Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Jumaat, 23 Mac 2012

CINTA 5 PERKARA

CINTA
KEKAYAAN...KECANTIKAN...KESEDIHAN...KEGEMBIRAAN...


Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak; CINTA,  KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

Ahad, 11 Mac 2012

Katak Berlumba


Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta. Perlumbaan pun dimulakan.



Isnin, 5 Mac 2012

Kehidupan Baru



Alhamdulillah, selamat melaporkan diri. Sudah tentulah kenangan-kenangan zaman belajar dulu muncul kembali. Lebih-lebih lagi bila jumpa semula dengan pensyarah-pensyarah ketika waktu belajar dahulu.
Hari ni bermulalah kehidupan sebagai seorang pelajar... Ya, kembali menjadi pelajar setelah hampir 3 tahun meninggalkannya.... Semoga semuanya berjalan lancar. 

Khamis, 1 Mac 2012

Kisah Nasi Lemak II


Assalamualaikum dan Selamat Malam,

Semoga rakan-rakan semua sihat hendaknya. Anda suka nasi lemak? Jika persoalan itu ditujukan pada saya, pastinya jawapannya YA... tetapi... kali ini persoalan itu bukan untuk dibincangkan. Apa yang ingin dikongsi ialah kisah saya sebagai seorang penjual nasi lemak. Hahaha... Percayalah. Ini kisah benar!

Persediaan bahan sebelum memasak.