Isnin, 9 April 2012

MY FIRST AL-QU’RAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Mengapa kita  perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya? Jangan tak tau, ada juga mereka yang jarang menyelitkan aktiviti baca quran dalam diari harian, dengan pelbagai alasan. Alasan tak faham maksud ni pun memang femes laa kan. Oleh itu, marilah kita membacanya, moga dapat dapat menjadi pengajaran dan menjadi iktibar pada kita =)
~Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa kita membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca? Ada seorang atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Aauk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah S.W.T. dalam kehidupan kita.’~

***********MY FIRST AL-QU’RAN***********


Spesifikasi Quran For Kids:
  • Berat 1.5 kg
  • Ukuran 24cm x 16,5cm
  • Kertas Khusus Al qur’an
  • 1258 Halaman (2 Jilid Ayat Al-Qur’an dan 2 jilid Terjemahan)
  • Full Colour
  • Datang dengan 2 set (JUZ 1-15)(JUZ 16-30)
  • 1 Beg Tangan untuk mebawa Al-Qur’an




APAKAH KELEBIHAN MY FIRST AL-QUR’AN (quran for kids)?

1.KHAT AL-QURAN TAJWID
Tulisan khat arab yang rapi dan besar. Mempunyai garis di antara dua baris yang memudahkan pembacaan. Dilengkapi dengan pewarnaan tajwid dengan warna sederhana yang memudahkan anak-anak membaca Al-Qur’an secara tartil. Halaman berwarna memberikan pengalaman tersendiri untuk keselesaan anak-anak kita dalam berinteraksi dengan Al-Qur’an.

2. KAMUS TIGA BAHASA
Kamus sederhana tiga bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Menampilkan kosa kata atau aktiviti-aktiviti seharian yang diterjemahkan secara ringkas, dilengkapi dengan ilustrasi atau gambar yang membantu mempercepat pemahaman anak-anak.

3. JEJAK RASUL DAN PETA
Mengenai perjalanan Rasulullah S.A.W sehingga wafatnya Baginda. Diawali dengan kisah para nabi dan rasul yang ditulis secara ringkas dan padat serta boleh difahami. Disampaikan dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh anak-anak kita. Di sebelah kanan ialah peta yang menjelaskan mengenai jejak rasul dengan menggunakan lakaran peta yang digambarkan secara sederhana dengan tambahan ikon-ikon yang menarik.

4.SEKARANG AKU TAHU
Bahagian ‘Sekarang Aku Tahu’ menerangkan ilmu keislaman tentang hal-hal yang menarik. Ianya diambil dari salah satu ayat yang ada pada lembaran yang berkaitan. Dipaparkan dalam gaya bahasa anak-anak kita serta dijelaskan dengan gambar-gambar yang menarik sehingga ianya mudah difahami.

5. DOA
Bahagian ‘Doa’ terdiri daripada doa-doa yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan doa-doa dari hadis-hadis Rasulullah. Dipaparkan dengan tulisan arab yang dilengkapi dengan terjemahannya. Ianya dijelaskan pula dengan gambar yang memberi kemudahan untuk mempelajari, menghafal, memahami dan mengamalkannya.

6. TOKOH-TOKOH ISLAM
Bahagian ‘Tokoh-tokoh Islam’, berisikan sejarah, karya, nasab, aktiviti yang mudah difahami. Dilengkapi dengan ilustrasi yang memudahkan anak-anak untuk menerima pelajaran dan pengetahuan keilmuan tokoh-tokoh muslim pilihan sejak zaman Rasulullah sampai ke tokoh Islam moden.

7. TEMPAT BERSEJARAH
Mengintisarikan tempat-tempat bersejarah Islam di dunia sebagai pengetahuan bagi anak-anak kita dengan penuturan gaya bahasa yang ringan dan dilengkapi dengan gambar untuk mereka lebih mengenali tempat-tempat bersejarah Islam.



UNTUK PENGETAHUAN ANDA SEMUA, SAYA MENYERTAKAN DUA FREE GIFT SEANDAINYA ANDA INGIN MEMILIKINYA HARI INI!!!

1. BEKAS PENSIL AL-QURAN FOR KIDS
2. PENUNJUK AL-QUR’AN

Harga & Kos Penghantaran
Harga: RM160.00
Kos Penghantaran: RM10.00

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tel: 014-606 9996

3 comments:

  1. Bagus juga kalau ada alquran yg mcm skrg ni. Tapi yg ada pun kekadang cuma buat hiasan. Kalau hati kata tak mau baca, belilah apa pun...tk jalan.
    Bagaimanapun akak bukan la menghalang org membeli, cuma pendapat akak je. Kalau dpt hubby hadiah, best juga kan? Sape taknak....

    BalasPadam
  2. NAK TANYA.. MAKNANYA BUKU NI LENGKAP DENGAN AYAT AL QURAN DARI JUZUK 1-30 LA??????

    DAN DITAMBAH DENGAN SEJARAH NABI, DOA2 DAN SEBAGAINYA.. MACMA TU?????

    MOHON BLAS UNTUK JAPAN DI EMAIL

    azreeany@yahoo.com

    BalasPadam