Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"
Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"
Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"
"Belajar sungguh-sungguh!"
"Jaga hati!"
"Pakai topi keledar!''
Maka kata si guru,
"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia
yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk
diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri
kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat
diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."
Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi
kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur
dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.
Kenapa?
Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan
kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan
iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.
0 comments:
Catat Ulasan