Sekiranya nasi yang anda masak mentah, jangan padamkan api. Buka penutup periuk dan tutup dengan plastik, Kemudian tutup semula dengan tutup periuk. Tunggu selama 6 minit, Nasi akan masak.

6.Untuk Mempercepatkan Kacang Hijau yang Direbus Kembang
-Untuk mencepatkan kacang hijau yang direbus kembang, masukkan 1 atau 2 sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang tersebut dan lihatlah hasilnya. Anda tidak perlu tunggu lama untuk kacang tersebut kembang.

7.Nasi Lemak Cepat Masak
-Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak.

8.Jika Nasi Hangit
-Biasanya kita memasak nasi menggunakan periuk elektrik. Namun ada ketikanya cara lama juga digunakan. Untuk mengatasi masalah nasi hangit, ambil segelas air dan masukkan gelas yang berisi air tersebut ke dalam periuk nasi. Biarkan selama 10 minit. Kemudian angkat gelas.

9.Merangupkan ayam goreng
-Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.

10.Menyedapkan Sambal Sotong
-Adalah elok jika sotong yang hendak kita buat sambal itu, kita celur di dalam air yang menggelegak kira-kira 3 minit supaya sambal sotong itu nanti tidak terlalu banyak kuahnya. Bila masukkan sotong ke dalam ramuan tumisan sambal janganlah masak terlalu lama kerana sotong tadi telah kira celur terlebih dahulu.

11.Melembutkan Donat
-Untuk melembutkan donat, campurkan 2 atau 3 biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan. Donat akan menjadi lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.

12.Elak ikan goreng melekat pada kuali
-Semasa memanaskan minyak dalam kuali, bubuhkan sedikit garam pada minyak tersebut sebelum masukkan ikan.

13.Memekatkan Kuah
-Untuk memekatkan kuah, masukkan ubi kentang ke dalam masakan tersebut.

14.Memekatkan Sup
-Untuk memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

15.Menggoreng Ikan
-Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng, sebelum masukkan ikan, panaskan minyak bersama 2 atau 3 keping asam gelugor atau asam keping. Setelah panas barulah dimasukkan ikan. Terpulang sama ada ingin turut menggoreng ikan bersama asam keping tersebut kerana ianya tidak menjejaskan rasa ikan yang digoreng.

16.Merasa Garam dalam Masakan
-Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, bermakna masakan anda itu terlebih garamnya.

17.Menjernihkan Minyak Masak
-Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak tersebut, Pasti minyak itu akan menjadi jernih semula.

18.Ayam Goreng Lebih Sedap
-Untuk memastikan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat.

19.Nasi Tidak Berbau Hangit
-Sekiranya anda memasak nasi tanpa menggunakan periuk nasi elektrik, kemungkinan masalah nasi berbau hangit akan berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, basuh setangkai cili kering dan masukkan ke dalam periuk nasi panas berkenaan. Tutup periuk tersebut untuk beberapa minit sebelum nasi dihidangkan. Bau hangit akan hilang.

20.Kuali Melekat
-Sebelum menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Kuali anda tidak akan melekat. Juga, kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.

21.Merangupkan Cucur
-Tambahkan majerin dan air kapur bersama tepung beras. Cucur anda akan menjadi rangup dan menyelerakan.

22.Menghilangkan Bau Cili Semasa Memasak
-Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung anda. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari ke dalam masakan anda, Bau yang memedihkan akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari.

23.Pekatkan Kuah
-Untuk memastikan makanan menjadi likat, tambahkan samaada gula atau keledek yang telah dilenyek ataupun sedikit tepung gandum. Kacau dan kecilkan api agar ia menjadi pekat dan tidak lagi cair. Untuk memekatkan kuah, bancuh 2 sudu besar tepung jagung dan masukkan ke dalam masakan dan kacau hingga rata. Tepung jagung juga boleh mengurangkan rasa masin masakan.

24.Elakkan Tauhu daripada Melekat
-Taburkan sedikit garam halus di permukaan atas dan bawah tauhu sebelum menggoreng. Tauhu tidak akan melekat dan hancur, ketika digoreng.

