Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Ahad, 13 Julai 2014

Resepi Mudah : Kari Kepala Ikan

Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih
30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.Masukkan ikan.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Sabtu, 12 Julai 2014

Resepi Mudah : Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
air







Bahan A (dikisar) :
1 inci halia
2 biji tomato
6 biji cili merah
10 biji cili padi


Cara memasak:

1. Goreng ikan sehingga garing / separuh garing. Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bahan A.
3. Masukkan semua sos, gula, garam dan sedikit air.
4. Tuang atas ikan

Resepi Mudah : Ayam Masak Cendawan

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 -5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

Cara memasak:

1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang sudah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau, angkat halia.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram.Kacau.
5. Masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

Jumaat, 11 Julai 2014

Resepi Mudah : Mee Rebus

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur

Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tauhu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 ulas bawang putih - kisar
udang kering - kisar
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan dikisar halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
4 sudu sos tomato
Air

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk dihidang dan dimakan.

Khamis, 10 Julai 2014

Resepi Mudah : Ayam Golek

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawang merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam
2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. Hidangkan.