Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Selasa, 30 September 2014

Resepi Mudah : Rendang Ayam

Bahan-bahan:1/2 ekor ayamSedikit airBahan A :(untuk dikisar)3 biji bawang besar5 biji bawang putih2 batang serai2 inci halia2 inci lengkuas2 inci kunyit hidup20 biji cili api(ikut citarasa).Bahan B:1 biji kepala untuk santansedikit kerisik2 helai daun kunyit (dipotong halus2)1 keping asam gelugorGaram dan gula secukup rasaCara-cara penyediaan:1) Ayam dibersih dan ditoskan.2) Masukkan ke dalam kuali Bahan A yang telah dikisar..3) Masukkan ayam sehingga pecah minyak, kemudian masukkan santan hingga mendidih.4) Masukkan asam gelugor, kerisik, daun...

Ahad, 28 September 2014

Mereka Lebih Mulia

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. 2.Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. 3.Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui. 4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. 5.Apabila...

Ahad, 14 September 2014

Pengajaran dari Pisang

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.“Sekarang simpan pisang...

Ahad, 7 September 2014

Koleksi Petua Memasak

1.Ikan Garing dan Tidak Melekat -Masukkan sekeping asam gelugur ketika menggoreng ikan. Ikan tersebut tidak melekat dan cepat garing. 2.Ikan Goreng Tidak Hanyir -Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan, gaulkan dengan garam. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak  hanyir walaupun telah sejuk. atau -Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan beberapa minit. Seterusnya goreng ikan seperti biasa. 3.Menghilangkan Rasa Masin...