Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Sabtu, 31 Disember 2011

Sabar, Sungguh Luar Biasa

Seorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak kecilnya. Anak wanita itu duduk di dalam troli yang ditolak oleh ibunya.


Rabu, 28 Disember 2011

Bloglist X-Change

Assalamualaikum WBT,

Jom ramai-ramai join segmen "Bloglist X-Change" sebab:



- Dapat membantu menaikkan trafik blog.
- Dapat mengeratkan hubungan sesama blogger.

Link: The Kiz's Garden

Giveaway Akhir Tahun

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Disebabkan saya tengah bosan, jadi saya join penganjuran Giveaway Akhir Tahun ni =)

Link : Giveaway Akhir Tahun

Tarikh tutup giveaway adalah pada 01 Januari 2012.  Siapa bosan, jom join. Hehehe

Khamis, 22 Disember 2011

Kisah Nasi Lemak

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."


Rabu, 21 Disember 2011

9 Pembaziran

Assalamualaikum,

9 Pembaziran Yang Sering Kita Lakukan

"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
- Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
- Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
- Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
- Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
- Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahu'alam.

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan. Wassalam.

Isnin, 19 Disember 2011

Langkah Memperolehi Rezeki Yang Berkat

Antara langkah2 yang patut kita ambil dan ikuti demi mendapat keberkatan dalam mencari rezeki dan beroleh rezeki yang berkat. Keberkatan itu tidak kelihatan tapi kita akan dapat merasainya. Percayalah!


Khamis, 8 Disember 2011

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Anda ke mana ye cuti sekolah kali ni? Mungkin ada yang melancong ke luar negara atau ada yang tak ke mana-mana kan? Tak tau nak gi mana ye? Ila nak kongsi cuti-cuti kami kali ni sempena ketibaan ayahanda, bonda dan adinda dari Terengganu ke Rawang.  


Selasa, 29 November 2011

Uji Sebab Sayang

"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,  airnya cantik membiru dan penuh dengan  ketenangan. 

Ahad, 27 November 2011

~Follower ke 100~ Blog "Bicara Budak Kampung"

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah. Semoga rakan -rakan semua sihat hendaknya. Untuk pengetahuan semua, ila adalah follower ke 100 Blog "Bicara Budak Kampung". Jom jenguk blog ni >> http://ieqa82.blogspot.com


Ila mengambil kesempatan nak ucapkan terima kasih pada kak ieqa atas pemberian hadiah yang dijanjikan. Semoga akak sentiasa sihat, ceria dan bahagia selamanya :)

Sabtu, 26 November 2011

Senyum Itu Indah =)

 Assalamualaikum W.B.T,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih, berduka dan menangis. Jadinya gembiralah selalu =)


Selasa, 22 November 2011

Kambing Oh Kambing

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang pemuda lalu bertanya, "Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan? "Oh, boleh saja" kata gembala itu. Pemuda itu berkata, 

"Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?" 
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala. 
"Yang putih." 
"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari." 
"Dan yang hitam?" 
"Yang hitam pun sama." 

Rabu, 16 November 2011

Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.


Sabtu, 12 November 2011

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."



Rabu, 9 November 2011

Usaha Tangga Kejayaan

“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim.Peribahasa Melayu ada mengatakan “ Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”,begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan.bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.

Selasa, 8 November 2011

Teka-teki Imam Ghazali R.A

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :


Ahad, 6 November 2011

Menghayati Hari Raya korban

oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji  ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Sabtu, 5 November 2011

Rama-rama, anak anda dan kehidupan

PADA suatu pagi yang nyaman, saya sedang menikmati pemandangan di luar rumah sambil menjamah sarapan pagi.

Mata saya terlihat seekor rama-rama yang terdesak untuk mencari jalan keluar dari sebuah tingkap berkaca. Ia terbang ke kiri dan ke kanan, kemudian ke kiri semula. Namun di sebalik usaha keras itu, rama-rama itu masih gagal mencari jalan keluar, walhal terdapat sebuah ruang terbuka luas tidak jauh dari tempat rama-rama itu hinggap. Ruang berkenaan gelap sedikit kerana ditutup dengan bidai buluh untuk mengurangkan cahaya yang masuk menerusi tingkap.


Jumaat, 4 November 2011

Kisah Semut Dalam Al-Quran

Tahukah Anda?

Allah mengabadikan kisah semut di dalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut. Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.

Khamis, 3 November 2011

Kisah Guru Dan Murid

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"

Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"



Rabu, 2 November 2011

Kisah Lelaki dan Jadual Penerbangannya

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"


Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.

