Selasa, 29 Mac 2011

Kenapa anda perlukan blog?

Assalamualaikum dan Selamat Malam.

Antara jutaan blog di internet, blog peribadi adalah blog yang paling banyak dibina di seluruh dunia. Anda perlu mempunyai blog mungkin kerana anda mempunyai tekanan emosi. Sebuah blog untuk anda meluahkan perasan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan cara ini, tekanan yang dihadapi akan berkurangan apabila kenalan di  talian memberi kata-kata peransang dan semangat. Anda akan berfikir ke arah yang lebih positif dalam menyelesaikan masalah anda.

Anda boleh menulis perkara yang berlaku pada diri sendiri dan persekitaran. Setiap peristiwa yang berlaku dicatatkan. Perkara-perkara menarik yang berlaku dapat dijadikan kenangan suatu hari nanti. Blog merupakan diari terkini yang mudah dan moden. Blog boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang telah anda lalui dan perancangan masa depan agar lebih teratur dan sistematik. Blog juga memberi ruang kepada anda menempatkan hasil kerja atau bakat anda.


Sesetengah blogger akan menghantar pos berkaitan dengan kerja yang mereka lakukan atau tentang minat mereka.  Apabila anda ingin memohon kerja, anda boleh terus menghantar maklumat peribadi berserta salinan kerja anda kepada syarikat berkenaan melalui emel kerana lebih pantas dan menjimatkan masa. Anda berpeluang mendapat pekerjaan yang baik atau kerja sampingan untuk menambah sumber pendapatan dan peluang mewujudkan perniagaan.

Kita boleh berhubung dengan rakan-rakan lama atau kenalan baru yang juga mempunyai blog dan mengikuti perkembangan mereka secara maya. Maka rantaian rakan-rakan ini tidak akan terputus dan lebih berkembang hari demi hari. Dengan berblog, kita diuji membalas komen dengan hujahan yang baik. Kita perlu bijak mengawal emosi dan tenang mempertahankan pendapat. Secara tidak lansung kita mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi.

Blog juga adalah tempat perkongsian ilmu. Tidak kira samada kita yang memerlukan pengetahuan atau kita menyampaikan ilmu kepada orang lain. Menyampaikan ilmu itu satu perkara yang baik. Maka tidak rugi anda berblog.




Blog juga boleh mendatangkan duit. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga. Terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog. Anda boleh menyertai program pengiklanan di mana mereka memberikan anda komisen dan pelbagai cara lain.


Jom sama-sama kita kongsi ilmu. Kenapa anda berblog?

29 comments:

  1. Salam ..yezza ! sy setuju sgt2 lah..hehe.Lagi2 bab tekanan emosi tu ^^

    BalasPadam
  2. jom join contest cik nisa
    http://wwwsweetypinky.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. salam ziarah nice blog su manje dtg untuk salam perkenalan semoga dapat dijalain dikalangan blogger....sumanje blogger baru/

    BalasPadam
  4. salam ziarah...dh bace entry ni..
    sy setuju tang duit tu..hahah
    sy wat blog pun tujuan nye mcm yg first awk ckp tu..just untuk meluahkan perasaan..huhu
    tapi lame2 cam jdi seronok berblogging walaupun kdang2 xde mase nak bw g blog2 laen n update entry baru yg best2..hehehe

    BalasPadam
  5. apa pun yang kita buat perlulah berserta dengan niat yg baik semata-mata kerana Allah.

    sharing info, pengalaman, resepi dll yg +ve amatlah baik asal jangan keterlaluan sehingga mengurangi tuntutan yang lain.

    macam terapi jugak kan!

    BalasPadam
  6. saya bblogging sbb sy ingin sharing kepada masyarat umum mengenai dunia IT... jgn kita mundur ke blakang, seelok nya kita tmbah ilmu pgetahuan utk masa akn dtg... :)

    Http://neozshareitworlds.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. mcm2 sebab kenapa kita menulis belog. mcm ijah sbb ijah nk share segala jenis cherita and lagi satu bila tertekan , bila dpt menulis rasa macm lega aje. tak kisah la ada org baca ke tidak , ada org komen ke tidak :) yg penting kita puas hati :)

    BalasPadam
  8. Novelgurl : Wslm. Emosi "tak de mende". OK la tu...

