Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mei 2015

Koleksi Mutiara Kata

~"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

~"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"

~"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"

~"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"

~"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"

~"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"

~"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"

~"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"

~"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"

~"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"

~"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

~"Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"

~"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"

~"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"

~"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."

~"Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."

~"Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."

~"Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda."

~"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

~"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

~"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

~"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

~"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

~"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."

~"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

~"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

~"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

~"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

~"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

~"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

~"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

~"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

~"Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi."

~"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

~"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

~"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

~"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

~"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

~"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

~Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...

~Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

~Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

~Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

~Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

~Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

~Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

~Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

~Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

~Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

~Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

~Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

~Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

~Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

~Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

~Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

~Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

~Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

~Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

~Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

~Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

~Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Ahad, 26 Oktober 2014

Mengapa Kita ditemukan Dengan Orang Yang Salah?

Memang Allah sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Ahad, 28 September 2014

Mereka Lebih Mulia

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2.Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3.Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

5.Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah.

Ahad, 24 Ogos 2014

Muhasabah Diri

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~

Ahad, 27 Julai 2014

9 Pembaziran Yang Sering Kita Lakukan

 9 Pembaziran Yang Sering Kita Lakukan.

"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
- Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
- Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
- Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
- Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
- Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahu'alam.

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan. Wassalam.

Jumaat, 31 Januari 2014

Seorang Isteri Yang Diuji

Suaranya sungguh tenang. Walaupun masalahnya agak berat juga tetapi segala-galanya disuarakan begitu teratur.

“Ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami,” luahnya perlahan.

“Sudah lama?”

“Baru sahaja… Sejak dua bulan yang lalu,” katanya.

“Puan rasa kecewa, marah?”

“Tidak. Insya-Allah, tidak. Saya boleh menerima segala-galanya dengan baik.”

“Jadi apa masalahnya?” tanya saya terkejut. Selalunya, punca masalah berlaku apabila isteri pertama tidak boleh menerima hakikat dia telah dimadukan.

“Masalahnya ialah ibu-bapa saya dan ipar-duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak.”

“Puan bertindak?”

“Tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah.”

“Alhamdulillah, kalau begitu… Jadi, apa masalahnya lagi?”

“Bila saya tidak mahu bertindak, mereka tuduh saya pula turut bersyubahat dengan suami. Mereka marahkan saya. Akibatnya hubungan saya dengan mereka renggang. Tegur sapa dan ziarah menziarahi tidak semeriah dulu lagi. Saya sedih diperlakukan begini.”

Saya diam. InsyaAllah itu akan memberi ruang untuknya menarik nafas dan mengatur semula perasaan. Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah… kekadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin ‘didengari’. Teringat apa yang sering ditegaskan oleh pakar psikologi, manusia peru didengar luahan dan rintihannya sama seperti mereka perlukan makanan.

“Puan, kunci keharmonian dalam poligami ini, insya-Allah, terletak di tangan puan dan suami, bukan di tangan ibu-bapa puan, ibu-bapa suami, apalagi oleh ipar-duai puan,” akhirnya saya bersuara. Perlahan-lahan. Satu-satu. Mengikut rentak suaranya.

Di hujung talian, saya dapat rasakan dia sedang sayu. Lalu saya teruskan,”Jika puan tabah, tenang dan kelihatan ‘steady’, orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. Mereka hanya akan ‘bising’ seketika sahaja. Kemudian, ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-galanya. Apa rasa puan berpoligami?”

“Saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya,” ujarnya.

Dalam diam, saya menyanjung sikap wanita ini. Dia menggunakan istilah ‘rezeki’. Ya, rezeki itu sinonim dengan kebaikan dan keberkatan. Ertinya, dia telah bersedia untuk menerima segala-galanya dengan tabah sejak awal lagi.

“Apa yang mendorong puan bertindak begitu?” tanya saya mendorong dia meluahkan segala isi hatinya. Dengan meluahkan segala niat, azam dan segala yang terpendam dalam jiwanya, insya-Allah dia akan lebih tabah dan yakin.

“Ustaz, suami saya baik. Bertanggung jawab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan kerana suka-suka. Saya yakin dia boleh bertanggung jawab dengan baik terhadap dua orang wanita.”

Sekarang giliran saya pula terdiam. Saya ingin belajar… Ingin belajar erti tabah daripada seorang isteri untuk menghargai isteri sendiri.

“Sejak awal lagi rumah tangga kami dibena atas cita-cita ingin mencari keredaan Allah. Dia jawapan istikharah saya, dan saya jawapan istiharah dia. Sebelas tahun berlalu, telah bermacam-macam-macam ujian kami lalui. Istikharah itu pun diujikan? Begitu yang saya baca dalam tulisan ustaz. Istikharah itu pun perlukan mujahadah. Alhamdulillah, segala-galanya dapat kami harungi bersama. Sekarang… ujian poligami.”

“Puan tidak rasa dieksploitasi?”

“Oh, tidak, “jawabnya dengan tegas, “ tidak sekali-kali ustaz. Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri…”

“Dan ada wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama dengan suaminya,” pintas saya.

“Mengapa ibu-bapa dan ipar-duai saya bersikap begitu? Sedangkan saya yang menanggung segala-galanya?” Dia kembali kepada permasalahan asalnya.

“Itulah trauma masyarakat Melayu kita. Persepsi terhadap poligami terlalu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiyaan. Padahal, poligami itu adalah satu perkongsian dan pembelaan.”

“Mungkin kerana pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini,” balasnya.

“Kalau begitu, perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan setiap 15 minit penceraian terjadi… apakah penyebabnya poligami?”

“Masyarakat kita hanya mengikut sentimen. Bukan berdasarkan ilmu dan fakta, ustaz.”

“Saya tidak nafikan, ada juga yang lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk berseronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba,  dan sebab-sebab lain yang tidak syar’ie. Mereka ini bukan sahaja menzalimi isteri-isteri mereka  tetapi turut mencemarkan kesucian hukum Islam!”

“Jadi saya perlu biarkan sahaja sikap negatif ibu-bapa, mertua dan ipar-duai saya?”

“Selagi puan tabah, selagi suami puan berlaku adil dan bijak mengemudikan rumah tangga, insyaAllah semuanya akan reda dengan sendirinya.”

“Sunyi juga. Terasa kehilangan.”

“Inilah hikmah besar poligami puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan untuk akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!”

“Saya akan kehilangan cinta suami?”

“Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah.”

“Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah!”

Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia jika usia perkahwinan baru memasuki tahun ke lima, ke enam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al Quran dan Al Hadis. Atau oleh sajak dan ungkapan yang indah dan puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan… Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita… kerana bahagia itu ditempa oleh derita!

“Kekadang datang juga rasa cemburu… bagaimana?” kembali suara itu mengocak lamunan saya.

“Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. Selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?”

“Begitulah ustaz. Ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat, membaca Quran,  dan buku-buku yang tangguhkan membacanya sejak dulu.”

“Itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbaiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik sekalipun pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri,” dorong saya.

“Seperti mana perkahwinan pertama dahulu diuji, begitulah perkahwinan kedua ini, pasti diuji. Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru, bahagia itu bila diuji,” ujar saya perlahan.

“InsyaAllah ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz pesankan… jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya. Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?

~Kiriman emel

Rabu, 11 Disember 2013

Pelajaran Tentang Perusahaan Besar

Rabu, 9 Oktober 2013

Sifat-Sifat Hantu Yang Perlu Dicontohi



1) Toyol, Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri

2) Pontianak Susah senang selalu tertawa, ini menunjukkan kepribadian kuntilanak ini optimis.

3) Pocong Dari dulu bajunya x pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik pada fashion, sangat bersahaja.

4) Hantu air Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia x pakai baju renang, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan.

5) Jerangkung Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkn orang lain.

6) Jebon Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walau mukanya buruk, hancur, badannya bau, dan menakutkan tapi sifatnya sangat sabar. Buktinya dia baca tulisan ini sampai habis.. huhuhu!

