Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Rabu, 29 Jun 2011

Sebiji epal sehari

Sebagai buah-buahan pencuci mulut, epal bukan sahaja enak dimakan tetapi dijadikan snek kesihatan bagi mengurangkan risiko sakit jantung, kanser dan kolesterol darah.


MUNGKIN ramai yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal.

Selasa, 14 Jun 2011

Tahniah Kepada Pemenang!

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Pertamanya ila memohon kemaafan atas kelewatan keputusan ini kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Apapun tahniah kepada pemenang-pemenang peraduan Teka & Menang blog ila yang diadakan pada April lalu.


Ahad, 5 Jun 2011

Minyak Wangi

Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir".

Wangi-wangian juga adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW, di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus" (HR Ad-Dailami)

Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a, Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian)

Rabu, 1 Jun 2011

Bisnes melalui blog

Assalamualaikum,

Pernahkah anda terfikir, blog mampu menghasilkan pendapatan untuk anda? Tak kira samada pendapatan itu kecil atau besar. Atau mungkin boleh dijadikan pekerjaan sambilan mahupun sepenuh masa.

Salah satu perniagaan yang boleh anda jalankan seperti menjual produk digital atau produk fizikal. Blog mempunyai potensi yang besar sebagai tempat untuk anda menjual produk sendiri. Sekiranya anda mempunyai produk untuk dijual, anda boleh menggunakan blog anda sebagai tempat menjual produk tersebut.