Rabu, 29 Jun 2011

Sebiji epal sehari

Sebagai buah-buahan pencuci mulut, epal bukan sahaja enak dimakan tetapi dijadikan snek kesihatan bagi mengurangkan risiko sakit jantung, kanser dan kolesterol darah.


MUNGKIN ramai yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal.

Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari. Satu kajian mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat  berbanding mereka yang langsung tidak makan epal.

Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.

Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.

Menurut pakar pemakanan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Tan Yeng Sing, epal menjadi kegemaran bukan sahaja kerana rasanya tetapi khasiatnya.

"Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.

"Serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan kekenyangan dan mencegah anda daripada makan berlebihan," katanya.

Tambah beliau, sebiji epal wajar diambil setengah jam atau satu jam sebelum anda menikmati hidangan utama setiap hari, iaitu antara makan tengah hari dan malam.

Dengan cara itu, kita mengurangkan hidangan yang diambil kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.

Bercerita mengenai kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena.

"Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

"Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.

"Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat)," jelasnya sambil memberitahu epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah.

"Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA).

"Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon," ujarnya.

Bagaimanapun, nasihat Yen Sing, elakkan pengambilan buah yang mempunyai warna yang sama setiap hari. Katanya, untuk mendapatkan diet yang ideal, kita seharusnya mempelbagaikan jenis buah-buahan dan juga warnanya, termasuk sayur-sayuran.

Justeru, pakar diet mengesyorkan pengambilan makanan daripada warna-warna pelangi. Cara tersebut bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, malah membantu kita mendapatkan pemakanan yang seimbang.

Sumber: kosmo.com.my

Lain-lain:
Awas!!! Penawar Penyakit 
Cantik, Murah & Bergaya

30 comments:

  1. haa dulu masa cikhel diet memang amalkan epal sehari..last2 tah kemana..hehe

    BalasPadam
  2. DIET SEBAIKNYA MAKAN EPAL HIJAU TAPI JANGAN MAKAN BIJI EPAL HIJAU NANTI JADI PELUPA

    BalasPadam
  3. suka ! tp tak suka epal hijau !masam !

    BalasPadam
  4. jarang makan epal hijau nie...thanks atas info bergula...nak g supermarket...cr epal..hehe

    BalasPadam
  5. akak mmg suka sgt epal, jus sedap, pie sedap, letak asam sedap....mcm2 boleh buat utk menyedapkannya....terutama yg hijau.

    BalasPadam
  6. nyam3! kalau la boleh makan ni ja xmakan nasik..bestnyaa..hehe

    BalasPadam
  7. epal baik utk kesihatan...tapi akak xsuka sbb terasa nyilu bila menggigitnya, tengok org mkn pun xboleh...akan mengetap bibir utk menahannya... inipun dah terasa-rasa....emmm...
    p/s...salam kenal.1st time dtg

    BalasPadam
  8. waahhh.kena makan apple tiap2 ari la cmni.hehehee

    BalasPadam
  9. cik helena : jom makan epal :D

    Hanif Idrus Blog : biji epal baik untuk pertumbuhan. Hehehehe

    Amoi MiyaSya : makan epal merah la...

    Mr Rileks : jus epal tanpa ais :D

    jefri: beli epal byk2 tau. hehe

    BalasPadam
  10. ~~zAnAfAhMi~~ :D

    NurShahFamily : Sama2... jom makam epal :)

    SyAfaWaNi ♥‿♥ : nasi kena makan juga...

    radziah AR : hehe...boleh je makan buah-buahan lain. byk juga khasiatnya :)
    Terima kasih datang, salam perkenalan :D

    laila: makan, jangan x makan...epal oh epal~

    BalasPadam
  11. kalo makan epal ngan garam ada efek pape x? hihi

    BalasPadam
  12. suka epal fuji..... kalau sehari tu mau abis 5 6 biji :)

    BalasPadam
  13. selalu jgk mkn epal, plg suka yg ijau, cicah asam or garam, nyum2

    BalasPadam
  14. Salam.. nice info.. epal hijau n merah, dua2 sedap..

    BalasPadam
  15. setuju..epal bagus untuk kesihatan tetapi ada juga cakap boleh penyebab lupa sebabnya masam...

    BalasPadam
  16. rajin gak beli epal hijau, kunyah sambil tengok diari af dolu2. sekarang ble af dh abes layan drama anissa plak sambil kunyah epal. hehehe...

    BalasPadam
  17. mmg tiap2 mlm mkn epal ijau kat depan tv...best & ranggup xtau pulak byk khasit cmni...tq

    BalasPadam
  18. lps ni kne mkn epal hari2 la.. epal warna pelangi xde ke?

    BalasPadam
  19. mak cik saya kata epal hijau kalau selalu makan boleh lupa . sebab dia masam . erk ?

    BalasPadam
  20. missxidi : seeloknya makan epal tanpa garam.

    Hadi : wow, byknye makan 5 6 biji sehari...

    LAILA ... :D

    AzwanRamli : makan aje epal hijau ke merah ke. ada khasiat tersendiri.

    klanafana : bagus mkn epal selalu, tapi jangan amalkan makan ngn garam... hehe

    Cik Su Life Cycle : teruskan makan epal. byk khasiatnye :D

    merahitujambu : bagus :D

    budak hitam : wsalam. TQ

    BalasPadam
  21. Halo Coy : wsalam. TQ

    Mohamadazhan.com : makan berpada2 :D

    shandye. : hehe... makan epal sambil tgk tv berhati2 ye. nanti tergigit jari :D

    Faizal Syukri @ Peja : beli kt kedai ye...

    Odah + One = OdahOne : amalkan selalu

    My Airul... : makan la...puding epal ade la warna pelangi...hehe, buatan sendiri.

    Harafawza : setiap sesuatu ada buruk baiknye. kadang-kadang manusia hanya menilai keburukan sahaja, sedangkan keburukan tu hanya kecil... bergantung kepada diri masing-masing untuk menilai demi kebaikan.

    BalasPadam