Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Khamis, 27 Oktober 2011

Ujian Allah pada hambaNya

Assalamualaikum,


Selamat pagi, semoga sihat semuanya. Ila masih sibuk dengan proses pindah rumah, maka dengan itu tidak sempatlah menatap blog ni sekian lama.
Penatnye  pindah rumah... beratnye rumah ni. Hihi
 

Selasa, 4 Oktober 2011

Budak Kecil Bersama Sepohon Pokok Rambutan

Assalamualaikum WBT,

Satu cerita yang menarik untuk tatapan dan pemahaman kita bersama.

Suatu masa dahulu, terdapat sepohon pokok rambutan. Ada seorang budak kecil yang amat sukakan pokok itu. Setiap hari dia pasti akan bermain dengan pokok itu, memanjatnya dan sering terlelap di bawah bayangan pokok tersebut. Budak tersebut amat sayangkan pokok itu dan begitulah sebaliknya. Masa terus berlalu... budak itu semakin dewasa dan tidak lagi bermain dengan pokok rambutan itu.


Isnin, 26 September 2011

Khasiat Barli dan Tips Memutihkan Wajah Menggunakan Barli

 Assalamualaikum W.B.T,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya. Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.

Selasa, 20 September 2011

Seorang Ibu

Masa usia setahun, ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan. Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke tadika. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit, "Tak mahu! Tak mahu!"

Khamis, 15 September 2011

Buah-buahan

Assalamualaikum WBT,

Selamat malam semua? Ada satu cerita Buah-buahan ni versi Terengganu. Pada suatu hari... jeng jeng jeng!

Seorang adik yang agak sengau bertanya kepada abangnya yang baru  habis blajar kat universiti.

adik     : nbang, nalau nung nandai cu nung neri 10 nenis nbuah nmula nhuruf  "N"

abang   :okey , boleh aje, nenas,nangka,nona....(lama terfikir abang dia dah naik bosan nak melayan karenah adiknya yang pra siuman tu.

abang   : malaslah dik, abang tak tahulah. (muka dah separuh blur...)

adik     : nung ni nbang namanya nbaru nkeluar U, nbodoh nungguh nmung ni.

abang   : amboi amboi, sedap kate ke aku yek.. kalau adik pandai sangat. Acu kabor ke abang nama buah hok mula huruf  "N". Doh bijak sangat :P

adik     : nukan nusah npung. nung ndengar erk..nunian, nanggis, nangsat, nuku, nambai, nelapa, netik, nongkong, nambutan, nambu. Nandai dok aku nbang..(sambil tersengih)

Abang menepuk dahinya sambil menggeleng kepala. Terlupa pulak dia yang adiknya tu dah tahap kronik sengaunya...

Moral     : Bukan abang je pandai, adik lagi pandai tau!