Selasa, 22 Februari 2011

Keajaiban Lebah

Lebah merupakan ciptaan yang cukup mengagumkan dan khasiat yang kita perolehi daripada lebah sangat bermanfaat untuk kesejahteraan badan sejak zaman berzaman.

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; buatlah sarang-sarang di bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia"

"Kemudian makanlah dari tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia..."

Surah An-Nahl : 68-69


Yang Terbaik Dari Alam Semulajadi
Untuk Dinikmati Bila-Bila Masa

 
 Fungsi-fungsi utama Lyophilized Royal Jelly:

1. Bina Sel Baru
Ia mengandungi nutrien berguna untuk penghasilan dan regenerasi sel-sel baru.10-HDA dalam royal jelly boleh menghalang pertumbuhan sel-sel barah dan memastikan sel-sel baru terhasil apabila diperlukan agar sistem badan tidak mengalami penuaan pramatang.

2. Sumber Nutrien Lengkap
Ia terdiri daripada pelbagai jenis nutrien seperti asid amino, asid lemak penting, gula ringkas, vitamin, bahan galian dan unsur surih. Kesemua nutrien ini diproses terlebih dahulu di dalam badan lebah sebelum dimuntahkan semula dalam bentuk yang lebih ringkas yang mudah dihadam dan digunakan oleh tubuh manusia.

3. Mengawalatur Hormon
Royal jelly membantu memelihara fungsi endokrin dengan membekalkan vitamin dan garam galian perlu. Hormon memainkan peranan penting bagi lelaki serta wanita dan sistem endokrin pula mengawal hormon termasuk pankreas, tiroid, kelenjar adrenal, hipotalamus, kelenjar pituari dan timus.

Sumber: CNI news

-------------------------------------------------------------
Well3 Lyophilized Royal Jelly
(Pembungkusan: 30 x 500mg) : RM 99.20 + RM 10.00 (Pos)

Pengambilan :
Diambil terus dengan air atau dicampur dengan air sejuk atau madu.
Lebih berkesan diambil sebelum sarapan pagi atau semasa perut kosong.
Dewasa : Setiap hari 1/2 bungkus atau 1 bungkus.
Kanak-kanak 3-12 tahun : 1/2 sukatan orang dewasa.

Jika berminat/ sebarang pertanyaan, Hubungi 014-606 9996

11 comments:

  1. waaaa sy baru je kena sengat ngan lebah...sakit ow Y_Y

    BalasPadam
  2. sya takut lebah....kalau dia terbang....orang kata jangan bergerak kan....duduk diam2 jadi patung

    BalasPadam
  3. lebah?hehehe...
    tak padan ngn kechiknye....
    tapi bhy...





    jom singgah n follow belog saya...
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. kene sengat lebah.. sakit sakit sakit.
    tebuan pun sakit.

    tapi madu lebah sedap

    BalasPadam
  5. Salam, azila. Madu memang berkhasiat dan rasanya pun sangat sedap. Kak suka madu lebah.....:)

    BalasPadam
  6. ade terapi gune sengat lebah

    BalasPadam
  7. Lebah sememangnya dicipta untuk manusia, kenapa madu sentiasa melebihi dari apa yang diperlukan lebah. Sebab Allah dah tentukan begitu, yang selebihnya adalah untuk kita sebagai ubat dan penawar..

    BalasPadam
  8. betul2..memang banyak penawar..saya tgh buat research pasal madu gelam sekarang ni...byk betul nak kena baca jurnal..

    BalasPadam
  9. mera zati M.z : sakit itu ubat :)

    cik blink blink : lebah pun suka patung lah. haha

    hazari. : cubalah skali... pasti nak lagi. Banyak khasiatnye...

    fyna : kecik2. kiut kn???

    intan.maisarah : sengat dia balik... hehe. Madu mmg best

    Myfrin's story : sy pun suke :)

    LollyHatesMe™ : hebat tu!

    Ibnu K : betul3...

    matpek's property : baca, jangan tak baca. good luck!

    BalasPadam
  10. hehe..
    sengat lebah kadang-kadang pon penawar kan :)

    BalasPadam