Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Ahad, 29 Disember 2013

Panduan Siap Sedia Bersalin

Sumber : http://pama.karangkraf.com [100 Panduan Siap Sedia Bersalin]

Sebaik anda disahkan mengandung, persiapkan diri untuk bergelar ibu dan ayah yang terbaik. Kami menyediakan panduan dari A-Z untuk bakal papa dan mama.

Apabila disahkan positif mengandung, tentu bermacam perkara bermain di fikiran anda. Persoalan bagaimana selepas ini, apa langkah seterusnya dan sebagainya lagi berlegar-legar di kepala.


Bersiap Hadapi Tiga Trimester Kehamilan

Persediaan untuk bergelar ibu seharusnya bermula sejak awal dan sebaiknya bermula sebelum hamil lagi. Bakal ibu perlu mengambil tahu maklumat tentang kehamilan.

Menurut Pakar Obstetrik& Ginekologi Pusat Perubatan Barakah, Dr Khairiah, wanita yang merancang untuk hamil perlu memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum dan mengamalkan cara hidup sihat.

Jika ada sebarang penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya, mereka perlu berbincang dengan doktor dan pastikan kesihatan pada tahap optimum kerana berisiko mendapat keguguran atau kecacatan bayi.

Beliau membahagikan perubahan yang patut dijangka oleh bakal ibu kepada tiga trimester. Setiap trimester mengambil tempoh tiga bulan. Jumlah masa tiga trimester adalah 9 bulan.

1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan membuang air kecil.
2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.
3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung, jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.
4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.
5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.
6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.
7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.
8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.
9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.
10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid atau haid anda tidak menentu.

Trimester 2
11. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi.
12. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.
13. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot).
14. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.
15. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
16. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat.
17. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
18. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.
19. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.
20. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.
21. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.
22. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari.

Trimester 3
23. Saiz badan ibu semakin membesar.
24. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses bersalin.
25. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
26. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.
27. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.
28. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.
29. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi dari badan semasa baring atau duduk.

Bersalin Di Mana?
30. Swasta atau kerajaan. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, perkara yang mesti difikirkan ialah bersalin di mana. Apa juga keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan bajet anda.
31. Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang baik semasa hamil, hospital kerajaan atau swasta tidak menjadi isu utama. Sekiranya anda memang ada peruntukkan kewangan tanpa had untuk melahirkan anak, tidak salah memilih hospital lima bintang untuk keselesaan maksimum.
32. Jenis pusat perubatan – Andai anda mementingkan ciri-ciri Islamik, anda boleh membuat tinjauan hospital yang bercirikan demikian supaya aurat sentiasa terpelihara sebagai wanita Muslimah.
33. Tanyalah sama ada hospital berkenaan menawarkan doktor dan jururawat yang terdiri daripada wanita. Namun tidak semua hospital berciri sedemikian berdekatan dengan kawasan kediaman anda.
34. Dari segi lokasi hospital, pilihlah hospital berhampiran dengan kediaman untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya supaya dapat sampai segera ke hospital di saat pelahiran sudah tiba. Anda pasti tidak mahu bersalin dalam kereta.
35. Jika berlaku kesesakan ketika itu, mintalah bantuan polis atau orang ramai bagi membantu melancarkan perjalanan anda ke hospital.
36. Pakej bersalin- Dapatkan maklumat terperinci daripada brosur pakej bersalin di hospital supaya anda tahu tentang kos tersembunyi dalam pakej bersalin.
37. Dapatkan maklumat berkenaan kos jika bersalin pada waktu malam dan waktu siang atau cuti umum. Begitu juga jika berlaku komplikasi semasa bersalin, ia akan dikenakan bayaran tambahan.
38. Biasanya pakej bersalin di kebanyakan hospital menawarkan untuk kelahiran normal tanpa komplikasi dan begitu juga pembedahan caesarean. Semua ini perlu ditanya untuk mengelak bajet anda ‘ lari’ .
39. dipilih mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk bayi yang mungkin berisiko dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Jangan memilih pusat perubatan yang kecil dan tiada kemudahan untuk kecemasan.
40. Ada hospital swasta menyediakan ‘lawatan’ selepas ibu pulang daripada bersalin untuk melihat perkembangan bayi dan ibu.
41. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta.
42. Hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kecemasan.
43. Ada hospital membenarkan suami menemani isteri bersalin.
44. Ada hospital mempunyai wad bersalin yang dilengkapi oleh teknologi CCTV bagi mengelak berlaku kes kehilangan bayi.

Persiapan Spiritual
45. Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.
46. Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.
47. Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
48. Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.
49. Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
50. Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan ayah.
51. Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.
52. Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.
53. Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
54. Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.
55. Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas solat fardu.
56. Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kalian.
57. Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
58. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat janin yang dikandung.
59. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.
60. Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.
61. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.
62. Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.
63. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.
64. Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang perkembangan emosi anak yang dikandung.
65. Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.
66. Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.

Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung ialah :
67. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
68. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
69. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
70. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
71. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
72. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
73. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
74. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
75. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
76. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
77. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
78. Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

A-Z kelengkapan untuk ibu dan bayi
79. Adakah kad pengenalan diri anda disimpan di dalam beg yang senang dicapai? MyKad anda penting kerana akan digunakan sewaktu mendaftar masuk ke wad bersalin.
80. Biasanya pada minggu-minggu terakhir kad pemeriksaan kesihatan ibu mesti dibawa bersama. Anda boleh bersalin bila-bila masa! Sama seperti MyKad, simpan ia di tempat yang senang dicapai.
81. Cuba bawa bantal kecil yang mungkin dapat dijadikan bantal tambahan ketika bertarung dengan kesakitan kontraksi. Anda boleh meletakkan bantal berkenaan di bahagian belakang badan.
82. Dalam tempoh anda mengalami kontraksi, bawalah tuala untuk mengelap muka yang mungkin kebasahan akibat peluh selain boleh digunakan untuk menyegarkan diri agar terus bertenaga menghadapi proses pelahiran.
83. Elakkan berasa tertekan sepanjang tempoh awal pelahiran. Anda boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran menerusi peralatan yang tidak menggunakan wayar elektrik. Contohnya, iPod dan MP4.
84. Fasa tempoh awal pelahiran pastinya membuatkan rasa mual dan ingin muntah biar pun anda kini dalam proses pelahiran. Bagi mengatasinya, anda boleh menghisap gula-gula berangin untuk kekal selesa.
85. Gaya pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi dibenarkan pulang ke rumah perlu dibawa. Sebaik-baiknya, pakaian yang anda biasa pakai ketika usia kandungan enam bulan dahulu.
86. Sediakan coli menyusu dua atau tiga helai di dalam beg yang bakal di bawa ke hospital. Ini penting kerana coli ini mampu memberi sokongan kepada payu dara yang mungkin bengkak selepas bersalin.
87. Selain itu, sediakan juga pad payu dara kerana ia penting bagi mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan di baju yang anda pakai.
88. Jangan lupa menggunakan bantal khas ketika menyusukan bayi. Ia dapat mengurangkan risiko sakit bahu dan belakang sepanjang proses menyusukan bayi. Malah ia bermanfaat untuk anda yang mungkin melahirkan bayi secara caesarean.
89. Kekalkan keselesaan kaki semasa bersentuhan dengan permukaan lantai yang sejuk. Jadi pakailah stoking yang dapat membantu mengatasi masalah kaki mengalami kesejukan.
90. Utamakan keselesaan dengan membeli tuala wanita khusus untuk wanita bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberi perlindungan maksimum memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran, darah yang keluar adalah banyak.
91. Bagi memudahkan anda mengendalikan diri, pastikan menggunakan seluar dalam pakai buang. Ia amat praktikal terutamanya kepada anda yang mungkin bersalin secara caesarean.
92. Query-Berapa banyak pasang baju berlengan panjang untuk bayi pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti? Pemilihan baju berlengan panjang penting kerana ia dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.
93. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh itu untuk memastikan suhu badan bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.
94. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
95. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
96. Untuk memastikan tubuh bayi sentiasa panas, sediakan kain selimut daripada fabrik lembut supaya bayi dapat tidur dengan lena.
97. Zuriat anda pastinya mengujakan anda, jika mempunyai bajet lebih tidak salah anda menyediakan kamera atau kamera video untuk merakam detik-detik manis pelahiran si manja anda.
98. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya.
99. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
100. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.

Ahad, 15 Disember 2013

Jubah Dahlia





Rekaan terbaru Jubah Dahlia yang terdiri daripada jenis kain Korean lycra yang berkualiti & jahitan lace dan manik yang kemas dan teliti amat sesuai digayakan oleh semua para muslimah yang mana ia dapat memberi keselesaan & keanggunan kepada pemakainya.

Material : Korean Lycra berkualiti ; jahitan lace & manik

Terdapat dalam 5 pilihan warna yang berbeza dan saiz S, M, L, XL, 2XL

Harga: RM130
PERCUMA Pos Penghantaran ke Seluruh Malaysia.

---------------------------------------------------------------------------
Untuk pembelian, sila bank in RM130 ke salah satu akaun berikut:

Maybank - FSM SisMel Enterprise - 563082003144
CIMB - Faizal Syukri Mohamad - 13080000328203
(Gunakan email admin@faizalsyukri.com sebagai email penerima)

Selepas bayaran di buat,
SMS / Whatsapp ke 0146069996

maklumat berikut:
1) Nama penuh
2) Alamat penghantaran
3) No telefon
4) Kod jubah
5) Saiz
6) Bank pembayaran (Maybank / CIMB)
7) Tarikh & Masa bayaran.
8 ) No rujukan transaksi (jika dibuat melalui online banking)
9) Bukti pembayaran / slip pembayaran.

Terima kasih.

Rabu, 11 Disember 2013

Pelajaran Tentang Perusahaan Besar

Khasiat Bawang Putih

Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.


Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.

Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema.  Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Sumber :http://pama.karangkraf.com

Sabtu, 2 November 2013

Buah Delima Kaya Khasiat

Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung. Amalkan makan buah delima ketika anda mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:


*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
*Mencegah rasa mual

Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).

Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima.

Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi tumbesaran bayi yang sihat.

Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

Sumber : http://pama.karangkraf.com

Sabtu, 26 Oktober 2013

KHASIAT DURIAN BELANDA

Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh. Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Jurujual Yang Malang

Seorang salesman "Vacum  Cleaner" menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat tuan rumah itu berkata sepatah perkataan pun, dia menghamburkan pelbagai kotoran ke karpet ruang tamu.
 

"Puan!" katanya, "Saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali seperti sediakala dalam sekelip mata sahaja. Jika masih kekotoran yang tertinggal, saya bersedia untuk memakannya".. kata salesman itu dengan bangga.

"Kalau begitu kamu bolehlah memakannya sekarang kerana rumah saya belum ada elektrik".

Jumaat, 11 Oktober 2013

Tips Memilih Minyak Wangi Untuk Lelaki

Sejak kebelakangan ini ramai lelaki sudah mula sedar tentang peri pentingnya fesyen namun apa gunanya bergaya sekiranya badan bau hapak dan tidak menyenangkan. Untuk memastikan badan anda bebas dari pencemaran bau, bolehlah memilih minyak wangi yang terbaik yang mana aromanya mampu memikat hati.

Bagi lelaki minyak wangi itu merupakan simbol lelaki sejati. Jarang kaum adam ini menukar haruman mereka berbanding wanita yang pasti mempunyai pelbagai jenis wangian. Namun ada sesetengah minyak wangi yang tidak tahan lama dan tidak berkualiti. 


Di sini ada beberapa tips yang boleh lelaki-lelaki di luar sana praktiskan:

Ketahui bau kegemaran anda
Jika anda ingin memilih minyak wangi, janganlah segan untuk bertanya kepada jurujual kerana pastinya mereka banyak pengalaman dan arif tentang jenis-jenis minyak wangi. Anda bolehlah meminta mereka mencadang jenis minyak wangi yang berkualiti dan jenis bau kegemaran anda.

Elakkan dari menggunakan banyak minyak wangi
Apabila terlalu banyak minyak wangi digunakan, hidung anda pastinya akan tidak selesa dan tidak dapat menilai mana satu yang sesuai. Kalau boleh,hadkan dua atau tiga sahaja minyak wangi. Sekiranya banyak sangat pastinya bermacam bau muncul.

Jangan terlalu gelojoh membeli minyak wangi
Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas digunakan. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus membeli. Seeloknya buatlah 'survey' terlebih dahulu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.

Elak gosok pergelangan tangan
Ini kebiasanya apabila membeli minyak wangi anda pasti akan mengosok pergelangan tangan, cara ini tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menjejaskan bau minyak wangi yang sebenar dan sebaiknya tunggu sehingga ia kering sendiri.

Jangka hayat minyak wangi
Mengikut kajian dikatakan minyak wangi hanya dapat bertahan selama tiga tahun. Kadangkala ada minyak wangi yang dijual oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sudah melebihi tempoh tersebut. Berhati-hatilah memilih minyak wangi agar anda tidak tersalah beli minyak wangi yang sudah 'expired'.

Memilih minyak wangi yang sempurna bagi tubuh anda merupakan proses eksperimen berbentuk peribadi. Ia memerlukan kesabaran namun selepas menemui yang bertepatan dengan selera, ia amat berbaloi. Selamat mencuba!

Khamis, 10 Oktober 2013

14 Sebab Mengapa Anda Perlu Amal Makan Timun

Timun barangkali adalah antara tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, mudah ditanam malah adalah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia sebagai menu sampingan bersama Nasi Lemak serta ulaman dicicah dengan sambal belacan.

Tetapi selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda? Lupakan snek ringan dan cip kentang, mulai hari ini sila jadikan timun sebagai 'snek' utama anda. Berikut adalah 14 sebab mengapa anda perlu mengamalkan memakan timun! 
 

Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.

Timun dapat melawan suhu panas
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.

Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.

Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.

Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.

Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.

Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.
 

Rabu, 9 Oktober 2013

Sifat-Sifat Hantu Yang Perlu Dicontohi



1) Toyol, Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri

2) Pontianak Susah senang selalu tertawa, ini menunjukkan kepribadian kuntilanak ini optimis.

3) Pocong Dari dulu bajunya x pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik pada fashion, sangat bersahaja.

4) Hantu air Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia x pakai baju renang, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan.

5) Jerangkung Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkn orang lain.

6) Jebon Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walau mukanya buruk, hancur, badannya bau, dan menakutkan tapi sifatnya sangat sabar. Buktinya dia baca tulisan ini sampai habis.. huhuhu!

Selasa, 8 Oktober 2013

Kaabah dan Umat Islam

Mesti ramai bagi bukan orang yang bukan beragama islam pelik dan menjadi tanda tanya kenapa kita 'islam' menyembah bangunan berkain hitam itu... ikuti dialog di bawah ini


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Isnin, 7 Oktober 2013

Bawang Merah Bantu Melebatkan Rambut

Rambut anda sering kali gugur setiap kali selepas anda bersyampu atau menggunakan sikat? Jangan risau. Ini adalah masalah biasa yang kebanyakan antara kita mengalaminya. Namun, jika kita terus kehilangan rambut setiap hari, bayangkan apa yang akan terjadi pada kita selepas beberapa tahun? Oleh sebab itu, kita perlu melakukan sesuatu dengan segera untuk memerangi keguguran rambut dan pada masa yang sama merangsang pertumbuhan rambut baru.

Tahukah anda bahawa bawang merah adalah ubat semulajadi yang menakjubkan untuk menangani keguguran rambut? Tambahan pula, ia juga berkesan meningkatkan pertumbuhan rambut anda. 


Anda mungkin terfikir bagaimana bawang merah yang berbau kurang menyenangkan ini baik untuk rambut bukan? Sebenarnya, rawatan melebatkan rambut dengan bawang merah bukan sahaja semulajadi tetapi ia juga selamat dan mudah untuk dibuat. Anda bukannya mendedahkan rambut dan kulit kepala kepada bahan kimia yang bahaya tetapi ia cuma bahan yang boleh mencegah keguguran rambut dan pada masa yang sama, melebatkan pertumbuhan rambut baru.

Jadi bagaimana bawang merah membantu memerangi rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru?

Secara fakta, bawang merah sangat tinggi dalam sulfur. Itulah sebabnya jus daripada bawang merah mampu merangsang pertumbuhan rambut kerana sulfur membantu dalam peredaran darah. Ia juga mengurangkan keradangan kulit kerana sifatnya yang antibakteria. Selain itu, bawang merah juga menjadikan rambut anda lebih kuat selain membuka liang-liang folikel rambut anda yang tersekat dan mencegah jangkitan kulit kepala.

Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan bawang sebagai rawatan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru:

Menggunakan jus bawang merah yang mentah:
Ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan manfaat daripada sulfur yang terkandung di dalam bawang. Masukkan beberapa bawang merah ke dalam pengisar anda untuk mendapatkan jus atau air bawang merah tersebut. Kemudian, letakkannya pada kulit kepala anda dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih sekiranya anda mahu dan bilas menggunakan syampu. Lakukannya sebanyak tiga kali seminggu selama satu atau dua bulan untuk melihat hasil dan diharapkan bersabar kerana ini adalah cara semulajadi.

Menggunakan campuran bawang merah dan madu:
Ambil satu perempat daripada jus bawang merah yang mentah dan campurkannya dengan madu. Gunakan gabungan dua bahan ini untuk mengurut kulit kepala anda setiap hari dan lihat perbezaan selepas beberapa minggu. Senang, bukan?

Khamis, 3 Oktober 2013

Petua Menghalau Lalat

Lalat sejenis serangga yang merimaskan jika terdapat di dalam rumah. Lalat makan makanan dengan cara memuntahkan air liurnya keluar dan kemudian menyerap semula makanan masuk ke dalam perut melalui belalainya. Disebabkan itu tak hairanlah jika lalat dikatakan sebagai serangga yang pengotor dan boleh menyebarkan penyakit kepada manusia. 


Petua yang paling selamat untuk menghalau lalat di rumah:

1) Gunakan penyapu lidi.
Ambil lidi dalam segengam kecik dan ikat. Kemudian pukul kat lalat, sekali pukul banyak yang mati. Bukan setakat lalat pun takut dengan lidi nih, kucing pun lari kalau kita pukul lidi ke lantai.

2) Penampar lalat.
Penampar lalat memang mudah digunakan. Hanya tampar sahaja pada lalat yang berterbangan,pasti akan ada yang kena tampar.

3) Kertas gam lalat.
Kertas gam pun bagus jugak. Kita letakkan ia ditempat terbuka dan umpan lalat datang pada kertas dengan letakkan ikan bilis di bahagian tengah. Bila lalat hurung mesti ada yang melekat kat kertas gam.

4) Gunakan bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Bunga cengkih dan kulit kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan boleh digunakan untuk menghalau lalat. Caranya letakkan bunga cengkih ke dalam cawan yang berisi air di dapur atau meja makan. Untuk kulit kayu manis pula, kita boleh hiris sikit kulit kayu manis dan letakkan di dapur atau atas meja. Aroma yang terhasil dari bunga cengkih dan kuli kayu manis akan menyebabkan lalat lari.

5) Nyalakan lilin.
Lilin yang digunakan untuk menerangi kegelapan malam juga boleh digunapakai untuk menghalau lalat. Caranya letakkan lilin di atas meja makan, nanti lalat akan lari.

6) Daun kari menghalau lalat.
Daun kari yang harum baunya juga boleh diaplikasikan untuk kita menghalau lalat. Ambil sedahan kecil daun kari dan kipas-kipaskan kat meja makan. Atau kita boleh juga letakkan ia dalam cawan dan letakkannya di bahagian dapur atau di atas meja makan.

Ahad, 29 September 2013

Hayat Acai Berry

Acai Berry kini dikenali sebagai "MAKANAN SUPER". Ini bermakna ia dianggap salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia. Ini semua didasarkan pada pelbagai nutrisi yang disediakan. Acai memiliki sifat gizi dan secara alami kaya:


1. Lemak Omega (jenis yang baik, tidak seperti lemak yang ditemui dalam makanan segera).
2. Asid amino.
3. Elektrolit.
4. Antioksidan.
5. Protein.
6. Vitamin A, B1 dan E.

Orang-orang dari Amazon telah menggunakan Acai Berry selama bertahun-tahun kerana mereka tahu tentang kelebihannya itu. Sudah digunakan dalam pelbagai sajian pemakanan seperti sarapan, minuman, makanan lewat petang atau malam. Ini kerana mereka yakin akan keperluan tubuh badan mereka dapat dipenuhi dengan segala kebaikan yang terdapat dalam Acai Berry. Nutrisi Acai berry terbukti mempunyai manfaat yang amat besar, dan ia harus menjadi pemakanan tambahan dalam menu pemakanan sehari-hari.

Pemakanannya secara berterusan dapat membantu dalam :

1. Mengurangkan berat badan.
2. Membantu dengan disfungsi seksual.
3. Merawat insomnia.
4. Membantu dalam melawan sel-sel yang menyebabkan penyakit kronik.
5. Membantu mengurangkan komplikasi Diabetes.

Nutrisi yang kuat mampu memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa. Itulah sebabnya mengapa Acai Berry sudah begitu menonjol dipaparkan di peringkat antarabangsa.

Terlalu banyak kajian menunjukkan amalan memakan Acai Berry secara berterusan membantu memperbaiki tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik!

****** TEMPOH BERKESAN *******

Pengguna disarankan agar mengamalkan sekurang-kurangnya 2 kotak untuk melihat kesan positif dari amalan Hayat Acai Berry. Penggunaan seterusnya amatlah digalakkan bagi mengatasi masalah-masalah kesihatan yang lebih serius. Walaupun Hayat Acai Berry mempunyai pelbagai khasiat, penggunaannya yang tidak konsisten dan berterusan tidak mampu mengatasi masalah kesihatan anda yang telah bertahun-tahun 'bersarang' dalam tubuh badan anda. Bayangkan adakah logik pemakanan (dari kategori sihat & TIDAK sihat) yang telah anda ambil sejak dari kecil hingga sekarang (sudah pasti melebihi 20 tahun) hendak diatasi hanya dengan pemakanan kesihatan 10 hari? (sekotak).

Harga : RM 39.00

Jika anda berminat untuk mendapat produk ini, sila hubungi : 014-6069996.
SEBELUM KEHABISAN STOK!

Khamis, 26 September 2013

Ubat Untuk Si Pemalas

Sekumpulan penyelidik di Universiti Zurich yang bergabung dalam kumpulan Center for Integrative Human Physiology baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah memecahkan problem tentang kemalasan.


Para penyelidik memberikan hormon erythropoietin pada tikus percubaan dan ternyata hormon tersebut memotivasi dengan haiwan-haiwan tersebut. Selain, erythropoietin tidak meningkatkan sel darah merah. Sehingga percubaan ini memberi jawapan pada masalah kesihatan, seperti pesakit alzheimer dan gangguan mental yang lain.

Max Gassmann, pembantu penulis laporan kajian tersebut mencatatkan bahawa erythropoietin mempunyai kesan pada mood seseorang, kerananya dapat digunakan pada pesakit yang mengalami kemurungan.

Penemuan ini membolehkan terciptanya "pil motivasi" yang boleh menambah semangat orang agar tidak malas lagi.

Selasa, 24 September 2013

Pengamal Ilmu Hitam Menjelma Sebagai Nyamuk

Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali… Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur , Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.



Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras ...Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.


Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.

Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini.

Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.

Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat

Mujarab Iaitu :

RIDSECT

Sabtu, 21 September 2013

Sabun Kolagen

Nurraysa Collagen Soap

Sabun kolagen dirumus khas dari formula sendiri , keluaran nur aini beauty collagen, 100% organik , bebas dari bahan kimia yg boleh merosakkan kulit, sangat sesuai untuk wanita mengandung yang tercari-cari pencuci muka yg sesuai ketika pregnant, dihasilkan melalui campuran glycerin yg menghasilkan buih-buih halus tanpa merosakkan kulit muka & melembabkan kulit wajah.

Pure marine collagen untuk mencerahkan, menegangkan, mengatasi masalah jerawat, & gabungan herba-herba terpilih untuk mengatasi masalah jerawat & parut.

Semua gabungan ramuan khusus untuk mngatasi masalah kulit anda.

Kegunaan sabun kolagen:

-membantu mencerahkan kulit wajah
-menjadikan kulit lebih licin & anjal
-melembabkan kulit
-menghilangkan jerawat & parut jerawat
-menghilangkan jeragat
-membantu mengatasi kulit kering & berminyak
-menegangkan kulit wajah
-mngurangkan kedutan di kulit wajah
-menjadikan wajah lebih bersih
-menanggalkan mekap

Cara menggunakan:

- selepas gosok buih sabun di wajah, biarkan 1-2 minit, bilas dengan air.
Bahan-bahan:

-glycerin,pure marine collagen, herba, susu kambing, minyak zaiton extra virgin

Berat bersih: 60 gram (kegunaan sebulan)

Jika anda berminat untuk mendapat produk ini, sila hubungi : 014-6069996.
SEBELUM KEHABISAN STOK!

Jumaat, 20 September 2013

Trimester Kedua Kehamilan

Perkembangan Bayi dalam kandungan pada Trimester Kedua (13 - 28 Minggu)

Pada Trimester kedua kehamilan, perubahan demi perubahan berlaku dari minggu ke minggu. Semua organ dalamannya sudah lengkap dan kebanyakannya sudah mula berfungsi. Pada trimester ini, bayi menjadi sangat aktif. 

Nota untuk ibu:
  • Jangan mengambil barang dengan cara membongkok. Ambillah barang dengan posisi yang lebih selesa agar janin tidak tertekan.
  • Hindari mengangkat beban berat, menarik secara berlebihan, mendorong berat, memanjat, jogging dalam waktu lama.
  • Jangan melakukan perubahan aktiviti secara mendadak,contohnya memusing tubuh dengan cepat atau meloncat-loncat, kerana akan membahayakan janin dan ibu hamil akan mengalami  kekejangan otot.
  • Perbanyaklah istirahat  kerana beberapa organ vital di dalam tubuh ibu hamil seperti jantung, hati, ginjal, dan paru-paru bekerja lebih keras
  • Gunakan bra yang mampu menyangga payudara dengan nyaman, menyerap keringat, dan tidak menimbulkan rasa sakit.
  • Bila ibu hamil hendak beristirahat, duduk aatu tidur, sebaiknya posisi kaki lebih tinggi dibanding tubuh agar peredaran darah dalam tubuh tidak hanya mengumpul di daerah kaki sehingga pembengkakan dapat terhindarkan.
  • Gunakan kasut bertumit datar.
  • Hindari makanan yang digoreng atau pedas.
  • Perhatikan posisi tidur ibu hamil. Sebaiknya posisi tidur ibu hamil tidur dengan posisi miring ke sebelah kiri.
  • Perhatikan sikap tubuh. sikap tubuh calon ibu saat berdiri, berjalan, duduk, dan tidur yang baik adalah tidak condong ke belakang kerana  dapat menyebabkan tulang punggung melengkung sehingga tulang belakang sakit.
  • Sebaiknya ibu hamil makan dengan kuantiti yang kecil namun lebih kerap.
  • Selalu berpikir positif selama menjalani masa-masa kehamilan dan hindari depresi atau stress.

Jumaat, 6 September 2013

Manggis Kaya Khasiat

Hitam hitam si tompok manggis. Hitam di luar, putih di dalam. Buah manggis terkenal sebagai buah yang kaya dengan kandungan anti oksidan yang cukup tinggi dan banyak khasitnya untuk kesihatan.


Salah satu kandungan di dalam buah manggis adalah zat folat yang bermanfaat sebagai pencegah kecacatan pada janin. Zat folat ini dapat mengurangkan risiko kelahiran cacat seperti kelainan tulang belakang, bibir sumbing, masalah jantung, dan kelainan lain.
Buah manggis juga mengandungi zat mangan yang sangat berguna untuk membentuk sistem kerangka serta tulang rawan semasa pertumbuhan janin. Zat mangan ini bersifat anti oksidan yang dapat membantu bayi serta ibu hamil daripada kerosakan sel.

 Vitamin C dalam buah manggis juga baik untuk menjaga sistem kekebalan tubuh ibu hamil. Vitamin C juga dapat menjaga keanjalan kulit ibu hamil  yang tetap sihat walau mengalami regangan seiring dengan pertumbuhan bayi.

Sumber : http://pama.karangkraf.com

Jumaat, 23 Ogos 2013

Trimester Pertama Kehamilan

Perkembangan Bayi dalam kandungan pada Trimester Pertama (0 -12 Minggu)

Trimester pertama kehamilan merupakan peringkat yang sangat penting bagi bayi. Ini kerana trimester ini merupakan satu peringkat di mana pembentukan tisu,organ dan anggota badan bayi berlaku. Kehamilan pada peringkat ini sangat mudah terdedah kepada jangkitan kuman, kecacatan fizikal dan mental janin. Risiko keguguran juga sangat besar sekiranya langkah waspada tidak diambil.