Khamis, 27 Oktober 2011

Ujian Allah pada hambaNya

Assalamualaikum,


Selamat pagi, semoga sihat semuanya. Ila masih sibuk dengan proses pindah rumah, maka dengan itu tidak sempatlah menatap blog ni sekian lama.
Penatnye  pindah rumah... beratnye rumah ni. Hihi
 

Selasa, 4 Oktober 2011

Budak Kecil Bersama Sepohon Pokok Rambutan

Assalamualaikum WBT,

Satu cerita yang menarik untuk tatapan dan pemahaman kita bersama.

Suatu masa dahulu, terdapat sepohon pokok rambutan. Ada seorang budak kecil yang amat sukakan pokok itu. Setiap hari dia pasti akan bermain dengan pokok itu, memanjatnya dan sering terlelap di bawah bayangan pokok tersebut. Budak tersebut amat sayangkan pokok itu dan begitulah sebaliknya. Masa terus berlalu... budak itu semakin dewasa dan tidak lagi bermain dengan pokok rambutan itu.


Isnin, 26 September 2011

Khasiat Barli dan Tips Memutihkan Wajah Menggunakan Barli

 Assalamualaikum W.B.T,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya. Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.

Selasa, 20 September 2011

Seorang Ibu

Masa usia setahun, ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan. Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke tadika. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit, "Tak mahu! Tak mahu!"

Khamis, 15 September 2011

Buah-buahan

Assalamualaikum WBT,

Selamat malam semua? Ada satu cerita Buah-buahan ni versi Terengganu. Pada suatu hari... jeng jeng jeng!

Seorang adik yang agak sengau bertanya kepada abangnya yang baru  habis blajar kat universiti.

adik     : nbang, nalau nung nandai cu nung neri 10 nenis nbuah nmula nhuruf  "N"

abang   :okey , boleh aje, nenas,nangka,nona....(lama terfikir abang dia dah naik bosan nak melayan karenah adiknya yang pra siuman tu.

abang   : malaslah dik, abang tak tahulah. (muka dah separuh blur...)

adik     : nung ni nbang namanya nbaru nkeluar U, nbodoh nungguh nmung ni.

abang   : amboi amboi, sedap kate ke aku yek.. kalau adik pandai sangat. Acu kabor ke abang nama buah hok mula huruf  "N". Doh bijak sangat :P

adik     : nukan nusah npung. nung ndengar erk..nunian, nanggis, nangsat, nuku, nambai, nelapa, netik, nongkong, nambutan, nambu. Nandai dok aku nbang..(sambil tersengih)

Abang menepuk dahinya sambil menggeleng kepala. Terlupa pulak dia yang adiknya tu dah tahap kronik sengaunya...

Moral     : Bukan abang je pandai, adik lagi pandai tau!

Sabtu, 10 September 2011

Kelebihan Solat & Solat Awal Waktu

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya.  Solat itu tiang agama, solat adalah amalan pertama yang akan disoal.

Rasulullah S.A.W bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim.

Jumaat, 2 September 2011

Selamat Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2011

Assalamualaikum WBT,

Selamat Hari Raya Aidilfitri... 30  & 31 Ogos 2011

Selamat Hari Kemerdekaan ke-54... 31 Ogos 2011















Selamat Hari Lahir ke-13... Nor Azlin (adikku sayang), 1 September 2011
.
.
.
Selamat Bekerja
.
.
.
.

Selamat Hari Malaysia... 16 September 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia biasanya disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Namun sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 pada tahun 2011 ini akan ditunda kepada tarikh 16 September yang diadakan serentak dengan Hari Malaysia.

Semoga kita dapat menikmati keamanan dan kemakmuran dan hidup aman damai di bumi Malaysia.



>> Promosi Jualan Aksesori Wanita dilanjutkan sehingga 16 September 2011.  Jika berminat, anda boleh jenguk di SINI.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Ampun Maaf Dipinta

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya. Ila mengambil kesempatan ini, memohon kemaafan sekiranya tersilap kata dan terkasar bahasa. Selamat Hari Raya buat semua =)

 

Untuk pengetahuan semua, Promosi Jualan Aksesori Wanita dilanjutkan sehingga 16 September 2011.  Jika berminat, anda boleh jenguk di SINI.


