Isnin, 1 Ogos 2011

Puasa & Kesihatan

 Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.


Kebaikan Puasa dari Sudut Sains

Cuba kita perhatikan cara dan kerenah orang berbuka puasa setelah seharian berpuasa. Cara kanak-kanak berbeza dengan dewasa manakala lelaki berbeza dengan wanita.

Ada yang makan beberapa biji kurma dan meminum segelas air. Selepas itu baru menjamah makanan ringan seperti kuih-muih. Setelah berehat seketika, mereka menunaikan solat Maghrib sebelum sambung semula makan hingga kenyang.

Tetapi ada meminum satu atau dua gelas air dan memasukkan semua lauk dalam satu pinggan dan memakannya hingga kenyang. Adakah cara itu yang digalakkan dalam Islam dan bagaimana pula kaitan puasa dari segi kesihatan?

Sebenarnya, pakar perubatan turut mengakui berpuasa mampu menjana kesihatan lebih baik kepada manusia.

Ini kerana beberapa perkara akan berlaku disebabkan berpuasa dan ia cukup baik untuk kesihatan seperti pembuangan toksik serta bahan buangan.

Toksik dan bahan buangan itu dikeluarkan melalui nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau, dan mungkin juga kerap kencing serta buang air besar selepas beberapa hari berpuasa.

Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?

* Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
* Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
* Asid-asid lemak trans.
* Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus. 
* Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
* Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
* Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
* Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
* Kolesterol berlebihan. 

 Apa kesannya?

* Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
* Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat.
* Sistem saraf diseimbangkan.
* Paras tenaga dipertingkatkan.
* Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
* Biokimia selular diharmonikan.
* Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
* Lebih mudah bergerak.
* Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
* Sistem digestif direhatkan.


Cara Berpuasa Yang Tidak Berkesan

Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya:

* Makan terlalu banyak samada pada waktu sahur atau berbuka
* Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah dihadam.
* Memakan terlalu banyak daging binatang terutama bagi mereka yang mengidap batu karang, gout, allergi.
* Suka mengulangi makanan sepanjang malam.
* Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
* Tidur selepas makan (perut kenyang)
* Minum terlalu banyak kopi atau teh.

Puasa yang berjaya adalah puasa yang diamalkan mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. Puasa yang berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik. Kunci bagi kejayaan puasa ialah kawalan yang baik semasa berbuka dan bersahur.

Cadangan semasa berbuka ialah memakan makanan yang senang hadam, yang mengandungi banyak serat dan dalam kadar yang sederhana. Amalan Rasulullah s.a.w. memakan buah tamar semasa berbuka adalah baik sebab tamar mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi di samping mengandungi asid amino - diantaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.
Lain-lain untuk dikongsi :D
Mula Niaga - Panduan Lengkap persediaan memulakan PERNIAGAAN.
Susu Lebah - KHAS untuk pesakit kronik dan individu yang inginkan KESIHATAN yang lebih baik.
Aksesori Wanita - CANTIK, MURAH& BERGAYA.
Perfume BARU! - Satu-satunya minyak wangi Perancis yang disahkan HALAL oleh JAKIM.
Rahsia Buat Dadih Segar - Juadah ISTIMEWA berbuka puasa dan Jana Pendapatan melaluinya.
Pesanan Penting! - Kenangilah jasa dan PENGORBANAN mereka. Kasihanilah mereka di hari tua. 
KURMA dengan aprikot dan badam - The best delicacy for the month of Ramadhan.
Biskut dan KEK ISTIMEWA - Istimewa RAYA!!!

1 comments: