Jumaat, 5 Ogos 2011

UJIAN ALLAH S.W.T

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.  Ila  dah 5 hari demam ni... hidup ini tidak sempurna tanpa ujian dari ALLAH S.W.T.

"Solehah women smile in times of trouble, gather strength from doa, and grow braver by istighfar and solat"

YA ALLAH jadikan seluruh hidupku menjadi satu ibadat berterusan kepadamu YA ALLAH, masukkan kebesaranMu ke dalam diri hamba mu ini yang serba lemah dan keluarkanlah kebesaran makhluk yang ada dalam diri hamba yang lemah...



Fitrah kehidupan sebagai hamba, akan dihujani pelbagai ujian, persoalannya sejauh mana kita menerima ujian tersebut sebagai tarbiyah berterusan dalam diri. Bila mula-mula diturunkan ujian kadang-kadang kita cepat sedar. Contoh, dalam bentuk kesusahan sesuatu yang berat untuk dihadapi, tapi kadang-kadang juga kita langsung tak sedar bila mana Allah turunkan ujian tersebut dalam bentuk kesenangan atau nikmat seperti harta kekayaan, kemewahan dan yang sewaktu dengannya. Ingatlah bahawasanya Allah tidak membebankan kita sesuatu yang tidak mampu kita hadapi (SURAH AL_BAQARAH AYAT 284-286) dan satu ayat surah AL-ANKABUT AYAT 2 : yang bermaksud- apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan " kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?

Ujian adalah sebahagian dalam kehidupan kita dengan adanya ujian, menjadikan kehidupan kita lebih bermakna bagi orang-orang yang mahu menggunakan ujian tersebut sebagai batu loncatan atau peluang untuk menjadi hamba yang lebih taqwa/baik di masa akan datang. Sentiasalah bersangka baik terhadap Allah S.W.T. Moga-moga Allah S.W.T memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangNYA. IsyaAllah setelah kesulitan pasti ada kemudahan, terutamanya di dalam kesusahan terdapat kemudahan. Surah AL-Insyirah ayat 5-6 : yang bermaksud maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Banyakkan bersabar kerana sesungguhnya bersabar itu sesuatu yang INDAH.


p/s: Kawan-kawan, doakan ila cepat sembuh yer :D

0 comments:

Catat Ulasan