Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Rabu, 8 Disember 2010

Hijrah: Persiapan Diri Menuju Alaf Baru

Oleh:Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah
Panel Penulis JAKIM.

Awal Muharram sekali lagi menyingkap tirai dan mengimbau perjuangan agung Rasulullah s.a.w. menghadapi kebejatan jahiliah dan kemelut permasalahan yang tidak berkesudahan. Ia sekaligus membuka satu lembaran baru dalam sejarah kemerdekaan sejati bagi umat Islam daripada belenggu jahiliah dalam pelbagai aspek kehidupan.


Rabu, 17 November 2010

Selamat Hari Raya Idul Adha


Bagi penganut beragama Islam tentunya setiap tahunnya merayakan hari raya qurban atau hari raya idul adha, tapi sebenarnya adakah kawan-kawan tahu di awal adanya hari raya idul adha dahulu? Berikut ini kisahnya...

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Sepeninggalan Nabi Ibrahim, iaitu sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh baginda, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah runsing disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya.

Pada suatu hari, dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim.

Maka dengan segera dia pergi mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telab memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk disembelih.

Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat (Ayat 101-111)

Khamis, 14 Oktober 2010

Kasih sikecil

Assalamualaikum,
Hari ni cuaca mendung...sejuknyeee. Tapi jangan pula nak tidur aje. Jom baca kisah sikecil ni, ada juga manfaatnya.
Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.
kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi.

Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.
Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”

Moral:
Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Belajar dari Semut

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Pagi ni ila nak kongsi cerita yang pernah ila baca, perihal komunikasi yang pernah berlaku antara seekor semut dengan nabi Sulaiman. Begini ceritanya…

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadaku?

Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding ’jaminan’ manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

”Inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari dari semut. Jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantunglah kepada Allah. Kalau ada pihak yang berkata, saya jamin bekalan makanan akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun… jangan terlalu yakin. Sebaliknya, bertawakkallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika tidak, kita akan dikecewakan. Jadilah seperti semut itu.”

Rabu, 6 Oktober 2010

Di sebalik air mata wanita

Assalamualaikum... Selamat malam. Renung-renungkan lah..."Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:


“Saat Ku ciptakan wanita, Ku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.


“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.


“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “Air mata kehidupan.


”Bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita...

tambahlah bersyukur dilahirkan sebagai wanita Muslimah..."

Ahad, 3 Oktober 2010

Jaga Kesihatan

Assalamualaikum...
Wow...Lama ila bercuti. Cuti-cuti Malaysia. Haha. Apa khabar semua? Diharapkan semua sihat dan ceria. Ila agak sibuk kebelakangan ni. Terpaksa berulang alik dari Bachok-KT. Mak mertua ila berada kat wad Hospital Sultanah Nur Zahirah.Hari ni dah 11 hari masuk wad. Mak dah semakin sihat selepas pembedahan minggu lepas. Alhamdulillah, Kalau semuanya ok, petang ni InsyaAllah boleh la pulang ke rumah.
Ila bersyukur kerana diberi kesempatan waktu untuk menjaga mak kat hospital. Rasa bahagia dapat berbakti kepadanya. Walaupun masa itu terlalu singkat.
Sepanjang duk kat hospital, macam-macam kes yang ada. Almaklum wad ni memang wad untuk pembedahan. Kebanyakan remaja mengalami masalah apendik dan muntah darah. Ada juga kes kemalangan yang dimasukkan ke sini. Semalam ada seorang makcik ni kemalangan terlanggar pokok akibat terbabas kerana mengelak daripada binatang. Paha makcik ni patah. Anak dan cucu pula meninggal. Al-Fatihah.
Berada di hospital, menyedarkan ila bahawa kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kesihatan diri untuk kesejahteraan kita bersama.

Rabu, 8 September 2010

Jom Balik Kampung

Assalamualaikum...

