Khamis, 24 Mei 2018

Resipi Acar Masak - Timun dan Kurma

Resipi Acar Masak - Timun dan Kurma



Bahan-bahan :

Bahan A
-------
2 sudu besar cili kisar
1/2 inci Halia [dikisar]
2 ulas bawang putih [dikisar]
5 ulas bawang merah [dikisar]

Bahan B
-------
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka makan
1 gelas Air

Bahan C
-------
1 batang timun [dipotong panjang]
1 biji cili merah [dipotong panjang]
1 biji bawang besar [dibelah 4bahagian]
10 biji kurma [tanpa biji]





Cara-cara :

1. Tumis Bahan A sehingga pecah minyak.
2. Masukkan Bahan B dan tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan Bahan C dan biar seketika menggunakan api perlahan.
4. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba :)

24 comments: