Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Ahad, 24 Julai 2011

Persediaan Menghadapi Ramadhan

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sihat hendaknya =)

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Rasulullah s.a.w.

الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”


Rabu, 20 Julai 2011

Jangan Makan Telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sihat hendaknya =)

Seringkali kedengaran bahawa jangan makan telur kerana telur mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, tetapi sejauh manakah kebenaran penyataan ini?

Sabtu, 9 Julai 2011

Durian Oh Durian

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :D

Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku".


Isnin, 4 Julai 2011

Bangun sayang... bangunlah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sihat hendaknya =)

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri... tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Marilah sama-sama kita hayati kisah ini... "Bangun sayang... bangunlah..." Terharunya....