25.Memasak Ketupat
-Semasa merebus ketupat, tutup periuk dan letakkan pemberat pada penutup periuk berkenaan. Ini untuk mengelakkan ketupat daripada terapung di permukaan. Perhatikan selalu air rebusan ketupat, tambahkan jika air mulai berkurangan. Tambahkan dengan air panas. Tukarkan ketupat di bahagian atas dengan bahagian bawah dan sebaliknya, sehingga ketupat selalu terendam dalam air rebusan dan masak dengan sempura. Ketupat akan jadi padat, sedap dan lembut isinya.

26.Sambal Menjadi Lazat
-Sambal yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting kecil-kecil bagi membuang bijinya dan rebus seketika. Apabila sudah direbus cili tersebut, toskan selama 20 minit. Kemudian gorengkan cili kering di dalam minyak yang panas dalam masa 10 minit. Jangan terlalu garing. Apabila sejuk, mesinkan cili bersama minyak yang digoreng tadi, dan simpan di dalam peti ais. Ia akan tahan selama 3 minggu. Jika anda ingin menumis sebarang sambal, ia tidak memerlukan minyak dan masa yang banyak.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Tips Memilih Minyak Wangi Untuk Lelaki

Sejak kebelakangan ini ramai lelaki sudah mula sedar tentang peri pentingnya fesyen namun apa gunanya bergaya sekiranya badan bau hapak dan tidak menyenangkan. Untuk memastikan badan anda bebas dari pencemaran bau, bolehlah memilih minyak wangi yang terbaik yang mana aromanya mampu memikat hati.

Bagi lelaki minyak wangi itu merupakan simbol lelaki sejati. Jarang kaum adam ini menukar haruman mereka berbanding wanita yang pasti mempunyai pelbagai jenis wangian. Namun ada sesetengah minyak wangi yang tidak tahan lama dan tidak berkualiti. 


Di sini ada beberapa tips yang boleh lelaki-lelaki di luar sana praktiskan:

Ketahui bau kegemaran anda
Jika anda ingin memilih minyak wangi, janganlah segan untuk bertanya kepada jurujual kerana pastinya mereka banyak pengalaman dan arif tentang jenis-jenis minyak wangi. Anda bolehlah meminta mereka mencadang jenis minyak wangi yang berkualiti dan jenis bau kegemaran anda.

Elakkan dari menggunakan banyak minyak wangi
Apabila terlalu banyak minyak wangi digunakan, hidung anda pastinya akan tidak selesa dan tidak dapat menilai mana satu yang sesuai. Kalau boleh,hadkan dua atau tiga sahaja minyak wangi. Sekiranya banyak sangat pastinya bermacam bau muncul.

Jangan terlalu gelojoh membeli minyak wangi
Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas digunakan. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus membeli. Seeloknya buatlah 'survey' terlebih dahulu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.

Elak gosok pergelangan tangan
Ini kebiasanya apabila membeli minyak wangi anda pasti akan mengosok pergelangan tangan, cara ini tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menjejaskan bau minyak wangi yang sebenar dan sebaiknya tunggu sehingga ia kering sendiri.

Jangka hayat minyak wangi
Mengikut kajian dikatakan minyak wangi hanya dapat bertahan selama tiga tahun. Kadangkala ada minyak wangi yang dijual oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sudah melebihi tempoh tersebut. Berhati-hatilah memilih minyak wangi agar anda tidak tersalah beli minyak wangi yang sudah 'expired'.

Memilih minyak wangi yang sempurna bagi tubuh anda merupakan proses eksperimen berbentuk peribadi. Ia memerlukan kesabaran namun selepas menemui yang bertepatan dengan selera, ia amat berbaloi. Selamat mencuba!

Isnin, 7 Oktober 2013

Bawang Merah Bantu Melebatkan Rambut

Rambut anda sering kali gugur setiap kali selepas anda bersyampu atau menggunakan sikat? Jangan risau. Ini adalah masalah biasa yang kebanyakan antara kita mengalaminya. Namun, jika kita terus kehilangan rambut setiap hari, bayangkan apa yang akan terjadi pada kita selepas beberapa tahun? Oleh sebab itu, kita perlu melakukan sesuatu dengan segera untuk memerangi keguguran rambut dan pada masa yang sama merangsang pertumbuhan rambut baru.

Tahukah anda bahawa bawang merah adalah ubat semulajadi yang menakjubkan untuk menangani keguguran rambut? Tambahan pula, ia juga berkesan meningkatkan pertumbuhan rambut anda. 


