Selasa, 29 November 2011

Uji Sebab Sayang

"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,  airnya cantik membiru dan penuh dengan  ketenangan. 



Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.

Begitu juga dengan kehidupan manusia,  riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.


Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu."

Hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih, berduka dan menangis. Jadinya gembiralah selalu. Doa selalu. Tanda kehambaan kita pada Allah SWT. Kalau kita tak dapat apa yang kita harapkan, ucapkanlah alhamdulillah juga. Katakan pada hati... "Ini jalan terbaik dari-MU untukku".
 
Maka dengan itu, kita akan sentiasa bersyukur dan gembira selalu dalam menjalani hari-hari mendatang. Bila kita mensyukuri segala nikmatNYA, hati pasti tenang, dan senyuman pun akan mudah terukir.

~ALLAH UJI SEBAB ALLAH SAYANG KITA!

0 comments:

Catat Ulasan