Rabu, 16 November 2011

Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.


Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna merah kerana menggunakan campuran pulut hitam.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Di Johor dan sesetengah daerah di Pahang seperti Raub, Pekan, Temerloh dan Kuantan, terdapat juga versi-versi Nasi dagang yang menggunakan kuah laksa sebagai kuah pilihan. ~Sumber: Wikipedia

************************
 Untuk Tempahan:
************************
SMS / Whatsapp 0146069996

















10 comments:

  1. pehhh!!!! memang terbaik laaaa nasi dagang yg sy pernah makan kat pasar payang, SEDAP !!!!!!

    BalasPadam
  2. pernah sbb sya sendiri org terengganu. hehehe.

    BalasPadam
  3. sedapnyaaaaaaa..!!nyum2..terliur :)

    BalasPadam
  4. mmg sedap nasi dagang. terbaik. :)
    i love nasi dagang.
    follow back blog sy.

    BalasPadam
  5. teringin nak makan nasi dagang... mesti sedapkan....

    BalasPadam
  6. Ingin menikmati keenakan, keunikan dan keaslian Nasi Dagang Terengganu?

    Harga: RM3.00 / pinggan (Harga PROMOSI)

    Kini anda boleh mendapatkannya di Restoren Tranung Kite (Dimiliki oleh Selera Ganu Catering). Dapatkan segera di kedai makan kami di alamat Restoren PahYus (Signboard tak tukar lagi), VG12, Jalan Plumbum V 7/V, Pusat Komersil Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

    ** Sedia menerima tempahan nasi dagang **

    Waktu operasi: 8.00pagi - 12.00 tengah malam.

    8.00pagi - 12.00tgh hari: Makanan pagi (nasi dagang & nasi lemak)
    11.00tgh hari - 4.00ptg: Nasi berlauk.
    4.00ptg - 12.00 tgh mlm: Masakan panas.

    BalasPadam
  7. wah nampak menyelerakan la tapi xberapa suka sgt nasi dagang...tapi suka meratah lauknya..nampak sedap je gulai ikan tu...

    BalasPadam
  8. serius xleh masok nasi dage dlm mulut...uhuh

    BalasPadam