Anda mungkin terfikir bagaimana bawang merah yang berbau kurang menyenangkan ini baik untuk rambut bukan? Sebenarnya, rawatan melebatkan rambut dengan bawang merah bukan sahaja semulajadi tetapi ia juga selamat dan mudah untuk dibuat. Anda bukannya mendedahkan rambut dan kulit kepala kepada bahan kimia yang bahaya tetapi ia cuma bahan yang boleh mencegah keguguran rambut dan pada masa yang sama, melebatkan pertumbuhan rambut baru.

Jadi bagaimana bawang merah membantu memerangi rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru?

Secara fakta, bawang merah sangat tinggi dalam sulfur. Itulah sebabnya jus daripada bawang merah mampu merangsang pertumbuhan rambut kerana sulfur membantu dalam peredaran darah. Ia juga mengurangkan keradangan kulit kerana sifatnya yang antibakteria. Selain itu, bawang merah juga menjadikan rambut anda lebih kuat selain membuka liang-liang folikel rambut anda yang tersekat dan mencegah jangkitan kulit kepala.

Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan bawang sebagai rawatan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru:

Menggunakan jus bawang merah yang mentah:
Ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan manfaat daripada sulfur yang terkandung di dalam bawang. Masukkan beberapa bawang merah ke dalam pengisar anda untuk mendapatkan jus atau air bawang merah tersebut. Kemudian, letakkannya pada kulit kepala anda dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih sekiranya anda mahu dan bilas menggunakan syampu. Lakukannya sebanyak tiga kali seminggu selama satu atau dua bulan untuk melihat hasil dan diharapkan bersabar kerana ini adalah cara semulajadi.

Menggunakan campuran bawang merah dan madu:
Ambil satu perempat daripada jus bawang merah yang mentah dan campurkannya dengan madu. Gunakan gabungan dua bahan ini untuk mengurut kulit kepala anda setiap hari dan lihat perbezaan selepas beberapa minggu. Senang, bukan?

Isnin, 29 Julai 2013

Petua Mendapatkan Anak

Anak merupakan satu anugerah Allah yang sangat bernilai buat ibu dan ayah. Anak juga merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar bagi seorang yang bergelar ibu dan ayah. Ramai yang ingin memiliki anak tapi belum mendapat keizinan ILAHI.
 

Terdapat 5 petua yang boleh diamalkan :

1. Berdoa kepada Allah S.W.T
Doa yang boleh diamalkan adalah Surah Maryam, ayat 1-15 yang mengisahkan tentang Nabi Zakaria yang sekian lama tidak dianugerahkan zuriat dengan keadaan isterinya yang mandul. Berkat doa dan kesungguhan, akhirnya Baginda dianugerahkan zuriat. Anda juga digalakkan memperbanyakkan sedekah.

2. Melihat waktu subur
Waktu terbaik untuk melakukan hubungan seks adalah sangat penting. Setiap pasangan perlu mengetahui bila saat ovulasi. (iaitu hari ke-14). Pada saat ini, tahap kesuburan adalah paling tinggi. Namun begitu,  hubungan seks sebelum ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

3. Menjaga Kesihatan dan Makan makanan bergizi.
Anda boleh cuba mengamalkan minum susu kambing dan buah kurma. Hindari dari mengambil makanan segera dan minuman ais. Anda juga digalakkan mengambil makanan tambahan seperti vitamin,kalsium, zat besi dll. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran :)
  
4. Hindari Stress
Hindari dari menangguhkan kerja yang boleh membuatkan anda stress. Sekiranya kerja/tugasan anda dapat diselesaikan secara teratur dan tepat pada masa, anda mungkin dapat mengelakkan stress. Anda boleh juga merancang untuk melancong atau bercuti setelah menyelesaikan tugas sebagai hadiah untuk diri sendiri.

5. Jika kesemua cara di atas telah dilakukan, namun masih juga tidak berjaya, jumpalah pakar yang berpengalaman. Anda juga perlu sentiasa berfikiran positif dan yakin rezeki datang dari Allah. Jangan mengeluh. Apa yang berlaku adalah yang terbaik dari Allah S.W.T untuk anda. Bersabarlah :)

Isnin, 2 Januari 2012

Sebiji Pisang dan Petua