Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Rabu, 30 April 2014

Lahirnya Seorang Putera : Hadiah Ulangtahun Perkahwinan

Tanggal 12/03/2014 jam 8.07malam, lahirlah seorang putera iaitu Alif Haikal Bin Faizal Syukri =)
Wahai Alif Haikal Bin Faizal Syukri,
Alif Haikal putera hati abah dan umi...
Alif Haikal penawar hati dan duka kami...
Hampir 4 tahun abah dan umi menanti...
Kami tidak tahu selama mana Alif Haikal bersama kami...
Mungkin abah dulu dijemput Ilahi...
Mungkin umi dulu dijemput Ilahi...
Mungkin juga Alif Haikal dulu dijemput Ilahi...
Kita semua adalah pinjaman dan bila-bila masa kembali.

Abah dan umi mahu Alif Haikal menjadi seorang pejuang Islam bila sampai masanya...
Abah dan umi ingin lihat Alif Haikal menjadi orang yang berguna...
Bukan kemewahan, bukan pangkat, bukan harta ukuran sebenar di dunia...
Kalau dapat semua tu, semoga ianya di bawah kawalan agama...
Paling penting, doa dan amalan Alif Haikal tika abah dan umi selepas kami tiada...
Semoga Alif Haikal dizinkan Allah sebagai pemberi syafaat kepada abah umi di akhirat sana...

Selamat datang Alif Haikal Bin Faizal Syukri =)


30/04/2014 genaplah usia perkahwinan kami, 4 tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan, pelbagai kisah suka duka susah senang kami hadapi bersama. Paling indah, Allah telah menghadiahkan kami seorang putera bernama Alif Haikal sebagai hadiah ulangtahun ke-4 kami. Alhamdulillah :D

Khamis, 10 April 2014

Stemcell White Collagen


Keterangan Produk :

* Putih Gebu & Cantik, Tampil Sihat & Berseri
* Kombinasi 2 jenis Collagen bermutu tinggi

Kebaikan Stemcell White Collagen :

1) Menjaga kesihatan dan kecantikan kulit
2) Menyeimbangkan kelembapan kulit
3) Menjadikan kulit putih dan gebu
4) Menganjalkan bahagian yang kendur akibat pertambahan usia, menganjal dan mencantikkan bentuk payudara
dan menganjalkan bahagian pinggul.
5) Kolagen menghilangkan kesan kering dan keras tumit.
6) Mengurangkan dan menghilangkan kesan kedutan kulit
7) Mengurangkan kesan parut lama, jeragat, bintik hitam.
8) Kolagen menguatkan tulang, rawan dan tendon, serta ligamen
9) Membantu mengawal masalah gout, arthritis dan sakit sendi
10) Membantu menguatkan kuku dan struktur rambut.

Kandungan :

Campuran ekstrak buahan, campuran buahan dan ekstrak bijian ini dijadikan asas dalam formula kerana buahan ini mempunyai kesan antioksidan yang baik di samping memberikan rasa buahan semulajadi Stem Cell White Collagen. Stem sel Epal terkenal dengan ciri khasiat pemakanan tersendiri. Begitu juga Acai Berry yang terkenal dengan kuasa antioksidan yang baik dalam penjagaan kesihatan. Anggur pula terkenal dengan nutrien bioflavonoid dan vitamin C.

Cara Pengambilan Stemcell White Collagen :

Kemam/hisap - 2 tablet -
waktu pagi sebelum sarapan pagi.
waktu malam 1-2 jam sebelum tidur.

Mengandungi : 30 tablet


Kesan -kesan pengambilan Stemcell White Collagen :

1-2 minggu : Kulit yang kering menjadi licin, lembab
2-3 minggu : Garisan kedut halus mula menghilang, liang roma semakin mengecil, kulit menjadi lebih anjal dan gebu.
3-4 minggu : Bintik-bintik hitam, jeragat mula menghilang, kulit menjadi lebih cantik dan berseri.
4 minggu ke atas : Pesakit gout, arthritis, sendi dan tulang mula sembuh perlahan - lahan.








Dikelaskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), No. Ruj. BPFK : 210114/01/162

Ahad, 9 Februari 2014

Kenali Paru-Paru Anda

Pernafasan adalah proses yang penting untuk tubuh badan kerana oksigen yang terkandung di dalam udara yang kita hirup diperlukan oleh tubuh badan untuk menjana tenaga demi kelansungan hidup.