Kepada yang ingin pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Promosi Jualan Raya Aksesori Wanita


Jualan Istimewa Raya!!!
KHAS Untuk Wanita 
+ Kanak-kanak
Potongan Sehingga 50%

Jumaat, 5 Ogos 2011

UJIAN ALLAH S.W.T

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.  Ila  dah 5 hari demam ni... hidup ini tidak sempurna tanpa ujian dari ALLAH S.W.T.

"Solehah women smile in times of trouble, gather strength from doa, and grow braver by istighfar and solat"

Isnin, 1 Ogos 2011

Puasa & Kesihatan

 Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.


Ahad, 24 Julai 2011

Persediaan Menghadapi Ramadhan

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sihat hendaknya =)

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Rasulullah s.a.w.

الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”


Rabu, 20 Julai 2011

Jangan Makan Telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sihat hendaknya =)

Seringkali kedengaran bahawa jangan makan telur kerana telur mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, tetapi sejauh manakah kebenaran penyataan ini?

Sabtu, 9 Julai 2011

Durian Oh Durian

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :D

Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku".


Isnin, 4 Julai 2011

Bangun sayang... bangunlah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sihat hendaknya =)

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri... tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Marilah sama-sama kita hayati kisah ini... "Bangun sayang... bangunlah..." Terharunya....

Rabu, 29 Jun 2011

Sebiji epal sehari

Sebagai buah-buahan pencuci mulut, epal bukan sahaja enak dimakan tetapi dijadikan snek kesihatan bagi mengurangkan risiko sakit jantung, kanser dan kolesterol darah.


MUNGKIN ramai yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal.

Selasa, 14 Jun 2011

Tahniah Kepada Pemenang!

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Pertamanya ila memohon kemaafan atas kelewatan keputusan ini kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Apapun tahniah kepada pemenang-pemenang peraduan Teka & Menang blog ila yang diadakan pada April lalu.


Ahad, 5 Jun 2011

Minyak Wangi

Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir".

Wangi-wangian juga adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW, di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus" (HR Ad-Dailami)

Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a, Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian)

Rabu, 1 Jun 2011

Bisnes melalui blog

Assalamualaikum,

Pernahkah anda terfikir, blog mampu menghasilkan pendapatan untuk anda? Tak kira samada pendapatan itu kecil atau besar. Atau mungkin boleh dijadikan pekerjaan sambilan mahupun sepenuh masa.

Salah satu perniagaan yang boleh anda jalankan seperti menjual produk digital atau produk fizikal. Blog mempunyai potensi yang besar sebagai tempat untuk anda menjual produk sendiri. Sekiranya anda mempunyai produk untuk dijual, anda boleh menggunakan blog anda sebagai tempat menjual produk tersebut.

Selasa, 24 Mei 2011

Keputusan Peraduan "Teka dan Menang"

Assalamualaikum,

Maaf... Keputusan peraduan " Teka & Menang" tidak dapat diumumkan buat masa ini kerana masalah teknikal.

Harap Maklum.

Khamis, 12 Mei 2011

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Assalamualaikum dan Selamat Malam,

Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.Keperitan dan kesusahan yang dirasai oleh ibu ketika mengandung dan membesarkan anak juga tidak dapat dibayangkan sehingga seseorang itu sendiri menjadi ibu.

Islam menentang keras penganutnya menyergah atau menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apa lagi, sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri. Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.

Isnin, 2 Mei 2011

Siapakah Kita?

Assalamualaikum,

Selamat pagi. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Siapakah kita? Renung-renungkan...


Isnin, 18 April 2011

Peraduan TEKA & MENANG

Pengenalan

Sempena Hari Lahir Ila dan Ulangtahun Perkahwinan Ila pada bulan April ini, Ila akan mengadakan satu peraduan TEKA & MENANG!

Selasa, 12 April 2011

Hatiku Berduka

Selamat Malam...

Pabila malam tiba, ila sangat penat. Maka ila tak nak melayan perasaan. Lebih baik tidur je. Rehat yang cukup sangat penting. Walaubagaimanapun, sebelum tidur, hati perlu tenang. Ketenangan yang kucari... adalah dengan zikir dan doa.

Jumaat, 8 April 2011

Selamat Hari Lahir Ibuku

Assalamualaikum,

Salam Jumaat, Salam Ceria

Selamat Hari Lahir buat bonda tersayang (Puan Nan Timah Bt Mohd Noor)
yang ke-54
“Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku ketika aku kecil dan rahmatilah mereka serta tempatlah mereka bersama orang yang beriman di Dunia dan Akhirat” Amin ya Raballa `Alamin

Isnin, 4 April 2011

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum. 

Perkahwinan merupakan satu ibadah suci yang mengandungi hikmah. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.

