Assalamualaikum dan Selamat Petang...
Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria. Semakin hari dunia semakin canggih, hinggakan dunia hari ini kanak-kanak tadika pun dah pandai menggunakan internet, malah golongan berusia juga tidak ketinggalan.
Apa itu perniagaan internet?
Perniagaan online atau perniagaan internet adalah sesuatu yang patut diterokai oleh setiap pengusaha Muslim. Ini kerana perniagaan internet mempunyai potensi yang begitu besar. Seorang peniaga kini tidak perlu lagi bergerak ke sana ke mari untuk menjual barangnya, cukup sekadar berada di depan komputer.
Situasi ini memberi ruang dan peluang yang tidak ada batasan yang membolehkan seorang penjual yang tinggal di kampung atau kawasan luar bandar dapat menjual barangannya kepada seseorang yang berada di luar negara. Sesuatu yang agak mustahil jika penjual di kampung itu tidak ada sebarang perhubungan dengan orang luar. Tapi dengan adanya internet, semuanya tidak mustahil.
Begitulah penggunaan internet pada masa kini. Pekerjaan menjadi lebih mudah dan cepat dengan menggunakan internet sahaja. Email boleh dihantar dalam masa beberapa saat saja. Sungguh menjimatkan masa.
Seterusnya, kita lihat pula etika perniagaan Islam secara ringkas, mudah-mudahan boleh dijadikan panduan untuk kita semua. InsyaAllah. Islam telah menggariskan beberapa perkara yang perlu diikuti oleh para peniaga atau usahawan Islam, di antaranya :
1. Peniaga perlu mengelak dari berniaga benda haram.
2. Peniaga perlu mengelak dari berlaku permusuhan atau pergaduhan.
3. Peniaga perlu mengelak dari bersikap sombong.
4. Peniaga perlu mengelak dari menjual barang yang tidak ada atau penipuan.
5. Peniaga perlu mengelak dari bersumpah bohong untuk menyakinkan pembeli.
6. Peniaga perlu mengelak dari perbuatan khianat.
Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan. Justeru, apabila kita menceburkan diri dalam dunia perniagaan, kita perlu mematuhi etika perniagaan Islam.
Ketahuilah persediaan yang perlu dilakukan untuk membina empayar perniagaan sendiri. Anda tidak tahu ingin bermula? Dapatkan panduan lengkap persediaan untuk memulakan perniagaan melalui Ebook Mula Niaga: Offline & Online.
Hurmm bestnya bla join perniagaan d internet??
BalasPadamsaya ini berminat tapi x tau macam mana nak memulakannya? huhu
aku pun berminat gak nak buat perniagaan internet tp x tau cmana nk mula n produk yg nk dijual. huhu
BalasPadamBlogger 20 Sen
Salam sis.. Nk berniaga on9... Boleh wasap saya.. Saya ajarkan.. Kalau sudi tgl no tpon saya wasap. 😊
Padamekceli mase form 6 amek buss..so,thu r sket2 selok belok dunia buss nie...sumenye bergntung pd niat...kalau niat baik,jujur buat buss,..insyaallah rezeki ade....
BalasPadamyups
BalasPadamden minat sikit2 la meniaga nih tapi xreti sangat
P/S : Siapa Yang Pernah Pergi Brunei? Apa Yang Seronoknya Di Sana?
Good sharing.. i like.. thanks ila
BalasPadamalhamdulillah,
BalasPadamsaya kini pun dah masuk perniagaan internet nie. sebelum ini saya buat perniagaan secara jualan langsung. alhamdulillah 6 bulan sebagai IM pulangannya sungguh tak ku sangka...
tak teringin lagi buat bisnes sendiri kat internet.. tp shopping via internet memang suke. hehe
BalasPadamxreti nak mulakan ....
BalasPadamKetahuilah persediaan yang perlu dilakukan untuk membina empayar perniagaan sendiri. Anda tidak tahu ingin bermula? Dapatkan panduan lengkap persediaan untuk memulakan perniagaan melalui Ebook Mula Niaga: Offline & Online.
BalasPadamAssmlkm. Mohon maaf kpd tuan blog ya, ingin saya sentuh tentang Isra miraj, semoga Allah akan menambah rezeki puan jika tidk kaitkan pristiwa samawiyyah ilahiyyah tersebut dgn perniagaan online. Ada disiplin ilmu yg tersasar sekiranya kita suaikan kbendaan dan bisnes online dgn mukjizat Rasul. :)
BalasPadamsalam ukhuwwah.
Wsalam. Terima kasih al-ustaz atas teguran membina dan perkongsian ilmu. Mungkin apa yang ditulis dan cuba disampaikan memberi makna yang lain pula. Saya telah mengubah tulisan tersebut kerana kesalahan yang tak saya sedari untuk kebaikan semua. Terima kasih :D
BalasPadam