Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Rabu, 8 Disember 2010

Hijrah: Persiapan Diri Menuju Alaf Baru

Oleh:Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah Panel Penulis JAKIM. Awal Muharram sekali lagi menyingkap tirai dan mengimbau perjuangan agung Rasulullah s.a.w. menghadapi kebejatan jahiliah dan kemelut permasalahan yang tidak berkesudahan. Ia sekaligus membuka satu lembaran baru dalam sejarah kemerdekaan sejati bagi umat Islam daripada belenggu jahiliah dalam pelbagai aspek kehidupan....

Rabu, 17 November 2010

Selamat Hari Raya Idul Adha

Bagi penganut beragama Islam tentunya setiap tahunnya merayakan hari raya qurban atau hari raya idul adha, tapi sebenarnya adakah kawan-kawan tahu di awal adanya hari raya idul adha dahulu? Berikut ini kisahnya...Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.Maka berbincanglah...

Khamis, 14 Oktober 2010

Kasih sikecil

Assalamualaikum, Hari ni cuaca mendung...sejuknyeee. Tapi jangan pula nak tidur aje. Jom baca kisah sikecil ni, ada juga manfaatnya. Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu...

Sabtu, 9 Oktober 2010

Belajar dari Semut

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Pagi ni ila nak kongsi cerita yang pernah ila baca, perihal komunikasi yang pernah berlaku antara seekor semut dengan nabi Sulaiman. Begini ceritanya… Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya...

Rabu, 6 Oktober 2010

Di sebalik air mata wanita

Assalamualaikum... Selamat malam. Renung-renungkan lah..."Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan...

Ahad, 3 Oktober 2010

Jaga Kesihatan

Assalamualaikum... Wow...Lama ila bercuti. Cuti-cuti Malaysia. Haha. Apa khabar semua? Diharapkan semua sihat dan ceria. Ila agak sibuk kebelakangan ni. Terpaksa berulang alik dari Bachok-KT. Mak mertua ila berada kat wad Hospital Sultanah Nur Zahirah.Hari ni dah 11 hari masuk wad. Mak dah semakin sihat selepas pembedahan minggu lepas. Alhamdulillah, Kalau semuanya ok, petang ni InsyaAllah boleh la pulang ke rumah. Ila bersyukur...

Rabu, 8 September 2010

Jom Balik Kampung

Assalamualaikum...Selamat hari rabu...hehehe. Alhamdulillah, ila dah selamat sampai kampung. Seronoknyeeeeeee :)Kepada kawan-kawan, berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat, ingatlah orang yang tersaya...

Selasa, 7 September 2010

Episod Baju Raya

Selamat malam semua...Apa khabar hari ni? Semoga kawan-kawan sentiasa dalam keadaan baik. Dah dekat nak raya ni. Kawan-kawan dah beli baju raya ke?Baju raya ila biasanya mak yang jahit, tapi tahun ni mak tak dapat jahit. Jari mak ila patah akibat terjatuh hari tu(seminggu sebelum puasa). Ila dan adik-adik beli yang dah siap je. Baju adik (lin & lini) terlampau labuh, ila terpaksa potong dan jahit semula. Alhamdulillah, dah siap.Haa...ni baju...

Ahad, 5 September 2010

Agar-agar koktel

Assalamualaikum...Kawan-kawan beli juadah apa ye untuk berbuka puasa petang ni? Atau buat sendiri aje? Hari ni ila nak kongsi ngan kawan-kawan satu menu yang memang menjadi kegemaran ila. Kawan-kawan boleh la cuba nanti. Biasanya hari raya pun, ila buat agar-agar koktel ni.Bahan-bahan:1 bungkus agar-agar (35gm)5 gelas air¾ gelas susu pekat1 gelas susu cair1 gelas gula1 tin besar koktelCara membuatnya:Masak agar-agar bersama sukatan air yang diperlukan...

Sabtu, 4 September 2010

Anda suka dadih?

Dadih merupakan sejenis makanan yang enak, lazat, segar dan lemak manis. Suatu ketika dulu, ila tak suka dadih. Waktu tu, ila fikir dadih ni hanya rasa susu. Almaklumlah ila tak suka susu. Bila sebut dadih...memang tak nak. Tapi ianya telah berubah...masa dah berlalu...Suatu hari, ila cuba buat dadih. Ni sebab suami ila yang tersayang la ni...nak makan dadih. Akhirnya, ila juga cuba makan dadih. Hahaha, buatan sendiri. Yakin la dijamin halal. Sendiri...

Selamat Hari Raya AidilFitri

Kehadapan sahabat-sahabat ila yang dikasihi, semoga kalian berada dalam keadaan sihat setelah kita menjalani ibadah puasa dan tibalah Syawal yang kan menjelma...Selamat Hari Raya ila ucapkan dengan sepotong doa kepada Ilahi, semoga kad pengganti diri mengeratkan silaturahim antara kita...Selamat Hari Raya AidilFitri... Maaf Zahir dan Ba...