Jumaat, 7 Januari 2011

Cerita Pengajaran

Pada suatu hari, seorang hamba Allah pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi...Aauuummmmm!!!!!Bunyi harimau yang kelaparan mencari mangsanya.



Si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau itu mengejar hamba Allah ni...kejar, kejar, kejar dan terus kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan dari dibaham harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.

Tanpa membuang masa, si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi untuk menyelamatkan diri. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek saje. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah bagaimana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Sedang ia berfikir cara nak selamatkan dirinya, tiba-tiba dia terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Rupa-rupanya ada 2 ekor buaya yang kelaparan di dalam perigi itu.

Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Bertambah takutlah si hamba Allah ni. Atas ada harimau, bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Sedang ia berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas tali tadi dan tikus tu gigit tali tersebut. Selepas itu, keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi sampai ke atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Berfikir lagi. Kalau naik ke atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Sedang hamba Allah tu berfikir cara nak selamatkan dirinya, tiba-tiba....datang seekor lebah membawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit melihat lebah itu. Setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni. Hamba Allah tu berkata, "Nikmatnya madu ni, tak pernah kurasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap madu ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.

Kesimpulan:

* Si Hamba Allah itu adalah kita semua.
* Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita. Beringat-ingatlah.
* 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.
* Tali yang tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
* Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.
* Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Manusia (kita) bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

1 MINIT untuk mengingati Allah...Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

*SUBHANALLAH
*ALHAMDULILLAH
*LA I LAHA ILLALLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM
*LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABARIK ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
*WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan. Sebarkan kepada sahabat anda dan anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa dan Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam masa yang sama sahabat2 sekalian juga akan mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di AMIN oleh para Malaikat, INSYAALLAH. Oleh itu, duduklah sambil merenungi betapa hebat kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian. Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita kerjakan.

2 comments: