Rabu, 20 Julai 2011

Jangan Makan Telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sihat hendaknya =)

Seringkali kedengaran bahawa jangan makan telur kerana telur mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, tetapi sejauh manakah kebenaran penyataan ini?

Telur ayam adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet manusia di seluruh dunia. Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan dan ubat bagi berbilang bangsa di negara kita ini.

Telur disediakan untuk hidangan dalam berbagai gaya – separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya. Semuanya sedap belaka. Di Malaysia, telur ayam merupakan 28.8% daripada jumlah sumbangan pengeluaran ternakan. Penggunaan (consumption) telur per kapita bagi tahun 1985 ialah 222 biji telur ayam dan 7.5 biji telur itik.


Banyak pula penawar atau ubat tradisional bagi berbagai penyakit yang menggunakan telur ayam. Telur ayam kampung amat tinggi permintaannya kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil dari pemakanan yang asli dan organik, iaitu bebas dari bahan kimia. Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10% cangkerang, 30% kuning telur dan 60% albumen (mengikut berat).

Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza di antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolestrol telur itik adalah tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 mg bagi setiap gram kuning telur. Kandungan telur kaya dengan protein, vitamin dan lemak yang mudah dihadam. Telur juga merupakan punca mineral perlu dan mengandungi kalori yang rendah. Nilai pemakanan telur tidak bergantung kepada warna cangkerangnya.

Pernahkah kita terfikir, bagaimana sebiji telur ayam yang kecil itu mampu menghasilkan seekor anak ayam yang sempurna? Anak ayam ini semasa di dalam kulit telurnya tidak mendapat makanan dari luar. Sebaliknya ia memperolehi bahan-bahan makanan yang seimbang dan mencukupi hanya dari dalamnya sahaja. Ini bermakna, bahan-bahan yang terkandung di dalam sebiji telur ayam itu sudah cukup lengkap untuk membentuk seekor anak ayam yang sihat.


Apakah yang terkandung di dalam sebiji telur ayam ini sehingga mampu membekalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk hidup di dalam kulitnya selama lebih kurang 21 hari? Secara zahirnya, telur terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian putih (albumin) dan kuning (egg yolk).

Bahagian putih ini mengandungi protein-albumin dan tidak mengandungi vitamin larut lemak. Apa yang agak unik ialah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil ‘avidin’, iaitu sejenis bahan antibiotic semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur itu. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting. Di antaranya ialah 67 mg sulfur atau 8% daripada keperluan kita seharian. Jumlah ini bukan mudah untuk kita perolehi dalam lain-lain makanan.

Sebiji telur juga mengandungi :

    * 0.7 mg zink
    * 1.2 mg besi
    * 5.5 mg magnesium
    * 16 mg inositol
    * 27 mg kalsium
    * 76 mg potassium
    * 253 mg choline
    * 100 mg fosforus
    * 590 unit vitamin A

Selain daripada yang disebutkan di atas, telur juga mengandungi :

    * lecithin,
    * tryptophan,
    * pyridoxine (B6),
    * biotin,
    * asid folik,
    * riboflavin (B2),
    * thiamin (B1),
    * asid pantotenik (B5),
    * selenium,
    * asid amino,
    * methionin
    * cystin.

Khasiat mencukupi

Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya.

Sebab inilah, telur boleh dianggap sebagai makanan yang ideal untuk setiap orang. Sumber-sumber proteinnya mencukupi dan nisbah sumber-sumber galiannya juga telah cukup sempurna untuk tumbesaran.

~ Sumber http://wanitasihat.com ~

p/s: Makan telur untuk kesihatan. hehehe~

Lain-lain untuk dikongsi :D
Mula Niaga - Panduan Lengkap persediaan memulakan PERNIAGAAN.
Susu Lebah - KHAS untuk pesakit kronik dan individu yang inginkan KESIHATAN yang lebih baik.
Aksesori Wanita - CANTIK, MURAH dan BERGAYA.
Perfume BARU! - Satu-satunya minyak wangi Perancis yang disahkan HALAL oleh JAKIM.
Rahsia Buat Dadih Segar - Juadah ISTIMEWA berbuka puasa dan Jana Pendapatan melaluinya.
Pesanan Penting! - Kenangilah jasa dan PENGORBANAN mereka. Kasihanilah mereka di hari tua. 
KURMA dengan aprikot dan badam - The best delicacy for the month of Ramadhan.
Biskut dan KEK - Istimewa RAYA!!!

4 comments:

  1. kira bgus la kalau kita makan telu ayam nie kan.

    BalasPadam
  2. suka, tapi tak leh lebih. takut jadi alah protein nanti.

    BalasPadam
  3. amal_fc1303 : baik utk kesihatan

    Adzrien Shoppe : betul... berpada2, jgn berlebihan.

    BalasPadam
  4. saya paling suka makan telor goreng...
    lebih2 kalau buat benjo....best..

    BalasPadam