Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Isnin, 26 September 2011

Khasiat Barli dan Tips Memutihkan Wajah Menggunakan Barli

 Assalamualaikum W.B.T,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya. Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.

Selasa, 20 September 2011

Seorang Ibu

Masa usia setahun, ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan. Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke tadika. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit, "Tak mahu! Tak mahu!"

Khamis, 15 September 2011

Buah-buahan

Assalamualaikum WBT,

Selamat malam semua? Ada satu cerita Buah-buahan ni versi Terengganu. Pada suatu hari... jeng jeng jeng!

Seorang adik yang agak sengau bertanya kepada abangnya yang baru  habis blajar kat universiti.

adik     : nbang, nalau nung nandai cu nung neri 10 nenis nbuah nmula nhuruf  "N"

abang   :okey , boleh aje, nenas,nangka,nona....(lama terfikir abang dia dah naik bosan nak melayan karenah adiknya yang pra siuman tu.

abang   : malaslah dik, abang tak tahulah. (muka dah separuh blur...)

adik     : nung ni nbang namanya nbaru nkeluar U, nbodoh nungguh nmung ni.

abang   : amboi amboi, sedap kate ke aku yek.. kalau adik pandai sangat. Acu kabor ke abang nama buah hok mula huruf  "N". Doh bijak sangat :P

adik     : nukan nusah npung. nung ndengar erk..nunian, nanggis, nangsat, nuku, nambai, nelapa, netik, nongkong, nambutan, nambu. Nandai dok aku nbang..(sambil tersengih)

Abang menepuk dahinya sambil menggeleng kepala. Terlupa pulak dia yang adiknya tu dah tahap kronik sengaunya...

Moral     : Bukan abang je pandai, adik lagi pandai tau!

Sabtu, 10 September 2011

Kelebihan Solat & Solat Awal Waktu

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya.  Solat itu tiang agama, solat adalah amalan pertama yang akan disoal.

Rasulullah S.A.W bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim.

Jumaat, 2 September 2011

Selamat Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2011

Assalamualaikum WBT,

Selamat Hari Raya Aidilfitri... 30  & 31 Ogos 2011

Selamat Hari Kemerdekaan ke-54... 31 Ogos 2011















Selamat Hari Lahir ke-13... Nor Azlin (adikku sayang), 1 September 2011
.
.
.
Selamat Bekerja
.
.
.
.

Selamat Hari Malaysia... 16 September 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia biasanya disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Namun sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 pada tahun 2011 ini akan ditunda kepada tarikh 16 September yang diadakan serentak dengan Hari Malaysia.

Semoga kita dapat menikmati keamanan dan kemakmuran dan hidup aman damai di bumi Malaysia.



>> Promosi Jualan Aksesori Wanita dilanjutkan sehingga 16 September 2011.  Jika berminat, anda boleh jenguk di SINI.