Khamis, 27 Oktober 2011

Ujian Allah pada hambaNya

Assalamualaikum,


Selamat pagi, semoga sihat semuanya. Ila masih sibuk dengan proses pindah rumah, maka dengan itu tidak sempatlah menatap blog ni sekian lama.
Penatnye  pindah rumah... beratnye rumah ni. Hihi
 
Ujian Allah pada hambaNya

Semakin banyak kurasakan ujian Allah beri padaku.
Berbagai-bagai dugaan datang dengan serentak.
Menghentak jiwa,membuatkan hati jadi sayu,fikiran jadi keliru.

Air mata menjadi saksi kelemahan diri ini.
Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Si dia telah buat keputusan.
Aku terpaksa terima walaupun sangat pahit.
Jiwa aku bagai dihempap dengan macam-macam rasa yang

kadang-kadang menyebabkan lahir rasa kecewa dalam diri.

Kenapa dia memilih keputusan ini??
Apa yang berlaku ni??
Kenapa buat begini??
Berbagai-bagai soalan menerjah dibenak fikiran ku.
Masih banyak yang belum terjawab.
Dihujung persoalan-persoalan ku ini..
Aku sedar bahawa aku ini hanyalah seorang hamba kepada tuan yang mencipta.
Aku terhutang budi kepadaNya.

Ujian yang diberikan ini adalah yang terbaik untukku.
Ku mohon dengan sangat agar dia menjadi milikku ya Allah.

Ya Allah..dengan ujian ini mudah-mudahan aku menjadi manusia yang lebih tabah .


p/s: 
 
Manusia hanya ciptaan Tuhan yang sangat kerdil jika dibandingkan dengan segala isi alam. Jadi, jangan terlalu risau tentang segala perkara. Luaskan pandangan dan minda kita. Jangan berdukacita dengan masalah yang menimpa. Dalamilah perkara yang kita minati. Hiduplah dengan aman dan selamat. Senyum selalu, sentiasa ceriakan diri dan memandang segala perkara dari sudut yang positif :D

1 comments:

  1. Kita diuji kerana Allah sayangkan kita..banyak ujian abnyak lah pahalanya mudah mudahan kan..:)

    BalasPadam