Rabu, 10 Julai 2013

Sedih! Kisah Mak Cik Si Penjual Kerepek

Tiada manusia yang mahu hidupnya dalam kesusahan. Namun setiap manusia harus berusaha untuk keluar dari dunia kemiskinan. Sebuah kisah seorang mak cik yang hari-harinya diisi dengan aktiviti berniaga kerepek. Tidak mahu menerima simpati orang, tetapi mahu meneruskan kehidupan dengan cara tersendiri. Corak kehidupan yang berbeza dengan kita semua. Semoga kita mendapat pengajaran daripada kisah ini.

Sabtu lalu saya singgah untuk berurusan di sebuah bank di Taman Melawati Kuala Lumpur. Seperti biasa kawasan tersebut sesak dengan kereta disebabkan ada pasar tani yang memang mendapat sambutan ramai dari penduduk sekitar kawasan itu, malah dari tempat lain juga.

Setelah meletak kereta di parkir lebih kurang 500 meter dari bank tersebut, saya keluar untuk memenuhi urusan saya itu.

Di kaki lima bank itu saya melihat orang ramai berkerumun. Tertanya-tanya juga hati saya apa yang berlaku, mungkinkah ada orang pengsan? Atau berlaku rompakan? Mungkin juga kemalangan.

Menghampiri kawasan itu segala pertanyaan terjawab. Rupanya orang ramai yang berhimpun di situ sedang menunggu giliran membeli produk makanan ringan yang dijual oleh seorang warga emas wanita.


Dalam pada mengatur langkah ke arah bank, mata saya melihat keadaan itu dengan lebih jelas. Terlihat oleh pandangan saya Mak cik warga emas itu sedang sibuk melayani pelanggannya.

Saya perhatikan kebanyakan yang singgah, membeli sekurang-kurangnya dua paket kerepek yang dijual dengan harga RM2.00 hingga RM10.00.

Setiap paket kerepek itu dibungkus kemas. Makcik itu yang agak saya berumur lebih kurang 80 tahun duduk bersila di atas simen berlapikkan sehelai kain. Di hadapannya ada beg-beg plastik dipenuhi pelbagai jenis kerepek.

Saya melihat kesayuan pada wajah makcik itu. Sekalipun saya tidak nampak dia tersenyum. Tapi tidak siapa peduli. Bagi mereka bukan senyum mak cik itu yang mendorong mereka berhenti membeli tetapi wajah sayunya.

Mungkin semula jadi wajahnya begitu atau kerana keadaan. Tidak siapa tahu apa sebenarnya! Pun begitu, naluri saya dapat membaca apa yang tersirat di dalam hati makcik itu.

Setiap orang yang berhenti bertanya produk jualannya pasti dilayan dengan baik. Semua yang bertanya saya lihat membeli sekurang-kurangnya satu paket kerepek. Namun apabila makcik itu mengembalikan wang baki, kesemuanya menolak. Saya dapat mendengar salah seorang pelanggan berkata, “Makcik simpanlah baki wang itu, buat belanja.”

Sambil memandang orang yang memberinya, makcik itu mengangguk-anggukkan kepalanya lalu memasukkan duit itu ke dalam sebuah bekas yang ada di atas ribanya.

Sebaik selesai urusan dan melintasi makcik itu saya turut berhenti di hadapannya. Selepas memberi salam dan bertanya khabar, saya bertanya berapa harga satu paket kerepek yang dijualnya.

“Ada RM2.00 ringgit, ada RM5.00 ada juga RM10.00 bergantung kepada besarnya. Nak ke…’’ tanya makcik itu. Suaranya agak gementar.

Saya melihat kedua-dua tangannya berkerut, urat-urat jelas timbul gambaran usianya yang sudah lanjut. Namun dia punya kecekalan. Tubuhnya pada saya masih sihat. Namun kudrat mungkin terbatas.

Memandang wajahnya saya mengangguk. Kemudian memilih dua paket kerepek pisang dan ubi. Seperti orang lain, saya juga tidak mengambil wang baki kerana sesiapa pun yang terpandang akan wajah makcik itu pastinya tidak akan tergamak mengambil semula wang bakinya.

