Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Lelaki tanpa tangan dan kaki ni bukanlah kisah seram yang ingin ila kongsikan, tetapi kisah ketabahan insan ini dalam menjalani kehidupan mampu membuka mata kita untuk terus tabah dan redha dengan apa jua ketentuan Ilahi.
Dilahirkan tanpa kaki dan tangan bukan penghalang kepada Nick Vujicic untuk menikmati hidup seperti insan lain yang normal. Lelaki berusia 26 tahun ini hanya mempunyai badan. Apa yang menakjubkan dalam keadaan tanpa anggota tangan dan kaki dia mampu bermain bola sepak, golf, berenang dan meluncur ombak. Untuk membolehkan dia menyeimbangkan badan dan menyepak, Nick bergantung kepada kakinya yang kecil. Kaki itu juga digunakan untuk menaip, menulis dengan pen dan mengangkat benda yang diperlukan.
Meluncur ombak di Hawaii bersama jurulatih Bethany Hamilton
yang hilang satu tangan akibat digigit jerung.
Di mana ada kemahuan...
Kepayahan, kesukaran dan ketidakselesaan dalam proses menuntut ilmu atau apa jua kerja adalah lumrah alam malah ada hikmah di sebaliknya. Keperitan yang dilalui melalui pengalaman sendiri mengajar kita mengenal kehidupan serta menjadikan kita lebih matang serta lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Apabila kesedaran tentang tanggungjawab itu lahir di jiwa kita, maka diri kita lebih berdisiplin. Disiplin adalah faktor yang penting menentukan tindakan dan amalan seseorang itu. Orang yang berdisiplin berusaha membuat kerja dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera.
Kepayahan, kesukaran dan ketidakselesaan dalam proses menuntut ilmu atau apa jua kerja adalah lumrah alam malah ada hikmah di sebaliknya. Keperitan yang dilalui melalui pengalaman sendiri mengajar kita mengenal kehidupan serta menjadikan kita lebih matang serta lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Apabila kesedaran tentang tanggungjawab itu lahir di jiwa kita, maka diri kita lebih berdisiplin. Disiplin adalah faktor yang penting menentukan tindakan dan amalan seseorang itu. Orang yang berdisiplin berusaha membuat kerja dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera.
Genggam bara apa biar sampai jadi arang begitulah bunyinya perumpamaan melayu yang membawa maksud sesuatu tugas yang dilakukan itu biarlah berhasil walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Menggenggam bara api memerlukan semangat, ketabahan serta jati diri. Kesakitan pasti dirasa tetapi hanya buat sementara. Apabila ianya dapat diatasi, maka arang yang terhasil dari bara api itu amat diperlukan untuk dijadikan sebagai bahan bakar.
Kita seringkali mengadu, mengapa kita diuji begitu dan begini. Dan kadang kala mudah pula berputus-asa sedangkan nikmat Allah tak terperi banyaknya. kita perlu berusaha mengubah hidup untuk lebih berjaya di masa depan.
Ini pula kisah seorang insan yang menjalankan perniagaan dadih secara sambilan.
Pelajari cara buat DADIH SEGAR dan dapatkan teknik menjalankan perniagaan dadih sepenuh masa atau sambilan secara pasif tanpa menganggu kerja anda. Layari http://rahsiadadih.com
Semoga kisah lelaki tanpa tangan dan kaki dapat membuka mata kita untuk berfikir tentang kekuasaan Allah s.w.t dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya dalam menjalani kehidupan. Kita perlu berusaha untuk mengubah hidup untuk lebih berjaya dan jangan berputus asa. Yakinlah pada diri, "AKU BOLEH!"
ayoi...hebatnya..hehe.org ada tangan kaki belum tentu boleh ni :)
BalasPadamwow..tabahnye beliau..
BalasPadamhebat..mereka lebih istimewa..sangat-sangat istimewa
BalasPadamjangan putus asa.
BalasPadamkekurangan bukannya penghalang...
BalasPadampetunjuk... kekurangan bukan kelemahan
BalasPadamsemangat dia kuat !
BalasPadambeliau sangat tabah..
BalasPadamkita yang sempurna ni kena la bersyukur kan...
BalasPadamada video die dalam youtube,, sume die buat,
BalasPadamNick Vujicic....ceramah dia leh ngis klu dengsr..
BalasPadamtabah betol mamat tu...boleh ja hidup berjaya walau takdak kaki dan tangan...kita patut lagi bersyukur...:)
BalasPadampernah tengok video Nick Vujicic tu... very inspirational la dia punya video. respect
BalasPadamcerita ini mengajar kita jangan senang berputus asa ketika menghadapi cabaran
BalasPadamhttp://www.exabytes.com.my
hebat! respect dgn dia... =)
BalasPadamnadia pernah tgk video dia
BalasPadampg ke sekolah bg motivasi
n dia main bola heheheh
kira walapun dia cacat tapi tu semua xmnjadi pnghalang ^__^
Mohamadazhan hjDesa :
BalasPadamKita patut bersyukur dan buktikan kita boleh!
Khumaera Ismail aka Habibi Hamid :
Ketabahan untuk kejayaan hidup :)
Warna Warni Kehidupan :
Mereka memang hebat... Kita pun hebat
+akufobia+ :
Ye, jangan putus asa.
Lyn Rashid :
Kekurangan bukan penghalang. Kadang2 kelebihan pulak jadi penghalangnya.
muhcizzra : ila setuju.
BalasPadammahirahnazlim : dia sangat tabah.
SyAfaWaNi : patut dicontohi.
Nor ' Atikah bt NorBaki : kita patut bersyukur dengan anugerah Tuhan.
SMK JENAGOR : Betul. Dia melakukan banyak perkara. Memang hebat.
n3scaf3_ais : nak nangis dah ni...
BalasPadamZullism : syukur alhamdulillah. Kita pun boleh. InsyaAllah.
H Y D E : Buka mata dan minda kita...motivasi diri
bellalooi : Cabaran yang datang mengajar erti hidup
::nuRuLaDHar:: : :)
N@di@ : Yakin pada diri. InsyaAllah boleh lakukan...
melawat n pollow sekali :)
BalasPadam