Selamat hari rabu...hehehe. Alhamdulillah, ila dah selamat sampai kampung. Seronoknyeeeeeee :)
Kepada kawan-kawan, berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat, ingatlah orang yang tersayang.

Selasa, 7 September 2010

Episod Baju Raya

Selamat malam semua...

Apa khabar hari ni? Semoga kawan-kawan sentiasa dalam keadaan baik. Dah dekat nak raya ni. Kawan-kawan dah beli baju raya ke?

Baju raya ila biasanya mak yang jahit, tapi tahun ni mak tak dapat jahit. Jari mak ila patah akibat terjatuh hari tu(seminggu sebelum puasa). Ila dan adik-adik beli yang dah siap je. Baju adik (lin & lini) terlampau labuh, ila terpaksa potong dan jahit semula. Alhamdulillah, dah siap.


Haa...ni baju lin & lini. Pilihan mengikut citarasa sendiri.



Yang ni pula, baju ila & suami. Hehehe...ada jugak baju raya...


Episod baju raya dah selesai. Ila nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.
Ila pohon maaf atas segala kesilapan.

Ahad, 5 September 2010

Agar-agar koktel

Assalamualaikum...

Kawan-kawan beli juadah apa ye untuk berbuka puasa petang ni? Atau buat sendiri aje? Hari ni ila nak kongsi ngan kawan-kawan satu menu yang memang menjadi kegemaran ila. Kawan-kawan boleh la cuba nanti. Biasanya hari raya pun, ila buat agar-agar koktel ni.

Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar (35gm)
5 gelas air
¾ gelas susu pekat
1 gelas susu cair
1 gelas gula
1 tin besar koktel

Cara membuatnya:
Masak agar-agar bersama sukatan air yang diperlukan sehingga hancur. Masukkan gula. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair yang telah dikisar bersama buah koktel. Jangan kisar terlampau halus. Masak hingga mendidih. Selepas itu, boleh la dituang ke dalam acuan atau bekas yang sesuai. Akhirnya, sejukkan dan boleh la letak dalam peti ais.
Agar-agar koktel ila dah siap. Kawan-kawan boleh la cuba sendiri ye nanti.
Sekian. Selamat Mencuba!

Sabtu, 4 September 2010

Anda suka dadih?

Dadih merupakan sejenis makanan yang enak, lazat, segar dan lemak manis.
Suatu ketika dulu, ila tak suka dadih. Waktu tu, ila fikir dadih ni hanya rasa susu. Almaklumlah ila tak suka susu. Bila sebut dadih...memang tak nak. Tapi ianya telah berubah...masa dah berlalu...

Suatu hari, ila cuba buat dadih. Ni sebab suami ila yang tersayang la ni...nak makan dadih. Akhirnya, ila juga cuba makan dadih. Hahaha, buatan sendiri. Yakin la dijamin halal. Sendiri buat, nak tau gak rasanya. Ternyata dadih memang enak dan lazat. Bahan untuk membuat dadih pun amat mudah didapati dengan kos yang rendah.
Kini, ila dah jadi seorang penjual dadih secara sambilan aje. Hihihi...

Dan suami ila telah menghasilkan ebook "Rahsia Dadih: Kegemaran dan Pendapatan". Ebook ni, bukan sahaja mengandungi langkah menghasilkan dadih...tetapi cara mendapatkan pendapatan sampingan melaluinya.

Bagi surirumah, tak salah anda merebut peluang ni untuk membantu keluarga.



Berminat untuk mendapatkan ebook ini, layari http://rahsiadadih.com



Selamat Hari Raya AidilFitri

Kehadapan sahabat-sahabat ila yang dikasihi, semoga kalian berada dalam keadaan sihat setelah kita menjalani ibadah puasa dan tibalah Syawal yang kan menjelma...

Selamat Hari Raya ila ucapkan dengan sepotong doa kepada Ilahi, semoga kad pengganti diri mengeratkan silaturahim antara kita...

Selamat Hari Raya AidilFitri... Maaf Zahir dan Batin