Serentak dengan itu hati saya berperang dengan pelbagai perasaan yang bertukar ganti. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan perihal makcik tersebut. Seorang warga emas yang kecil tubuhnya duduk bersila di atas simen menjual makanan ringan sedangkan sepatutnya dia berehat di rumah.

Dalam hati tertanya-tanya lagi, ke mana pergi anak cucu mahupun saudara maranya? Menyedari tidak ada yang menunggu giliran untuk membeli di belakang, saya meluangkan masa berbual singkat dengan makcik itu. Katanya, dia tidak tinggal di kawasan itu tetapi datang dari kawasan lain yang tidak mampu disebutnya. Mungkin tidak ingat atau dia enggan berterus terang.

Saya bertanya tidakkah dia merasa penat menunggu di situ sepanjang hari. Jawapannya, “Makcik sudah biasa… kalau tidak jual ini, macam mana nak cari duit untuk hidup?”

Jawapannya menjadikan saya termenung seketika. Satu jawapan yang bernas. Sayangnya ia lahir dari bibir seorang warga emas yang sepatutnya sedang bersenang lenang di rumah melayani cucu dan cicit.

Naluri saya terus tertanya-tanya mengapa makcik itu dibiarkan melakukan kerja tersebut seorang diri? Adakah kerana dia sendiri rela hati untuk berjual atau sebab terpaksa. Lama mencari jawapan tapi tidak ada yang pasti. Hakikatnya saya yakin makcik itu terpaksa bekerja untuk menyara hidupnya. Itu saja kerja yang mampu dilakukannya bagi menjana kelangsungan hidupnya.

Biarpun urusan di bank telah selesai dan anak-anak juga semakin resah kerana saya masih enggan berganjak dari tempat itu. Berat rasa hati hendak meninggalkan makcik itu.

Entah kenapa saya sering terperangkap dalam keadaan begitu. Hati mudah tersentuh terutama apabila melihat warga emas, wanita dan kanak-kanak yang menjalani kehidupan yang meletihkan. Namun saya bersyukur kerana masyarakat kita amat penyayang dan prihatin. Contohnya seperti yang saya ceritakan, tidak henti-henti orang berhenti membeli.

Saya tidak tahu berapa lama makcik itu sudah berniaga di situ tetapi saya yakin tempat itu bukanlah lokasi baru makcik itu mencari rezeki. Mungkin juga dia telah pergi ke merata tempat yang difikirnya sesuai untuk dia mencari rezeki.

Kawasan sekitar bank itu mungkin antara tempat dia singgah untuk menjual hasil produk jualannya kerana ramai orang lalu lalang.

Apa pun, siapa pun makcik itu, dari mana asalnya, sebagai manusia saya benar-benar tersentuh hati dengan kegigihannya. Saya pasti makcik itu punya semangat dan kekuatan yang hebat untuk melawan kepayahan hidupnya.

Kegigihan makcik itu patut menjadi contoh kepada warga emas lain yang hanya mengharapkan simpati dan belas ihsan untuk terus hidup.

Pada masa yang sama, saya mendoakan kesejahteraan makcik itu dan berharap dalam usia yang semakin meningkat dia tidak akan terus dibelenggu kepayahan untuk mencari rezeki dengan kudrat yang semakin lemah dan kesihatan yang entah sampai bila mampu bertahan.

Saya juga mengharapkan agar satu hari nanti, dalam masa yang terdekat ini, akan ada darah daging makcik itu yang menjenguk dan bertanya khabarnya dan seterusnya membawa dia ke dalam kehidupan yang lebih ceria dan sempurna bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya.

Menutup kata, pesanan saya untuk renungan kita bersama. Hidup ini adalah satu perjuangan yang tidak pernah ada penamatnya. Ia akan berhenti dengan sendiri apabila sampai saat kita di jemput Ilahi. Wallahualam.