    Anis Anisa : Tak dapat nak join la. Kena beli skirt labuh dulu :)

    sumanje : Jemput datang. Salam perkenalan.

    BalasPadam
  9. shah : Tak patut, tak patut. Hihi. Gurau je :)

    CikNiza : Masa terluang dapat digunakan sebaiknya. Sambil dapat ilmu.

    ctpayong : Betul tu. Berpada-pada dalam melakukan sesuatu perkara.

    SiLabiLabi : InsyaAllah. Semoga mendapat keberkatan.

    BalasPadam
  10. Neoz_ThE_hELpeR : Perkongsian ilmu yang menarik.

    nub :)

    Ijah EmoTemo : Jangan risau, ila baca. Hehe :)

    BalasPadam
  11. sy buka blog hanya untuk berkongsi pengetahuan dan atas permintaan kawan2 tentang apa yang saya konsikan seperti yang anda lihat di blog saya

    Hilangkan Arrows Icon shortcut pada desktop - 7Short Remover

    BalasPadam
  12. semua tu saya setuju!!! tapi kalau duit tu...entah...sebab belum dpt duit lagi...hahahhaa

    BalasPadam
  13. Assalam...

    Setiap dari blogger mempunyai tujuan yg berbeza..
    Pernah terbitkan entry yg sama dahulu

    http://ozzy2u.blogspot.com/2010/06/setelah-beberapa-lama-bina-blog-aku.html

    BalasPadam
  14. hahaha..
    xpenah pk pon nape..
    rase mcm da kebesean nk tulih kat blog neh..
    =)

    BalasPadam
  15. sokong sangat ! lagipun , bila berblog satu pengalaman baru kita akan dapat . bagi sy , orang yang berblog ni mempunyai kelebihan sedikit . celik IT !!

    Jom Singgah

    BalasPadam
  16. salam....
    berblog...sekadar suka-suka

    BalasPadam
  17. hai ila.. betul kata ila tentang blogging nih... akak pada mulanyer blogging untuk mengisi masa kosong tapi makin lama menulis makin minat dan suka.. now i have an online shop too besides my hobby to blog..

    cool topic. keep intouch dear.

    BalasPadam
  18. pd mulanya blog dibuat untuk luahan mslh
    tapi kini sy suka lebih kebebasan sebb kdg2 org menyampah bc perihal hidup kita.
    blog yg bermaklumat juga paling ke hadapan sekarang nie

    BalasPadam
  19. salam..

    perlu blog sebagai catatan diari hidup saya..

    **nice entri..

    BalasPadam
  20. Kalau TP, blog adalah untuk berkongsi info dan apa saja (kecuali duit).
    tapi terpulang pada individu bagaimana nak menggunakannya secara berhemah atau sebaliknya.

    BalasPadam
  21. btol. setuju. tp sbaik2 nye bia ikhlas tulis blog. baru dpt hasil kan penulisan berkualiti.

    BalasPadam
  22. Salam tuan blog,
    Saya berblog untuk menyampaikan kebenaran mengenai Politik Malaysia..yang telah dimanupulasi pihak2 yang berkepentingan dengan menggunakan media seperti TV1,TV2,TV3 dll .....

    BalasPadam
  23. Blog bisa dijadikan sebuah hobby yg menyenagkan

    BalasPadam
  24. aku tulis blog suka2 ja... isi masa lapang.. lagi satu ialah untuk tengok apa yg org lain tulis gak.. tah la xda plak tujuan specific aku tulis blog... maybe blog aku blog peribadi gak kot =p=p

    BalasPadam
  25. saya kategori yang untuk mengetahui perkembangn rakan2 tu..

    BalasPadam
  26. owh...sy lak tulis blog sebab suke2 jew..
    nak harapkan nufnag,...
    mmg xdpat la..:P



    JOM jengah blog saya... Satu lagi beban dah selesai(http://sheypull.blogspot.com)

    BalasPadam