Masa usia setahun, ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan. Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke tadika. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit, "Tak mahu! Tak mahu!"
Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah. Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.
Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti, kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,..."itu bukan urusan ibu"
Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya. Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,..."itu dulu,sekarang zaman moden". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, "kami sibuk...tak ada masa nak datang". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari... kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu... Linangan air mata terus mengalir kedukaan dan penyesalan...
p/s : Kasih ibu kepada anaknya tak terbatas...pengorbanan ibu jika dihitung takkan terbalas oleh seorang yang bergelar anak. Begitulah juga kasih seorang bapa kepada kita. Renungilah setiap pengorbanan mereka, dan belajarlah berterima kasih kepada mereka seikhlas hati kita.
Kenangilah jasa dan pengorbanan mereka itu. Kasihanilah mereka di hari tua. Ingatilah perantauan mereka di alam barzakh. Hulurkanlah bakti kepada mereka sepanjang masa. Mudah-mudahan hari tua mereka dipenuhi kegembiraan, alam barzakh mereka dipenuhi ketenangan dan dipermudahkan Allah kepada mereka untuk memasuki syurga-Nya pada hari akhirat.
Mudah-mudahan juga, Allah meredhai kita disebabkan jasa bakti tersebut dan kita mendapat bakti yang sama daripada anak-anak kita kelak.
Ukuran: 5.5 X 8 inci
Muka surat: 250 halaman bercetak
Harga: RM23.00
Kos penghantaran PERCUMA
Cara Pembelian
1.Buat pembayaran kepada salah satu akaun berikut:
***Bagi yang membuat bayaran melalui mesin deposit tunai, buat bayaran RM30 dan saya akan mengembalikan semula baki wang ke akaun anda.
Bank
|
Pemilik Akaun
|
No Akaun
|
Maybank
|
FSM SisMel Enterprise
|
563082003144
|
CIMB
|
Faizal Syukri Mohamad
|
13080000328203
|
Bank Islam
|
Faizal Syukri Mohamad
|
13044020056275
|
RHB
|
Azila Mohamed
|
11807600010152
|
BSN
|
Azila Mohamed
|
11200410000689
|
***Bagi yang membuat bayaran melalui mesin deposit tunai, buat bayaran RM30 dan saya akan mengembalikan semula baki wang ke akaun anda.
2.Selepas bayaran dibuat, sila emailkan kepada general@sismel.com.my maklumat berikut:
- Nama
- Email
- No. Telefon
- Alamat penghantaran
- Nama bank
- Tarikh bayaran
- Masa bayaran
- No akaun & jenis bank untuk pengembalian baki (jika ada).
- Nama
- No. Telefon
- Alamat penghantaran
- Nama bank
- Tarikh bayaran
- Masa bayaran
- No akaun & jenis bank untuk pengembalian baki (jika ada).
Penghantaran akan dibuat dalam masa 48 jam masa bekerja selepas
pengesahan bayaran dilakukan.
pengesahan bayaran dilakukan.
"Adakah RM23.00 mahal bagi sebuah buku?
Berapakah kos sekali anda membawa anak anda makan di KFC atau restoran?
Berapakah kos bil telefon anda dalam masa sebulan?
Berapakah kos sehelai baju/tudung anda?
Berapakah kos surat khabar anda sebulan?
Berapakah kos Majalah/komik anda sebulan?
Berapakah kos bil telefon anda dalam masa sebulan?
Berapakah kos sehelai baju/tudung anda?
Berapakah kos surat khabar anda sebulan?
Berapakah kos Majalah/komik anda sebulan?
Semuanya hampir atau melebihi RM23.00 tetapi manfaatnya hanya untuk masa yang pendek sahaja. Tetapi RM23.00 untuk buku Nasihat Kepada Anak Berkenaan Ibu Bapa akan memberikan manfaat sampai bila-bila kepada anda. InsyaAllah manfaatnya akan sampai kepada kita walaupun kita telah tiada di dunia ini jika anak kita mengamalkan nasihat yang terkandung di dalamnya."
-------------------------------------
FSM SISMEL ENTERPRISE
15-9, PAKR Sungai Kerak,
21600 Marang, Terengganu
Tel: 012-901 9697
15-9, PAKR Sungai Kerak,
21600 Marang, Terengganu
Tel: 012-901 9697
-------------------------------------
Kadang2 kita tak sedar, tapi itulah yang selalu tjadi pada kita...
BalasPadamjika betul cara didikan ibu tersebut dari kecik. insyaAllah si anak akan menjadi seorang yang baik.
BalasPadamkena sentiasa bermuhasabah. perbaiki diri dari awal sebelum menjadi ibu. perangai dan tingkah laku kita kelak akan ditiru oleh anak kita.
wallahualam~
sumpah ! sedih baca entry ni .. n teringat kat mak n salah yg dah buat kat mak ..
BalasPadam@cik kiwi's - jgn salahkan didikan ibu bapa sbb kdg ibubapa mendidik dgn baik cme kita sendiri yg degil .. take note please ..
entri yg baik---alhamdulillah mumme dikurniakan ibubapa yg sgt memahami kesibukan hidup kami sekeluarga...walau jauh di mata,sentiasa berhubungan di telefon...itulah realiti yg perlu diterima di zaman ini...sama2 mencari solusi ke arah kebaikan bersama...
BalasPadam=) thanks sbb ingatkan kitorang .
BalasPadamibu kau ratu hatiku
BalasPadamitulah ibu.. kasih ibu tanpa batasan..
BalasPadamkata bang IWANFALS
BalasPadam"ribuan kilo jalan yang kau tempuh lewati rintang untuk aku anakmu"
"ibu ku sayang... dan ibu adalah surga :)
memikirkan dan mengenangkan pengorbanan hebat seorang ibu, ketabahan & kecekalan seorang ibu, seharusnya membawa kita kepada Pencipta Sang Ibu...
BalasPadambetapa Dia mencipta sesorang yg hebat dlm hidup kita, supaya kita belajar erti syukur, belajar erti sabar & belajar mengenal diri kita...
Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar...
dan ingatlah, sehebat mana pun sayangnya seorang ibu, Maha Hebat lagi Sayang Allah pada hamba-Nya, yang mengurniakan seorang ibu untuk kita...
Alhamdulillah..... Alhamdulillah....