Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Ahad, 20 Januari 2013

Jika Hidup Seperti Yang Kita Mahu

Assalamualaikum WBT,

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI, dari mana kita belajar IKHLAS.
Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD, dari mana kita belajar SABAR.
Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN, bagaimana kita dapat belajar BERSYUKUR.


Seorang yang DEKAT dengan TUHAN, bukan bererti tidak ada AIR MATA.
Seorang yang TAAT dengan TUHAN, bukan bererti tidak ada KEKURANGAN.
Seorang yang TEKUN berdoa, bukan bererti tidak ada MASA SUSAH.

Biarlah Tuhan yang berdaulat sepenuhnya atas hidup kita, kerana Tuhan TAHU apa yang tepat dan memberikan yang TERBAIK.

Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN.
Ketika usahamu dinilai tidak penting, maka saat itu kamu sedang belajar KEIKHLASAN.
Ketika hatimu terluka sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar MEMAAFKAN.
Ketika kamu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN.
Ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETANGGUHAN.
Ketika kamu harus membayar biaya yang seharusnya tidak perlu kau tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAHATIAN.

Kerana itu, tetaplah semangat, tetap sabar, tetap tersenyum kerana kamu sedang menimba ilmu di UNIVERSITI KEHIDUPAN. Tuhan menaruhmu di tempatmu yang sekarang, bukan kerana KEBETULAN. Ingatlah, orang yang HEBAT tidak dihasilkan melalui kemudahan, kesenangan, dan kenyamanan. Mereka dibentuk melalui KESUKARAN, TENTANGAN, dan AIR MATA.