Nota untuk ibu:
  • Elakkan berdiet untuk tujuan menguruskan badan.
  • Lebihkan pengambilan asid folik dan protein dalam pemakanan.
  •  Elakkan melakukan kerja berat dan tekanan.
  • Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doktor.

Isnin, 29 Julai 2013

Petua Mendapatkan Anak

Anak merupakan satu anugerah Allah yang sangat bernilai buat ibu dan ayah. Anak juga merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar bagi seorang yang bergelar ibu dan ayah. Ramai yang ingin memiliki anak tapi belum mendapat keizinan ILAHI.
 

Terdapat 5 petua yang boleh diamalkan :

1. Berdoa kepada Allah S.W.T
Doa yang boleh diamalkan adalah Surah Maryam, ayat 1-15 yang mengisahkan tentang Nabi Zakaria yang sekian lama tidak dianugerahkan zuriat dengan keadaan isterinya yang mandul. Berkat doa dan kesungguhan, akhirnya Baginda dianugerahkan zuriat. Anda juga digalakkan memperbanyakkan sedekah.

2. Melihat waktu subur
Waktu terbaik untuk melakukan hubungan seks adalah sangat penting. Setiap pasangan perlu mengetahui bila saat ovulasi. (iaitu hari ke-14). Pada saat ini, tahap kesuburan adalah paling tinggi. Namun begitu,  hubungan seks sebelum ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

3. Menjaga Kesihatan dan Makan makanan bergizi.
Anda boleh cuba mengamalkan minum susu kambing dan buah kurma. Hindari dari mengambil makanan segera dan minuman ais. Anda juga digalakkan mengambil makanan tambahan seperti vitamin,kalsium, zat besi dll. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran :)
  
4. Hindari Stress
Hindari dari menangguhkan kerja yang boleh membuatkan anda stress. Sekiranya kerja/tugasan anda dapat diselesaikan secara teratur dan tepat pada masa, anda mungkin dapat mengelakkan stress. Anda boleh juga merancang untuk melancong atau bercuti setelah menyelesaikan tugas sebagai hadiah untuk diri sendiri.

5. Jika kesemua cara di atas telah dilakukan, namun masih juga tidak berjaya, jumpalah pakar yang berpengalaman. Anda juga perlu sentiasa berfikiran positif dan yakin rezeki datang dari Allah. Jangan mengeluh. Apa yang berlaku adalah yang terbaik dari Allah S.W.T untuk anda. Bersabarlah :)

Ahad, 28 Julai 2013

10 Benda Paling Kotor yang Kita Sentuh Setiap Hari

Berikut merupakan benda atau barang paling kotor yang sering kita gunakan, pegang, sentuh, atau pakai dalam kehidupan kita sehari-hari. Beberapa dari benda berikut ini mungkin sudah anda ketahui, tetapi beberapa lainnya mungkin tidak.

1. MULUT


Mulut merupakan benda terkotor yang kita sentuh. Mungkin memang kita tidak menyentuhnya, tapi bagaimana saat seseorang bersin? batuk? makan? meludah dan bahkan bernafas.

Semua bakteri yang ada di lingkungan kita, kemungkinan besar berasal dari mulut manusia. Mulut manusia sendiri merupakan rumah bagi sekitar 700 spesies bakteri yang berbeza. Walaupun begitu, tidak semua bakteri yang ada di mulut kita merupakan bakteri yang berbahaya atau buruk bagi kesihatan manusia. Ada beberapa bakteri yang berguna untuk membantu memproses makanan atau melawan bakteri 'jahat' atau buruk lainnya.

2. WANG


Setiap orang menyukai wang, tapi yang tidak disedari mungkin adalah bakteri yang datang bersamanya. Wang tersebut tentunya merupakan hasil dari pertukaran dari satu tangan ke tangan lainnya. Dimulai dari eksekutif sampai ke orang yang tidak memiliki rumah di pinggir jalan lalu sampai ke tangan anda. Tentu saja semakin kecil nominal wang tersebut semakin besar jumlah bakteri yang ada.

Tidak ada yang tahu bagaimana proses itu sebenarnya, akan tetapi seorang peneliti dari New York menemukan bahwa selembar wang dapat berisikan sekitar 126.000 - 135.000 bakteri. Bahkan peneliti dari Ohio menemukan bahwa selembar wang kertas dapat memiliki kemungkinan menyebabkan penyakit yang sangat berbahaya.

3. TELEFON BIMBIT (HANDPHONE ATAU SMARTPHONE)


Telefon bimbit telah menjadi sebahagian dari kehidupan kita sekarang ini, bahkan dapat dikatakan hal kedua yang paling mungkin kita pegang setelah kita memegang wang. Terlebih handphone atau telefon bimbit itu bersifat hangat sehingga memperbolehkan bakteria untuk berkembang biak, dan penelitian menunjukkan bakteria di handphone dapat membuat infeksi kulit. Handphone sekarang ini lebih mengarah ke smartphone yang bersifat layar sentuh dan memiliki banyak hiburan, tentunya hal ini juga menyebabkan lebih banyak bakteria berada di smartphone itu.

