Ahad, 11 November 2012

Cara Terbaik Pengambilan Madu

 Assalamualaikum,

Secara amnya cara paling mudah untuk minum madu lebah adalah dengan mengambil 1-2 sudu madu lebah asli menggunakan sudu plastik (Elakkan menggunakan sudu besi, logam dsb) dan terus masukkan kedalam mulut kemudian minum air putih segelas. Kajian menunjukkan kaedah atau cara terbaik adalah dengan mengambil 1-2 sudu madu lebah dan masukkan kedalam segelas air suam panas dan kacau sehingga sebati. Sebagai orang muslim sebaiknya di mulakan dengan selawat dan doa dahulu untuk mendapatkan berkatnya. Kalau mahu boleh juga minum terus madu lebah kemudian diikuti dengan minum air suam kepada mereka yang suka akan kemanisannya. Antara doa yang boleh dibaca adalah seperti dibawah:-

"Ya Allah, aku minum madu ini adalah keranaMu ya Allah & kerana hendak menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, berkat janjiMu di dlm al-Quran & berkat kekasihMu Muhammad s.a.w. sembuhkanlah penyakitku sama ada yg nyata atau yang tersembunyi. sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin"

Bagi mereka yang menghadapi masaalah Gastrik, Kencing Manis dan Tekanan darah tinggi dinasihatkan agar makan 2 sudu besar madu lebah sebelum sarapan, 2 sudu besar sebelum makan tengahari dan dua sudu besar sebelum tidur malam. Untuk mengatasi masaalah demam pula ambil 2 sudu besar madu lebah dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .Masalah kanser usus boleh disembuhkan dengan gunakan madu lebah yang dimakan sebanyak 3 sudu besar dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu besar dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu madu lebah dengan segelas air putih sebelum tidur malam. Bagi kes cirit birit pula kita campurkan 2 sudu madu lebah dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam. Amalan minum madu lebah juga dapat mengatasi masaalah pencernaan perut, Tiroid, masalah sembelit, Resdung, Ketagihan Kopi (Caffein) dan juga menguatkan tenaga batin. Didapati kita perlu mengetahui cara memakan madu lebah dengan kuantiti yang betul, masa yang tepat dan kaedah yang betul untuk mendapatkan khasiatnya. InsyaAllah amalan ini akan memberikan kesihatan kepada kita. 

Khasiat Madu:

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w: "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." 


Well3 Royal Honey adalah madu tulen yang diperolehi daripada bunga Japanese Pagoda, ia tidak mengandungi bahan penambah tiruan, pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet. Well3 Royal Honey asli, murni dan berzat.

Manfaat madu:
   1. Menambah stamina
   2. Menyamankan sakit tekak dan melegakan batuk
   3. Memperbaiki masalah penghadaman seperti ketidakhadaman dan sembelit
   4. Mengurangkan keletihan dan menggalakkan tidur yang lena
   5. Anti-penuaan dan menggalakkan kesihatan kulit
   6. Sesuai sebagai pengganti gula

950g/ 680ml sebotol (RM69.95).  Hubungi; 014 -606 9996

32 comments:

  1. Salam...jemput singgah blog madu asli kami http://originalmadutualang.blogspot.com/
    Terima kasih

    BalasPadam
  2. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    BalasPadam