Ahad, 1 Julai 2012

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pembentukan peribadi dan akhlak mulia bermula dari saat bayi masih dalam kandungan. Proses ini tidak terhenti di situ, sebaliknya berterusan hingga mereka dewasa dan menjadi mukmin yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran al-Quran serta as-Sunnah. Dalam diri mereka sentiasa tertanam perasaan takut akan kebesaran dan keagungan Ilahi. Lantas menumbuhkan tunas-tunas keimanan hakiki.

Disamping menjalankan tugas sebagai ibu bapa dan pendidik, adalah menjadi kewajipan untuk memohon kepada Yang Maha Esa agar dikurniakan anak soleh dan solehah. Seterusnya memberikan didikan yang sempurna tanpa mengabaikan dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya anak soleh dan solehah merupakan bekalan di hari akhirat yang dapat menyelamatkan kedua ibu bapa dari azab api neraka.


Melentur buluh biarlah dari rebung bermaksud mendidik anak-anak biarlah sejak kecil lagi kerana apabila besar, majoriti yang sudah tidak mampu 'dilentur' lagi. Ketika anak-anak masih 'rebung', ia masih 'lembut' dan mudah dilentur dan dibentuk tetapi perlu berhati-hati kerana kerja-kerja melentur kena ada cara dan etikanya. Kalau tidak 'rebung' yang rapuh boleh patah. Dan apabila sudah menjadi buluh (dewasa), kerja melentur adalah suatu yang mustahil kerana kekuatan buluh sebenarnya mengatasi besi. Jika dilentur ia akan kembali ke sifat asalnya.


4 comments:

  1. betul2.. bila dah liat susah nak ditegur, silap2 kita pula yang ditegurnya.. biarlah mendidik tu dari budak2 lagi.. nice entry dear..

    BalasPadam
  2. nice n3..rebung sebenar kalau buat lauk lagi sedap

    BalasPadam