Selasa, 4 Oktober 2011

Budak Kecil Bersama Sepohon Pokok Rambutan

Assalamualaikum WBT,

Satu cerita yang menarik untuk tatapan dan pemahaman kita bersama.

Suatu masa dahulu, terdapat sepohon pokok rambutan. Ada seorang budak kecil yang amat sukakan pokok itu. Setiap hari dia pasti akan bermain dengan pokok itu, memanjatnya dan sering terlelap di bawah bayangan pokok tersebut. Budak tersebut amat sayangkan pokok itu dan begitulah sebaliknya. Masa terus berlalu... budak itu semakin dewasa dan tidak lagi bermain dengan pokok rambutan itu.


Suatu hari, budak itu pergi ke pokok tersebut dan kelihatan amat sedih. "Marilah bermain dengan ku," kata pokok tersebut. "Saya bukan budak kecil lagi. Saya tidak lagi bermain dengan pokok," balas budak tersebut. "Saya inginkan alat permainan. Saya perlukan duit untuk membeli alat permainan tersebut," kata budak tersebut. "Maaf. Saya tidak ada duit. Tapi kalau anda mengambil buah rambutan saya dan menjualnya, anda akan dapat duit tersebut untuk membeli mainan anda." Budak tersebut menjadi gembira dan terus memetik semua rambutan dan terus berlalu.


Budak tersebut tidak lagi kembali selepas itu. Ini menjadikan pokok rambutan tersebut amat sedih. Suatu hari, budak tersebut datang kembali. "Marilah bermain dengan ku," ajak pokok tersebut. "Saya tak ada masa nak bermain. Saya kena bekerja untuk menyara keluarga ku. Kami memerlukan sebuah rumah untuk berteduh. Bolehkah anda membantu kami?" tanya budak tersebut. "Maaf. Saya tidak mempunyai rumah. Tetapi anda boleh menebang dahan saya untuk membina rumah tersebut." Budak tersebut menjadi amat gembira dan terus menebang dahan pokok tersebut dan berlalu.

Suatu hari, budak tersebut datang semula. "Marilah bermain dengan ku," ajak pokok itu. "Saya amat sedih kerana sudah semakin tua. Saya ingin belayar untuk menenangkan fikiran ku. Bolehkah kau berikan aku sebuah bot." "Gunakan batang ku untuk membina bot tersebut. Belayarlah dan bergembiralah." Dengan gembira budak tersebut menebang pokok tersebut untuk dijadikan bot dan terus berlalu.

Suatu hari, budak tersebut datang kembali. "Maaf budak kesayangan ku. Aku sudah tiada apa-apa untuk diberikan. Tiada lagi buah rambutan... ," kata pokok tersebut. "Aku sudah tiada gigi untuk mengigit," balas budak itu. "Tiada dahan untuk kau berpaut lagi." "Saya sudah terlalu tua untuk memanjat."


"Saya sudah tiada apa untuk diberikan melainkan akar ku yang semakin mati," kata pokok tersebut sambil menangis. "Saya tak perlukan semua itu sekarang. Saya cuma perlukan tempat untuk berehat," jawab budak tersebut. "Baguslah. Marilah duduk bersama ku dan berehat," kata pokok tersebut.

KESIMPULANNYA:
Ini adalah satu cerita mengenai setiap orang dari kita. Pokok tersebut adalah ibubapa kita. Apabila kita kecil, kita suka bermain dengan ibu dan ayah. Bila kita dewasa, kita tinggalkan mereka dan hanya akan kembali apabila kita ada masalah atau perlukan sesuatu dari mereka. Dalam keadaan apa sekalipun, ibubapa kita akan sentiasa berada di sana untuk menggembirakan kita. Anda mungkin merasa yang budak tersebut berkelakuan kejam terhadap pokok tersebut. Tapi hakikatnya, begitulah cara kita melayan ibubapa kita. Hargailah dan sayangilah ibubapa anda... sebelum ianya terlewat.

>> Buku Nasihat Kepada Anak Berkenaan Ibubapa >> DI SINI

p/s: Alhamdulillah, dah 5 hari cuti di kampung. Seronoknye...Esok kerja lah pulak :D

0 comments:

Catat Ulasan