Ahad, 5 September 2010

Agar-agar koktel

Assalamualaikum...

Kawan-kawan beli juadah apa ye untuk berbuka puasa petang ni? Atau buat sendiri aje? Hari ni ila nak kongsi ngan kawan-kawan satu menu yang memang menjadi kegemaran ila. Kawan-kawan boleh la cuba nanti. Biasanya hari raya pun, ila buat agar-agar koktel ni.

Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar (35gm)
5 gelas air
¾ gelas susu pekat
1 gelas susu cair
1 gelas gula
1 tin besar koktel

Cara membuatnya:
Masak agar-agar bersama sukatan air yang diperlukan sehingga hancur. Masukkan gula. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair yang telah dikisar bersama buah koktel. Jangan kisar terlampau halus. Masak hingga mendidih. Selepas itu, boleh la dituang ke dalam acuan atau bekas yang sesuai. Akhirnya, sejukkan dan boleh la letak dalam peti ais.
Agar-agar koktel ila dah siap. Kawan-kawan boleh la cuba sendiri ye nanti.
Sekian. Selamat Mencuba!


3 comments:

  1. menarik! sedap dimakan kalau letak buah buahan kat atas sebagai hiasan.tak pun letak aiskrim :)

    BalasPadam
  2. wah...bestnye aiskrim. leh cuba ni :)

    BalasPadam
  3. yana nak try ni. harap2 jadi. err

    BalasPadam