Apabila udara dihirup melalui hidung dan mulut, ia melalui salur udara atau trakea, lalu masuk ke dalam paru-paru (kita mempunyai sepasang paru-paru, dan saiz paru-paru kanan adalah besar sedikit daripada paru-paru kiri). Dari salur udara, udara yang dihirup bergerak melalui dua lalauan besar, di kenali sebagai bronki. Bronki ini bercadang untuk membentuk sebuah sistem kompleks yang terdiri daripada tiub-tiub yang lebih halus, atau bronkiol, untuk membawa oksigen ke "bahagian aktif" paru-paru - iaitu berjuta-juta pundi udara atau alveoli. Pundi-pundi kecil ini ( seperti belon-belon yang terlipat) mempunyai dinding yang sangat nipis dan padat dengan saluran darah. Dindingnya yang nipis dan padat dengan saluran darah. Dindingnya yang tipis membolehkan oksigen di dalam udara yang kita hirup tembus lalu memasuki saluran darah dan dibawa ke sel-sel di seluruh badan.

Maka, apabila kita bernafas,kita sebenarnya menghirup oksigen yang nerupakan "bahan api" bagi membolehkan sel-sel badan berfungsi. sebaliknya, apabila kita menhembus nafas, kita sebenarnya menghembus keluar hasil sampingan fungsi sel-sel tubuh badan - iaitu sejenis gas yang dipanggilkarbon dioksida, atau udara "terpakai". Karbon dioksida, disingkirkan daripada tubuh badan setiap kali kita menghembus udara keluar dari paru-paru.


------------------------------------------------------------------
Cendawan Susu Harimau

Sesuai untuk:
1. Mengurangkan simptom-simptom asma.
2. Meredakan batukyang kronik.
3. Memperbaiki sistem pernafasan dan mengurangkan kahak.
4. Antiradang dan mengurangkan alahan.
5. Meningkatkan tenaga dan stamina.
6. Membantu mengatasi masalah alahan kulit.
7. Meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kanser.

Info lanjut >> Cendawan Susu Harimau

Jumaat, 31 Januari 2014

Seorang Isteri Yang Diuji

Suaranya sungguh tenang. Walaupun masalahnya agak berat juga tetapi segala-galanya disuarakan begitu teratur.

“Ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami,” luahnya perlahan.

“Sudah lama?”

“Baru sahaja… Sejak dua bulan yang lalu,” katanya.

“Puan rasa kecewa, marah?”

“Tidak. Insya-Allah, tidak. Saya boleh menerima segala-galanya dengan baik.”

“Jadi apa masalahnya?” tanya saya terkejut. Selalunya, punca masalah berlaku apabila isteri pertama tidak boleh menerima hakikat dia telah dimadukan.

“Masalahnya ialah ibu-bapa saya dan ipar-duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak.”

“Puan bertindak?”

“Tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah.”

“Alhamdulillah, kalau begitu… Jadi, apa masalahnya lagi?”

“Bila saya tidak mahu bertindak, mereka tuduh saya pula turut bersyubahat dengan suami. Mereka marahkan saya. Akibatnya hubungan saya dengan mereka renggang. Tegur sapa dan ziarah menziarahi tidak semeriah dulu lagi. Saya sedih diperlakukan begini.”

Saya diam. InsyaAllah itu akan memberi ruang untuknya menarik nafas dan mengatur semula perasaan. Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah… kekadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin ‘didengari’. Teringat apa yang sering ditegaskan oleh pakar psikologi, manusia peru didengar luahan dan rintihannya sama seperti mereka perlukan makanan.

“Puan, kunci keharmonian dalam poligami ini, insya-Allah, terletak di tangan puan dan suami, bukan di tangan ibu-bapa puan, ibu-bapa suami, apalagi oleh ipar-duai puan,” akhirnya saya bersuara. Perlahan-lahan. Satu-satu. Mengikut rentak suaranya.

Di hujung talian, saya dapat rasakan dia sedang sayu. Lalu saya teruskan,”Jika puan tabah, tenang dan kelihatan ‘steady’, orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. Mereka hanya akan ‘bising’ seketika sahaja. Kemudian, ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-galanya. Apa rasa puan berpoligami?”

“Saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya,” ujarnya.

Dalam diam, saya menyanjung sikap wanita ini. Dia menggunakan istilah ‘rezeki’. Ya, rezeki itu sinonim dengan kebaikan dan keberkatan. Ertinya, dia telah bersedia untuk menerima segala-galanya dengan tabah sejak awal lagi.

“Apa yang mendorong puan bertindak begitu?” tanya saya mendorong dia meluahkan segala isi hatinya. Dengan meluahkan segala niat, azam dan segala yang terpendam dalam jiwanya, insya-Allah dia akan lebih tabah dan yakin.

“Ustaz, suami saya baik. Bertanggung jawab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan kerana suka-suka. Saya yakin dia boleh bertanggung jawab dengan baik terhadap dua orang wanita.”

Sekarang giliran saya pula terdiam. Saya ingin belajar… Ingin belajar erti tabah daripada seorang isteri untuk menghargai isteri sendiri.

“Sejak awal lagi rumah tangga kami dibena atas cita-cita ingin mencari keredaan Allah. Dia jawapan istikharah saya, dan saya jawapan istiharah dia. Sebelas tahun berlalu, telah bermacam-macam-macam ujian kami lalui. Istikharah itu pun diujikan? Begitu yang saya baca dalam tulisan ustaz. Istikharah itu pun perlukan mujahadah. Alhamdulillah, segala-galanya dapat kami harungi bersama. Sekarang… ujian poligami.”

“Puan tidak rasa dieksploitasi?”

“Oh, tidak, “jawabnya dengan tegas, “ tidak sekali-kali ustaz. Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri…”

“Dan ada wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama dengan suaminya,” pintas saya.

“Mengapa ibu-bapa dan ipar-duai saya bersikap begitu? Sedangkan saya yang menanggung segala-galanya?” Dia kembali kepada permasalahan asalnya.

“Itulah trauma masyarakat Melayu kita. Persepsi terhadap poligami terlalu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiyaan. Padahal, poligami itu adalah satu perkongsian dan pembelaan.”

“Mungkin kerana pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini,” balasnya.

“Kalau begitu, perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan setiap 15 minit penceraian terjadi… apakah penyebabnya poligami?”

“Masyarakat kita hanya mengikut sentimen. Bukan berdasarkan ilmu dan fakta, ustaz.”

“Saya tidak nafikan, ada juga yang lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk berseronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba,  dan sebab-sebab lain yang tidak syar’ie. Mereka ini bukan sahaja menzalimi isteri-isteri mereka  tetapi turut mencemarkan kesucian hukum Islam!”

“Jadi saya perlu biarkan sahaja sikap negatif ibu-bapa, mertua dan ipar-duai saya?”

“Selagi puan tabah, selagi suami puan berlaku adil dan bijak mengemudikan rumah tangga, insyaAllah semuanya akan reda dengan sendirinya.”

“Sunyi juga. Terasa kehilangan.”

“Inilah hikmah besar poligami puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan untuk akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!”

“Saya akan kehilangan cinta suami?”

“Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah.”

“Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah!”

Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia jika usia perkahwinan baru memasuki tahun ke lima, ke enam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al Quran dan Al Hadis. Atau oleh sajak dan ungkapan yang indah dan puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan… Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita… kerana bahagia itu ditempa oleh derita!

“Kekadang datang juga rasa cemburu… bagaimana?” kembali suara itu mengocak lamunan saya.

“Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. Selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?”

“Begitulah ustaz. Ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat, membaca Quran,  dan buku-buku yang tangguhkan membacanya sejak dulu.”

“Itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbaiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik sekalipun pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri,” dorong saya.

“Seperti mana perkahwinan pertama dahulu diuji, begitulah perkahwinan kedua ini, pasti diuji. Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru, bahagia itu bila diuji,” ujar saya perlahan.

“InsyaAllah ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz pesankan… jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya. Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?

~Kiriman emel

Ahad, 26 Januari 2014

Kebaikan Minyak Zaitun

Minyak zaitun memang terkenal dengan khasiatnya. Ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah dan kandungan lemak mono tepunya jauh lebih tinggi daripada minyak jagung. Penggunaan minyak zaitun dalam masakan dikatakan dapat membuat anda berhenti makan sebelum kenyang. Ini kerana kesan daripada penguraian tenaga minyak zaitun yeng mempunyai banyak kandungan zat bermanfaat. Dengan menggunakan minyak zaitun, anda dapat mengurangkan lemak dalam hidangandi samping ia membekalkan vitamin E yang tinggi untuk anda dan keluarga.