Sabtu, 9 Julai 2011

Durian Oh Durian

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :D

Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku".



Dikalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian "Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu" mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil berkata "Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan aku kan,.. silakan bawalah berapa ramai sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka"

Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh. Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandingan pun bermula.

Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata "Aku beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata durian dengan sombongnya. Maka dihempap lah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua. Durian yang agaak terkejut dan merasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi.

Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut "Hoiii... mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku..."

Credit to: http://dausygbezz.blogspot.com


21 comments:

  1. lawak2 tapi ada mesej yang tersirat

    BalasPadam
  2. Blog Hangit : Ye, mesejnya jangan sombong...

    BalasPadam
  3. durian memang sombong ea.hehee tp betullah.. :)

    BalasPadam
  4. Salam kenal. Terima kasih singgah di blog saya.

    Nasib baik tak retak cengkerang penyu belimbing tu hehehe

    BalasPadam
  5. hahaha...morale of the story is..jagalah hati saudara kamu, mungkin satu hari nanti anda perlukan bantuan mereka..huhu

    Latest entry Tidak Bertudung Syarat Mendapat Kerja?

    BalasPadam
  6. ha...ha... belimbing juga. kepanasan mlm tadi makan durian.

    BalasPadam
  7. hahahahaha. kelakar laaa. best3!

    BalasPadam
  8. hahahaha penyu belimbing! sumpah lawak!

    BalasPadam
  9. durian wpon sombong tp i sukerrrrr..hehe

    BalasPadam
  10. saya hantu durian..sedapnye....

    BalasPadam
  11. Saya juga gemar makan durian. Jom ke Jasin memburu durian.

    BalasPadam
  12. Sangat teringin nak makan durian MusangKing kat Perak tu... Mantap katanya.. ;D

    BalasPadam
  13. Mr Rileks : Like!

    cik helena : Durian sombong. Jom mkn durian :D

    cik bulan : Tak tipu... hehehe

    Yunus Badawi : Sama2...

    eita : Peringatan kepada semua. Jangan mencontohi durian.

    Abang Long : TQ

    BalasPadam
  14. Adzriel AB, amal_fc1303, qeen.3c, shuffey.armie,
    @juera, AH7, zuiyanhong, Aiza Syahida, YOUsoF,
    zuhanismohamed

    ~ Durian sombong. Jom mkn durian :D ~

    BalasPadam
  15. saya baru je makan durian semalam.. tetiba arinie rasa cam nak makan lagi..setelah baca blog ini..heu3

    BalasPadam