Antara langkah2 yang patut kita ambil dan ikuti demi mendapat keberkatan dalam mencari rezeki dan beroleh rezeki yang berkat. Keberkatan itu tidak kelihatan tapi kita akan dapat merasainya. Percayalah!
Langkah yang harus kita ambil seperti berikut:
1. Membetulkan niat semata-mata kerana Allah - apa saja yg kita lakukan mestilah diniatkan hanya kerana Allah.
1. Membetulkan niat semata-mata kerana Allah - apa saja yg kita lakukan mestilah diniatkan hanya kerana Allah.
2. Beriltizam dengan solat Dhuha - waktu yang paling baik melakukan solat sunat dhuha ialah pada saat matahari terik. Sabda Nabi saw maksudnya : “Wahai anak Adam , solatlah untuk-Ku empat rakaat pada awal siang, nescaya Aku akan mencukupkan bagimu akhirnya”.
3. Istiqamah dalam menjayakan tugasan - ini bermaksud melaksanakan sesuatu secara tetap.
Fakta Penting tentang Istiqamah:
3. Istiqamah dalam menjayakan tugasan - ini bermaksud melaksanakan sesuatu secara tetap.
Fakta Penting tentang Istiqamah:
* Istiqamah ialah konsisten dalam kerja
* Lakukan kerja biar sedikit tapi berkekalan
* Amalan yang disukai oleh Allah juga biarlah sedikit asalkan berkekalan, bukan melakukannya dengan banyak tapi tidak berterusan.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya.”
-Riwayat Bukhari dan Muslim
Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan. Kemiskinan boleh menggelincirkan iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan aqidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.
0 comments:
Catat Ulasan