Ahad, 10 Ogos 2014

Kisah 50 Sen


    Kringggg… (bunyi loceng menandakan masuk waktu rehat bagi sekolah)

    “Terima kasih cikgu…!!!”, semua pelajar beredar ke kantin.

    Tapi seorang pelajar ini tidak keluar untuk rehat.

    “Awak tak rehat ke Alif?”  Ujar cikgu kepada pelajar ni.

    “Tak cikgu”. Jawab Alif ringkas.

    “Kenapa Alif tak rehat?” cikgu cuba memancing jawapan dari mulut Alif.

    Lantas dijawab Alif,  “Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu… Beratur panjang-panjang tapi dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu… “

    Alif tertunduk malu.

    Perasaan cikgu mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

    Cikgu bertanya lg, “kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?”

    “Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu’,
    Jawab Alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan
    bertambah..”

    Mata cikgu dah berkaca…cikgu terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajar ini.. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
 
Mungkin kisah ini nampak ringkas tapi ia memberi seribu pengajaran. Di mana darjat kita yang sudah berkerja ini kalau nak dibandingkan dengan budak miskin dalam cerita tersebut. Allahuakbar! Subhanallah! Kurangnya sedekah kita.

0 comments:

Catat Ulasan