Sumber : Cerita Tauladan

Ahad, 1 Julai 2012

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pembentukan peribadi dan akhlak mulia bermula dari saat bayi masih dalam kandungan. Proses ini tidak terhenti di situ, sebaliknya berterusan hingga mereka dewasa dan menjadi mukmin yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran al-Quran serta as-Sunnah. Dalam diri mereka sentiasa tertanam perasaan takut akan kebesaran dan keagungan Ilahi. Lantas menumbuhkan tunas-tunas keimanan hakiki.

Isnin, 21 Mei 2012

Kisah Sebuah Jam

Assalamualaikum WBT,

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”


“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

Ahad, 11 Mac 2012

Katak Berlumba


Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta. Perlumbaan pun dimulakan.



Khamis, 1 Mac 2012

Kisah Nasi Lemak II


Assalamualaikum dan Selamat Malam,

Semoga rakan-rakan semua sihat hendaknya. Anda suka nasi lemak? Jika persoalan itu ditujukan pada saya, pastinya jawapannya YA... tetapi... kali ini persoalan itu bukan untuk dibincangkan. Apa yang ingin dikongsi ialah kisah saya sebagai seorang penjual nasi lemak. Hahaha... Percayalah. Ini kisah benar!

Persediaan bahan sebelum memasak.

Rabu, 22 Februari 2012

Belajar dan terus belajar..!

Selamat hari Rabu kepada semua. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.


Belajar dan terus belajar..!

Isnin, 16 Januari 2012

Satu Kisah Untuk Renungan

Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia 7 tahun dimuka pintu.

Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya...nak tanya apa?"

Khamis, 22 Disember 2011

Kisah Nasi Lemak

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."


Sabtu, 5 November 2011

Rama-rama, anak anda dan kehidupan

PADA suatu pagi yang nyaman, saya sedang menikmati pemandangan di luar rumah sambil menjamah sarapan pagi.

Mata saya terlihat seekor rama-rama yang terdesak untuk mencari jalan keluar dari sebuah tingkap berkaca. Ia terbang ke kiri dan ke kanan, kemudian ke kiri semula. Namun di sebalik usaha keras itu, rama-rama itu masih gagal mencari jalan keluar, walhal terdapat sebuah ruang terbuka luas tidak jauh dari tempat rama-rama itu hinggap. Ruang berkenaan gelap sedikit kerana ditutup dengan bidai buluh untuk mengurangkan cahaya yang masuk menerusi tingkap.


Selasa, 15 Mac 2011

Lelaki tanpa tangan dan kaki

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Lelaki tanpa tangan dan kaki ni bukanlah kisah seram yang ingin ila kongsikan, tetapi kisah ketabahan insan ini dalam menjalani kehidupan mampu membuka mata kita untuk terus tabah dan redha dengan apa jua ketentuan Ilahi.

Dilahirkan tanpa kaki dan tangan bukan penghalang kepada Nick Vujicic untuk menikmati hidup seperti insan lain yang normal. Lelaki berusia 26 tahun ini hanya mempunyai badan. Apa yang menakjubkan dalam keadaan tanpa anggota tangan dan kaki dia mampu bermain bola sepak, golf, berenang dan meluncur ombak. Untuk membolehkan dia menyeimbangkan badan dan menyepak, Nick bergantung kepada kakinya yang kecil. Kaki itu juga digunakan untuk menaip, menulis dengan pen dan mengangkat benda yang diperlukan.

Meluncur ombak di Hawaii bersama jurulatih Bethany Hamilton 
 yang hilang satu tangan akibat digigit jerung.

Isnin, 24 Januari 2011

Kisah Kelapa Tua

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Kawan-kawan buat apa tu? Nak bersiap pergi kerja atau masih tidur??? Hehehe. Hari ni ila nak ke Kelantan. Dalam kedinginan pagi ni, ila terbaca artikel ni dan agak menarik untuk dikongsi dengan kawan-kawan.

Kisah kehidupan kita ini ibarat "KISAH KELAPA TUA"


Jumaat, 21 Januari 2011

Kenapa Aku Diuji?

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

Kawan-kawan buat apa yer pagi ni? Ila nak kongsi satu renungan buat semua di pagi jumaat yang nyaman ni. Kiriman dari seorang guru berbunyi:

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi.