Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan
terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada
bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"
Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.
"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya.
Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang
kita sedang mengejar masa!"
"Bagus!"
Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.
"Kenapa bagus?".
"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu.
Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini
berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen
empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria.
Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup
masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya
terlebih dahulu."
Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!"
Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi
kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa
sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita,
fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!
Kalaulah ramai yg amal positive thinking mcm ni, kan bagus. Kurang lah stress.
BalasPadamBaguss!
BalasPadam