Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Sabtu, 26 Oktober 2013

KHASIAT DURIAN BELANDA

Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh. Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Jurujual Yang Malang

Seorang salesman "Vacum  Cleaner" menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat tuan rumah itu berkata sepatah perkataan pun, dia menghamburkan pelbagai kotoran ke karpet ruang tamu.
 

"Puan!" katanya, "Saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali seperti sediakala dalam sekelip mata sahaja. Jika masih kekotoran yang tertinggal, saya bersedia untuk memakannya".. kata salesman itu dengan bangga.

"Kalau begitu kamu bolehlah memakannya sekarang kerana rumah saya belum ada elektrik".

Jumaat, 11 Oktober 2013

Tips Memilih Minyak Wangi Untuk Lelaki

Sejak kebelakangan ini ramai lelaki sudah mula sedar tentang peri pentingnya fesyen namun apa gunanya bergaya sekiranya badan bau hapak dan tidak menyenangkan. Untuk memastikan badan anda bebas dari pencemaran bau, bolehlah memilih minyak wangi yang terbaik yang mana aromanya mampu memikat hati.

Bagi lelaki minyak wangi itu merupakan simbol lelaki sejati. Jarang kaum adam ini menukar haruman mereka berbanding wanita yang pasti mempunyai pelbagai jenis wangian. Namun ada sesetengah minyak wangi yang tidak tahan lama dan tidak berkualiti. 


Di sini ada beberapa tips yang boleh lelaki-lelaki di luar sana praktiskan:

Ketahui bau kegemaran anda
Jika anda ingin memilih minyak wangi, janganlah segan untuk bertanya kepada jurujual kerana pastinya mereka banyak pengalaman dan arif tentang jenis-jenis minyak wangi. Anda bolehlah meminta mereka mencadang jenis minyak wangi yang berkualiti dan jenis bau kegemaran anda.

Elakkan dari menggunakan banyak minyak wangi
Apabila terlalu banyak minyak wangi digunakan, hidung anda pastinya akan tidak selesa dan tidak dapat menilai mana satu yang sesuai. Kalau boleh,hadkan dua atau tiga sahaja minyak wangi. Sekiranya banyak sangat pastinya bermacam bau muncul.

Jangan terlalu gelojoh membeli minyak wangi
Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas digunakan. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus membeli. Seeloknya buatlah 'survey' terlebih dahulu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.

Elak gosok pergelangan tangan
Ini kebiasanya apabila membeli minyak wangi anda pasti akan mengosok pergelangan tangan, cara ini tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menjejaskan bau minyak wangi yang sebenar dan sebaiknya tunggu sehingga ia kering sendiri.

Jangka hayat minyak wangi
Mengikut kajian dikatakan minyak wangi hanya dapat bertahan selama tiga tahun. Kadangkala ada minyak wangi yang dijual oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sudah melebihi tempoh tersebut. Berhati-hatilah memilih minyak wangi agar anda tidak tersalah beli minyak wangi yang sudah 'expired'.

Memilih minyak wangi yang sempurna bagi tubuh anda merupakan proses eksperimen berbentuk peribadi. Ia memerlukan kesabaran namun selepas menemui yang bertepatan dengan selera, ia amat berbaloi. Selamat mencuba!

Khamis, 10 Oktober 2013

14 Sebab Mengapa Anda Perlu Amal Makan Timun

Timun barangkali adalah antara tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, mudah ditanam malah adalah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia sebagai menu sampingan bersama Nasi Lemak serta ulaman dicicah dengan sambal belacan.

Tetapi selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda? Lupakan snek ringan dan cip kentang, mulai hari ini sila jadikan timun sebagai 'snek' utama anda. Berikut adalah 14 sebab mengapa anda perlu mengamalkan memakan timun! 
 

Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.

Timun dapat melawan suhu panas
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.

Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.

Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.

Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.

Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.

Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.
 

Rabu, 9 Oktober 2013

Sifat-Sifat Hantu Yang Perlu Dicontohi



1) Toyol, Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri

2) Pontianak Susah senang selalu tertawa, ini menunjukkan kepribadian kuntilanak ini optimis.

3) Pocong Dari dulu bajunya x pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik pada fashion, sangat bersahaja.

4) Hantu air Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia x pakai baju renang, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan.

5) Jerangkung Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkn orang lain.

6) Jebon Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walau mukanya buruk, hancur, badannya bau, dan menakutkan tapi sifatnya sangat sabar. Buktinya dia baca tulisan ini sampai habis.. huhuhu!

