Rabu, 1 Jun 2011

Bisnes melalui blog

Assalamualaikum,

Pernahkah anda terfikir, blog mampu menghasilkan pendapatan untuk anda? Tak kira samada pendapatan itu kecil atau besar. Atau mungkin boleh dijadikan pekerjaan sambilan mahupun sepenuh masa.

Salah satu perniagaan yang boleh anda jalankan seperti menjual produk digital atau produk fizikal. Blog mempunyai potensi yang besar sebagai tempat untuk anda menjual produk sendiri. Sekiranya anda mempunyai produk untuk dijual, anda boleh menggunakan blog anda sebagai tempat menjual produk tersebut.

Kali ini, jom kita berkongsi kejayaan Pn. Zuriana menjalankan perniagaan melalui blog secara sampingan yang telah berjaya menjana pendapatan.

Selain beg tangan wanita, Begalicious Frenzy turut menjual barangan berjenama lain seperti dompet, cermin mata dan jam tangan.

Selain itu, Koleksi Aksesori Wanita pula menjual pelbagai aksesori wanita seperti rantai tangan dan gelang tangan, rantai leher, loket, anting-anting dan lain-lain.



Perkembangan teknologi pada hari ini banyak membantu kita untuk mendapatkan pelbagai jenis produk hanya di hujung jari mengikut citarasa.

Selain produk fizikal, produk digital juga tidak kurang hebatnya.  Saudara Faizal Syukri @ Peja telah menjana pendapatan melalui penulisan ebook. Berbekalkan pengalaman sendiri menjual dadih secara sambilan dan menjana pendapatan mencecah RM1k sebulan beliau berjaya menghasilkan ebook sendiri. Ebook "Rahsia dadih: Kegemaran dan Pendapatan" yang telah dilancarkan tahun lalu mendapat sambutan.  Jualan masih dibuka sehingga kini. http://rahsiadadih.com/


p/s: Kawan-kawan, jom rebut peluang! Nak bisnes apa ye?

0 comments:

Catat Ulasan