Jumaat, 21 Januari 2011

Kenapa Aku Diuji?

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

Kawan-kawan buat apa yer pagi ni? Ila nak kongsi satu renungan buat semua di pagi jumaat yang nyaman ni. Kiriman dari seorang guru berbunyi:

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi.

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,  padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”(Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
“dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

11 comments:

  1. syukran jazilan untuk perkongsian bermakna ni ;)

    BalasPadam
  2. kdg2 kite kena uji tp kita xdpt sbr dgn ujian itu..

    BalasPadam
  3. ujian itu adalah guru dalam senyap..
    moga kita dapat belajar

    BalasPadam
  4. ujian satu tanda ALLAH syg kita..utk ajar kta erti sabar..dan memohon kepadaNYA...thanks 4 good info..;)

    BalasPadam
  5. motivasi yg btl2 membantu sy yg tengah down ni..terima kasih ^_^

    BalasPadam
  6. tq Ila sebab kongsikan petikan kalamullah yang bagus ni.

    BalasPadam
  7. terime kasih ila sbb share entry ni ^^

    recent post : |khurafat???|

    BalasPadam
  8. allah menguji seseorang mengikut kemampuannya sendiri . ceq selalu pegang dgn kata2 ni . :)

    BalasPadam
  9. dugaan Tuhan datang dlm plbagai cara..

    BalasPadam
  10. kadang-kadang kita terlupa yang kita sedang diuji oleh Allah...

    BalasPadam
  11. Bismillahirrahmanirrahim..

    cadangan saya, kalau boleh sertakan hadith juga sebagai
    rujukan. Hadith pun best jugak~

    BalasPadam