Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Rabu, 1 November 2017

7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak

7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak


1. Seimbangkan makanan bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat,protein dan lemak.

2. Hindarkan makanan ringan kerana boleh menjejaskan kesihatan dan pertumbuhan anak-anak.

3. Banyakkan minum air masak kerana penting untuk fungsi fisiologi tubuh serta
dapat mengawal suhu badan dan dapat mengeluarkan toksik yang berlebihan dalam badan.

4. Wajibkan sarapan pagi  kerana ia merupakan sumber bekalan tenaga
agar tumpuan anak-anak terhadap aktiviti seharian tidak terjejas.

5. Sekat minuman berkarbonat kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi
yang boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan.

6. Tingkatkan aktiviti fizikal dengan menggalakkan anak-anak bermain di luar rumah
seperti bermain di taman permainan.

7. Bijak dalam membeli makanan dengan membaca label makanan yang dibeli.
Pastikan ia rendah kalori, kurang gula dan lemak.