Selamat Hari Rabu,
Apa khabar semua? Kawan-kawan pernah guna jejantas tak? Bagaimana rupanya ye... Adakah seperti gambar ni?
Betapa bahagia kita kan bila tengok keadaan bersih. Bagaimana pula ngan tempat kat bawah ni.Apa khabar semua? Kawan-kawan pernah guna jejantas tak? Bagaimana rupanya ye... Adakah seperti gambar ni?
Sakitnya mata bila tengok persekitaran seperti ini. Sampah dibuang di merata tempat. Bila agaknya manusia ni nak sedar sikap mereka yang tak elok tu...
Jom, jangan buang masa. Marilah sama-sama kita mendisiplinkan diri.
Jauhi sikap membuang sampah merata-rata. Jangan pula jadi isu seperti dalam berita ni.
Warga emas dibelasah isu buang sampah meninggal
2010/04/05
KOTA BHARU: Seorang warga tua mati selepas kira-kira tiga hari dalam keadaan kritikal akibat dibelasah dua individu termasuk menantu jirannya, disebabkan perselisihan berhubung sampah yang dibuang di tepi jalan.
Mangsa, Mamauod Talib, 55, mati ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kira-kira jam 12.15 pagi Jumaat lalu, selepas kritikal akibat kecederaan parah di kepala, ekoran serangan itu yang dialaminya kira-kira jam 6 petang Selasa lalu.
Mamauod yang juga seorang tukang urut, dibelasah dua individu itu yang dikatakan campur tangan memihak kepada seorang wanita yang sebelum itu berselisih faham dengan mangsa yang menegurnya membuang sampah di tepi jalan serta mengancamnya dengan tongkat.
Isteri mangsa, Siti Fatimah Awang Ya, 50, berkata sebelum kejadian, suaminya keluar rumah bersama anak bongsunya, Nur Fatihatu Mujahadah, 3, untuk mencari pendawai elektrik kerana bekalan ke rumah mereka terputus kira-kira jam 6 petang.
"Tidak lama kemudian, seorang jiran bergegas memaklumkan saya yang suami dipukul orang dan ketika itu, anak bongsu pulang ke rumah sendirian sambil memaklumkan perkara sama.
"Saya ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah dan melihat suami terlentang dengan mulutnya berlumuran darah," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Berek 12 di sini, petang semalam.
Siti Fatimah berkata, abang iparnya menghubungi ambulans untuk membawa suaminya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sebelum dirujuk ke HUSM bagi menjalani pembedahan berikutan belakang kepala dan tulang pipi mangsa mengalami keretakan.
"Suami saya menjalani pembedahan kira-kira empat jam pada awal pagi Rabu tetapi meninggal dunia awal pagi Jumaat.
"Sehari selepas suami dipukul, anak saya membuat laporan kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa tetapi dimaklumkan seorang daripada suspek sudah melarikan diri dari sini, katanya.
Beliau berkata, jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Bemban, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu.
Isu sampah pun membawa maut. Innalillah.

tragis kisahnya..hanya kerna sampah sebenarnya yang tidak patut nyawa jadi taruhan...
BalasPadamsalam Ila ^_^
tragis gler
BalasPadam~~speecless~~
BalasPadampasal sampah pun nk belasah2 org ker? xde kesedaran sivik btol la..
ramai yang tak kisah dan tak nak ambil tahu hal macam ni.. nak rumah bersih aje tapi buang sampah merata2.. ada sekali tu nampak 1 pakcik naik moto berhenti tepi jambatan dan campak buang sampah masuk sungai.. dah tua tapi perangai teruk.. memalukan..
BalasPadamalahai...tkut nyer
BalasPadamish3...
BalasPadamjejantas kt bus stand muar pun same kotor. kdg2 pelik, nama je bandar. tp bila lalu jejantas tu, mmg meloyakan. dah la bwh tu kedai2 jual sate yg popular. sampah je byk....
BalasPadamkdg2 nk tegur org yg buat salah pn jd takut sbb takut jd kes mcm ni lah. x pasal2 kene belasah. xde kesedaran sivik lgsg.
aryadevi sudut kelas :
BalasPadamDah ajal pakcik tu. Sampah tu kebetulan je.
cik diba :
Semoga boleh dijadikan pengajaran buat semua.
Miziey :
Mana yang baik, kita jadikan teladan.
Mana yang tak baik(buruk), jadikan sempadan.
Wahida Nasution Thakhrim :
Suka hati dia je buang sampah. Pakcik... pakcik...
alinac lover :
Takut kena belasah ke? Jangan buang sampah merata yer.Hihi. ila gurau je. jangan marah tau :)
NUNU EERA:
Kenapa?
♥NiniHartini♥ :
Sate popular sampah tu. Tak jaga kebersihan. Ni yang tak suka nak beli makanan tempat-tempat camtu.
selamba je pasei sampah pon nak embunuh2...
BalasPadamidak pulak dema nak belasah sampah masarakat yang ramai2 tu!!
salam dik...
BalasPadammasyaAllah, pasal sampah pun derang ni nak gaduh ek..macam2 je manusia ni..
jaga la kebersihan tmpt kita..
BalasPadamdhsyat gile la..
BalasPadamditegur buang sampah pun sampai nak bunuh org.. kejam betul.
BalasPadamdasyatnyer maknusia bila dah takdapat berfikir nih
BalasPadamkejam betul manusia zaman sekarang ni...
BalasPadamjejantas cnie pom macam tu . tp yg dekat dgn kwasan skola tak sekotor yg lain .. myb budak2 skola agak trdidik la kot . hehe
BalasPadammcm2 ade...byk ragam tol...
BalasPadamerkkk..huhuhu
BalasPadamkulop ludin : Moga mereka berubah ke arah kebaikan.
BalasPadamLadysirna : wsalam kak.Dunia ini hanya sementara. Tetiba plak. hihi :)
amal_fc1303 : Betul2. Kebersihan tanggungjawab bersama.
zety : Moga dijadikan iktibar buat semua.
Adzriel AB : Pentingkan diri sendiri je.
BalasPadamrahman : Moga ada kesedaran atas apa yang telah berlaku.
Asyraf Camaro : Dunia akhir zaman.
fathiahRAIHANA : Baguslah budak2 sekolah tu. Ada kesedaran dan disiplin diri.
BalasPadamnairaariaa : Banyak orang, banyak ragam.
echah mashuri : Lumrah hidup.
kat situh xde tong sampah kot ek.. kalau ada mesti dia buang dlm tong sampah.. huhu
BalasPadameven takde tong sampah tuh kot.. jgn ler dok pendek akai membunuh.. =.=!
Huhuhuhu...hurmmm...tak terkata apa dah...warga emas pn dorang sggup pukul..bodo! tegur la elok2...
BalasPadamkejadian yang sama berlaku pada jiran sya.. dipukul oleh anak dan bapak jiran sebelah rumah sbb isu buang sampah jugak..
BalasPadamaih..pasal samaph punboleh bawak mati..tegur pun salah..
BalasPadampics tu jejantas kat GIANT kan..bahaya kat situ tu..selalu ade peragut...
be ur 355 follower..
menjaga kebersihan mmg tanggungjawab bersama.. tp klu samapai ada nyawa yg hilang rasa tak patut pula.. bawa berbincang lebih elok untuk menyelesaikan masalah kan..
BalasPadamawk, blog kita pun kena bersih kan? awk tgk blog sy bersih x?
BalasPadamkerana sampah nk belasah org meme sampah masyarakat tu :)
BalasPadamJadi, kita perlu membantu mengubah mentaliti rakyat Malaysia. Kebersihan perlu diutamakan di mana jua walaupun sampah hanya sebesar bungkusan gula-gula. Jika diabaikan, nescaya sukar untuk kita mencapai negara mentaliti kelas pertama.
BalasPadamdari Minda Insan, Terima kasih.
b a m b a m ' s : Bertindak tanpa berfikir. Begitu la jadinya.
BalasPadamFakhrul1409 : Benda dah berlalu. Jadikan iktibar buat semua.
atie aizam : Kat mana ye lokasi anda?
YAYA AZURA : Ada peragut ke? First time guna jejantas tu. hihi.
Follow yaya 303 :)
Hanis Azla : Kebersihan tanggungjawab bersama. Ila sokong :)
Firdaus Kasim : Blog anda bersih. Hihi :)
BalasPadamPuanbee : Buang sampah masyarakat tu dalam tong sampah boleh?
Farid bin Aspar : InsyaAllah jika semua sedar tentang tanggungjawab, kita semua akan berjaya.
nyawa dipertaruhakn demi menegakkan kebenaran . semoga roh pakcik ni , ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman . kebersihan itu , sebahagian dari iman .
BalasPadamAnda ada masalah programming ?
lets make the world better place to live in.
BalasPadamno littering..
:D
ya Allah...ade jgk kes cmni...mcm ni la bile manusia da hilang kewarasan pemikiran dan bertindak mengikut nafsu...huhuh...minta jauhkanla...amin...
BalasPadamada plak yg sggp buat cm tue! mmg x berhati perut. huhu..
BalasPadammemang tragis..kalau nak diceritakan pasal sampah..memang banyak..tak paham pon ade kadang tu bila senang-senang hati je orang nak buang sampah merate..macamlah susah sangat nak buang dlm tong sampah..adui..
BalasPadam