Selasa, 8 Oktober 2013

Kaabah dan Umat Islam

Mesti ramai bagi bukan orang yang bukan beragama islam pelik dan menjadi tanda tanya kenapa kita 'islam' menyembah bangunan berkain hitam itu... ikuti dialog di bawah ini


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Isnin, 7 Oktober 2013

Bawang Merah Bantu Melebatkan Rambut

Rambut anda sering kali gugur setiap kali selepas anda bersyampu atau menggunakan sikat? Jangan risau. Ini adalah masalah biasa yang kebanyakan antara kita mengalaminya. Namun, jika kita terus kehilangan rambut setiap hari, bayangkan apa yang akan terjadi pada kita selepas beberapa tahun? Oleh sebab itu, kita perlu melakukan sesuatu dengan segera untuk memerangi keguguran rambut dan pada masa yang sama merangsang pertumbuhan rambut baru.

Tahukah anda bahawa bawang merah adalah ubat semulajadi yang menakjubkan untuk menangani keguguran rambut? Tambahan pula, ia juga berkesan meningkatkan pertumbuhan rambut anda. 


Anda mungkin terfikir bagaimana bawang merah yang berbau kurang menyenangkan ini baik untuk rambut bukan? Sebenarnya, rawatan melebatkan rambut dengan bawang merah bukan sahaja semulajadi tetapi ia juga selamat dan mudah untuk dibuat. Anda bukannya mendedahkan rambut dan kulit kepala kepada bahan kimia yang bahaya tetapi ia cuma bahan yang boleh mencegah keguguran rambut dan pada masa yang sama, melebatkan pertumbuhan rambut baru.

Jadi bagaimana bawang merah membantu memerangi rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru?

Secara fakta, bawang merah sangat tinggi dalam sulfur. Itulah sebabnya jus daripada bawang merah mampu merangsang pertumbuhan rambut kerana sulfur membantu dalam peredaran darah. Ia juga mengurangkan keradangan kulit kerana sifatnya yang antibakteria. Selain itu, bawang merah juga menjadikan rambut anda lebih kuat selain membuka liang-liang folikel rambut anda yang tersekat dan mencegah jangkitan kulit kepala.

Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan bawang sebagai rawatan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru:

Menggunakan jus bawang merah yang mentah:
Ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan manfaat daripada sulfur yang terkandung di dalam bawang. Masukkan beberapa bawang merah ke dalam pengisar anda untuk mendapatkan jus atau air bawang merah tersebut. Kemudian, letakkannya pada kulit kepala anda dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih sekiranya anda mahu dan bilas menggunakan syampu. Lakukannya sebanyak tiga kali seminggu selama satu atau dua bulan untuk melihat hasil dan diharapkan bersabar kerana ini adalah cara semulajadi.

Menggunakan campuran bawang merah dan madu:
Ambil satu perempat daripada jus bawang merah yang mentah dan campurkannya dengan madu. Gunakan gabungan dua bahan ini untuk mengurut kulit kepala anda setiap hari dan lihat perbezaan selepas beberapa minggu. Senang, bukan?

Khamis, 3 Oktober 2013

Petua Menghalau Lalat

Lalat sejenis serangga yang merimaskan jika terdapat di dalam rumah. Lalat makan makanan dengan cara memuntahkan air liurnya keluar dan kemudian menyerap semula makanan masuk ke dalam perut melalui belalainya. Disebabkan itu tak hairanlah jika lalat dikatakan sebagai serangga yang pengotor dan boleh menyebarkan penyakit kepada manusia. 


Petua yang paling selamat untuk menghalau lalat di rumah:

1) Gunakan penyapu lidi.
Ambil lidi dalam segengam kecik dan ikat. Kemudian pukul kat lalat, sekali pukul banyak yang mati. Bukan setakat lalat pun takut dengan lidi nih, kucing pun lari kalau kita pukul lidi ke lantai.

2) Penampar lalat.
Penampar lalat memang mudah digunakan. Hanya tampar sahaja pada lalat yang berterbangan,pasti akan ada yang kena tampar.

3) Kertas gam lalat.
Kertas gam pun bagus jugak. Kita letakkan ia ditempat terbuka dan umpan lalat datang pada kertas dengan letakkan ikan bilis di bahagian tengah. Bila lalat hurung mesti ada yang melekat kat kertas gam.

4) Gunakan bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Bunga cengkih dan kulit kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan boleh digunakan untuk menghalau lalat. Caranya letakkan bunga cengkih ke dalam cawan yang berisi air di dapur atau meja makan. Untuk kulit kayu manis pula, kita boleh hiris sikit kulit kayu manis dan letakkan di dapur atau atas meja. Aroma yang terhasil dari bunga cengkih dan kuli kayu manis akan menyebabkan lalat lari.

5) Nyalakan lilin.
Lilin yang digunakan untuk menerangi kegelapan malam juga boleh digunapakai untuk menghalau lalat. Caranya letakkan lilin di atas meja makan, nanti lalat akan lari.

6) Daun kari menghalau lalat.
Daun kari yang harum baunya juga boleh diaplikasikan untuk kita menghalau lalat. Ambil sedahan kecil daun kari dan kipas-kipaskan kat meja makan. Atau kita boleh juga letakkan ia dalam cawan dan letakkannya di bahagian dapur atau di atas meja makan.