Khamis, 3 Februari 2011

Sebiji Limau

Selamat Pagi kawan-kawan.

Hari ni cuti sempena Tahun Baru Cina.
Teringat pulak buah limau.Hehehe :)

Kebetulan pula ila terbaca kisah  "Rasulullah SAW dengan sebiji limau". Kawan-kawan pernah baca tak? 

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

(Sumber http://www.al-munir.edu.my/kisah_teladan.html)

Manisnya senyuman Rasulullah SAW dan tinggi akhlak baginda. Perlu dijadikan ikutan dan contoh buat kita semua.

15 comments:

  1. akhlak Rasulullah sememangnya akhlak terpuji.

    UPDATE!
    Buat langit Ungu (1)

    BalasPadam
  2. subhanallah
    semulia2 manusia itulah rasulullah

    BalasPadam
  3. mulianya akhlak rasulullah..contoh terbaik untuk umat ma'nusia..

    BalasPadam
  4. tiada yang setanding rasulullah...

    BalasPadam
  5. subhanallah..
    sungguh terpuji akhlak baginda
    harus dijadikan contoh kepada kita semua

    thanx for sharing :)

    BalasPadam
  6. sungguh terpuji akhlak nabi kita

    BalasPadam
  7. Syukur Alhamdulillah...

    Memang best time perayaan tahun baru China ni.. Dapat makan limau banyak2..

    BalasPadam
  8. salam...
    kalau kene kita waktu skrang nescaya kita akan bercakap masyammmnyeeee....pastu meluahkanyee..kan kan kan

    BalasPadam
  9. kalau kita sekarang ni, masam sikit terus buang limau tu. hee

    BalasPadam