Selasa, 29 Mac 2011

Kenapa anda perlukan blog?

Assalamualaikum dan Selamat Malam.

Antara jutaan blog di internet, blog peribadi adalah blog yang paling banyak dibina di seluruh dunia. Anda perlu mempunyai blog mungkin kerana anda mempunyai tekanan emosi. Sebuah blog untuk anda meluahkan perasan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan cara ini, tekanan yang dihadapi akan berkurangan apabila kenalan di  talian memberi kata-kata peransang dan semangat. Anda akan berfikir ke arah yang lebih positif dalam menyelesaikan masalah anda.

Rabu, 23 Mac 2011

Nice & Clean?

Selamat Hari Rabu,

Apa khabar semua? Kawan-kawan pernah guna jejantas tak? Bagaimana rupanya ye... Adakah seperti gambar ni?

Ahad, 20 Mac 2011

Siapa yang bertuah?

Selamat Malam,

Pepatah Melayu ada menyebut; "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu."
Kita hanya mampu berusaha menjadikan yang terbaik peluang-peluang yang hadir dalam hidup ini.

 

Selasa, 15 Mac 2011

Lelaki tanpa tangan dan kaki

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Lelaki tanpa tangan dan kaki ni bukanlah kisah seram yang ingin ila kongsikan, tetapi kisah ketabahan insan ini dalam menjalani kehidupan mampu membuka mata kita untuk terus tabah dan redha dengan apa jua ketentuan Ilahi.

Dilahirkan tanpa kaki dan tangan bukan penghalang kepada Nick Vujicic untuk menikmati hidup seperti insan lain yang normal. Lelaki berusia 26 tahun ini hanya mempunyai badan. Apa yang menakjubkan dalam keadaan tanpa anggota tangan dan kaki dia mampu bermain bola sepak, golf, berenang dan meluncur ombak. Untuk membolehkan dia menyeimbangkan badan dan menyepak, Nick bergantung kepada kakinya yang kecil. Kaki itu juga digunakan untuk menaip, menulis dengan pen dan mengangkat benda yang diperlukan.

Meluncur ombak di Hawaii bersama jurulatih Bethany Hamilton 
 yang hilang satu tangan akibat digigit jerung.

Ahad, 27 Februari 2011

Indahnya Pelangi

Salam Ahad!

Apa khabar kawan-kawan semua? Jom kita menyanyi lagu "Pelangi".


Pelangi pelangi
Alangkah indahmu,
Merah kuning hijau
di langit yang biru,

Pelukismu agung
Siapa gerangan,
Pelangi pelangi
Ciptaan Tuhan...

Selasa, 22 Februari 2011

Keajaiban Lebah

Lebah merupakan ciptaan yang cukup mengagumkan dan khasiat yang kita perolehi daripada lebah sangat bermanfaat untuk kesejahteraan badan sejak zaman berzaman.

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; buatlah sarang-sarang di bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia"

"Kemudian makanlah dari tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia..."

Surah An-Nahl : 68-69


Khamis, 17 Februari 2011

Aksesori Wanita

Assalamualaikum dan Selamat Malam :)

Semoga kawan-kawan sihat dan sentiasa ceria. 

Jualan penghabisan stok. Murah, Murah, Murah!


Isnin, 14 Februari 2011

Demam vs Rindu

Assalamualaikum dan Selamat Malam,

Apa khabar semua? Kawan-kawan dah makan? Ila lama menghilang bukan kerana pergi bercuti tetapi ila tidak sihat @demam. Batuk pun tak hilang lagi ni.


Khamis, 3 Februari 2011

Sebiji Limau

Selamat Pagi kawan-kawan.

Hari ni cuti sempena Tahun Baru Cina.
Teringat pulak buah limau.Hehehe :)

Kebetulan pula ila terbaca kisah  "Rasulullah SAW dengan sebiji limau". Kawan-kawan pernah baca tak? 

Khamis, 27 Januari 2011

Kisah Pindah Rumah

 Assalamualaikum dan selamat pagi,

Apa khabar kawan-kawan hari ini? Ila masih sibuk dalam proses pindah rumah dari Jelawat, Bachok Kelantan ke rumah sewa baru di Marang, Terengganu. Penatnya. Untuk pengetahuan kawan-kawan, ila dan suami telah membuat keputusan untuk berpindah rumah kerana ila tidak lagi bekerja di sana dan kami lebih selesa untuk kembali tinggal di bumi Terengganu kerana lebih hampir dengan keluarga.