4. KEYBOARD



Dalam era sekarang ini, komputer itu merupakan teman terbaik anda. Tapi tahukah anda kalau penelitian menemukan bahawa keyboard itu dapat lebih kotor dibandingkan tandas. Terlebih jika komputer itu merupakan komputer umum seperti pada perpustakaan, cyber cafe atau tempat hotspot internet yang menyediakan komputer untuk aksesnya.

Pernahkan anda melihat komputer di tempat umum dibersihkan dengan kompressor angin dan kain basah berdeterjen? Kerana itu adalah satu-satunya cara untuk membersihkan keyboard yang sangat kotor ini. Bahkan dalam beberapa penelitian, peneliti menemukan E.coli di permukaan keyboard.

5. TANDAS DUDUK



Mungkin hal ini sudah sangat umum dan tentunya anda sudah tahu. Statistik menunjukkan bahawa ada 295 bakteri untuk setiap inci permukaannya. Anda dapat mengurangi hal ini dengan membersihkan tandas anda menggunakan cairan anti bakteri. Memang tidak seburuk si toilet yang memiliki 3.2 juta bakteri, tetapi tetap saja itu merupakan salah satu benda terkotor di kehidupan anda.

6. SAKLAR LAMPU (TOMBOL LAMPU) DAN PEGANGAN PINTU



Anda baru pulang ke rumah dan melihat bahawa keadaan gelap tentu hal pertama yang anda lakukan adalah menyalakan lampu, tidak mungkin hal pertama yang anda lakukan adalah mencuci tangan dalam keadaan yang gelap gelita. Tentunya seseorang harus melakukan hal itu, baik untuk menyalakan atau mematikan lampu, dan sebelum Anda melakukan ini, hal paling pertama yang anda lakukan pasti adalah membuka pintu.

Terlebih jika saklar lampu dan gagang pintu itu berada di tempat umum seperti pejabat contohnya, dimana orang yang membuka, menutup, menyalakan dan mematikannya tentu berbeza-beza dan tidak ada yang tahu apa yang dilakukan orang tersebut sebelum ia melewati pintu dan memegang saklar lampu itu. Ditemukan bahawa untuk setiap inci saklar lampu ada sekitar 217 bakteri.

7. TROLI BELANJA (TROLI PASARAYA)



Bagi yang suka berbelanja di supermarket dan sejenisnya, bila kali terakhir anda menggunakan troli pasaraya? Bayangkan semua barang yang mungkin disentuh orang yang kemudian begitu mereka sampai di supermarket, mereka langsung mengambil troli.

Para peneliti Universitas Arizona menemukan bahawa troli memiliki bakteri, air liur dan senyawa pembuangan lainnya dari toilet umum hingga pegangan eskalator. Mungkin hal inilah yang menyebabkan banyak supermarket di luar negeri menawarkan anda untuk melap troli sebelum masuk ke pasaraya.

8. PERLENGKAPAN AREA BERMAIN



Bayangkan sebuah tempat bermain anak kecil dimana anak-anak kecil itu berlarian sehabis bermain di tanah, terkadang makanan tumpah, air liur, tangisan dan terburuknya muntahan. Mau seberapa sering-pun tempat itu dibersihkan, mungkin hanya dibersihkan dengan dilap saja dan tidak dibersihkan ke seluruh sisi perlengkapannya. Hal inilah yang membuat area atau lapangan bermain merupakan salah satu tempat terkotor bagi anak kecil.

9. PEGANGAN ESKALATOR



Tentunya eskalator  memiliki pegangan dan penggunaan eskalator ini tidak hanya 1 atau 2 orang, pasti sekitar puluhan ribu orang.

Dengan perhitungan matematik dasar seperti ini saja, maka kita sudah dapat membayangkan berapa banyak orang yang tanpa sadar saat menggunakan eskalator memegang pegangan eskalator tersebut. Maka didapatkanlah salah satu tempat terkotor yang sering anda temui.

10. BAK MANDI DAN TEMPAT CUCI TANGAN



Anda pasti tidak mengira bahawa salah satu benda paling kotor yang dapat anda sentuh merupakan tempat anda mandi dan cuci tangan. Bak mandi dan tempat cuci tangan merupakan rumah dari banyak bakteri berbahaya kerana anda mandi atau cuci tangan maka semua bakteria yang di tubuh anda akan mengalir ke floor drain (tempat pembuangan air) yang ada di bak mandi atau tempat cuci tangan. Bahkan penelitian menemukan bahawa bakteri yang ada di floor drain tersebut, lebih buruk daripada yang ada di tandas.

Mungkin anda memang tidak akan menyentuh drain tersebut, tapi bagaimana jika Anda berendam atau sedang ingin membersihkan rambut dan sebagainya yang ada di tempat itu?